Monday, February 18, 2013

Pengalaman Ibu Kehilangan Anak Sejurus Selepas Melahirkan..

Sumthing good to share..tentang KEREDHAAN..

WEDNESDAY, JANUARY 9, 2013

Pengalaman Melahirkan Muhammad Al-Fateeh

Assalamualaikum.Alhamdulillah tamat sudah 44 hari berpantang. Terima kasih kepada mak dan akak yang byk membantu ketika Leen menjalani proses berpantang. Hari ini kekuatan datang untuk menceritakan pengalaman Leen melahirkan anak sulung. Since ramai kwn-kwn tanya proses kelahiran Muhammad Al-Fateeh, tidak kurang juga ada yang menyalahkan faktor kelahiran secara normal penyebab kematian dan faktor doktor.Astagfirulahalazim...siapakah kamu semua yang hendak melawan takdir Allah? Dan siapakah Doktor pula? adakah ilmunya seluas lautan ciptaan Allah? Tidak sama sekali ilmu manusia hanya sebesar jarum. Dan ada juga yg cakap "ank aku masuk juga dalam kaca separuh tu tp ok je". Kaca separuh tu mcm alat supply oksigen Leen rasa. Memang kalu kita dok fikirkan apa kata-kata -ve org boleh bawa mudarat. Tapi bagi Leen sbg manusia kita kena berfikiran rasional. Ada juga yg ckp sbb tak bersalin hospital kerajaan perkara ini terjadi. Ok cuba kalau Leen bersalin hospital kerajaan sure ada yang ckp sebaliknya kannn. " haaa tulah lain kali bersalinlah dgn specialist". Ok takpalah mulut orang memang susah nak control. Dengan secebis ketaqwaan dan sedikit keimanan yang Leen ada ini saya mendengar kata-kata ini dgn tabah dan redha.This is beyond our control, takdir Allah tiada siapa boleh halang. Kami redha dengan takdir anak kami. Oh ye, ada yang cakap anak kami mungkin lemas sbb dah over due 5 hari, tp kalau lemas baby keluar x menangis dan air ketuban akan berwarna hijau. Tetapi Al-Fateeh keluar menangis dan air ketuban Leen berwarna jernih. Tetapi sememangnya lebih ramai family dan kawan-kawan memberikan kata-kata semangat dan sentiasa mendoakan Leen dan suami bersabar atas ujian ini. Alhamdulillah Leen sangat bersyukur. Ramai yang sayangkan kami. Apabila perkara ini terjadi baru kami perasan ramai yang tertunggu kelahiran anak sulung kami ini. Kawan lama kawan baru hadir mengucapkan Takziah. Rumah Leen tak putus putus org datang ziarah. Syukur.Check up 40weeks 2hari - 24 November 2012Hari Sabtu. Kami ke KPJ Seremban utk check up dgn harapan dah ada bukaan yang banyak. Bila sampai sana Dr. Ishak check bukaan masih 1cm. Jantung baby , kedudukan baby semua OK. Leen request nak masuk wad nak induce malam tu. Tp bilik pulak takda dan Dr. Ishak advice better jangan weekend sebab cost nya akan triple..kalu under GL xpe. Tp dia cakap kalu dah sakit datang tau. Takpelah maybe Al-Fateeh seronok duduk dalam perut ibu ye. Hari hari kene belai, beborak, bermain sesama. Doc suruh datang Isnin mlm Selasa.26 November 2012Alhamdulillah lepas solat Asar Leen sempat baca Surah Maryam. Lepas Magrib baca Yassin. Lepas dinner dgn mak kami bersiap siap untuk ke hospital. Call family mertua di kampung untuk minta restu, ntah kenapa air mata ini murah sangat untuk gugur. Jadi cakap yang penting penting je lepas letak telefon minta maaf dengan mak pula, pun sama. Hujan renyai sepanjang perjalanan kami berdua bersembang-sembang sambil usap perut. Pukul 11pm sampai KPJ. Nurse sambut dgn kerusi roda. Nurse bagitahu yang Dr.Ishak lama tunggu kami td tapi sekarang dia dah balik. Jadi nurse suruh masuk bilik dulu. Kami dapat bilik besar siap ada pantry, Nurse cakap bilik tu tgh nak modified jadi LR. Bayaran masih sama untuk standard room, Alhamdulillah rezeki jgn ditolak. Selepas Nurse masukkan ubat buang air dan Leen pun dah membuang Leen dihantar ke LR. Nurse pasangkan CTG. Pukul 12mlm Dr.Ishak pun sampai.27 November 2012Dr.Ishak bagi briefing procedure yang akan dia buat kt Leen dan bagi tahu kaedah tahan sakit iaitu happy gas, pethidine dan epidural. Buat VE, still 1cm. Pecahkan air ketuban. Masukkan induce ikut tangan. Sebelum Doc balik dia pesan "masa tgh xsakit tgh sedar ni bacalah ayat Kursi ye dan selawat" ok baiklah Doc. "See you at 9am tomorrow. InshaAllah awak akan bersalin jam 11pg esok." Tinggallah Leen and husband dalam LR yg dipasang lampu suram suram dgn harapan Leen boleh lelapkan mata. Tp tidak. Contraction pertama datang pukul 1am. Nurse keep monitor CTG dan proses menukar-nukar alas cadar berlaku apabila Leen dok menahan sakit sampai terjatuh jatuh lapik lapik kt katil tu. Nurse offer pethidine, Leen refuse sbb ubat tu tahan 6 jam je so Leen plan nak ambil siang nnt.Pukul 4am contraction makin sakit Nurse offer pethidine terus Leen setuju. Ubat tu buat Leen mengantuk. Tapi bila contraction memang Leen tak boleh nak tidur. Tambahan pula, masa tu Nurse keluar masuk keluar masuk mcm ada sesuatu tak kena. Hati Leen jadi xsedap. Nurse bagitahu graft CTG xcantik. Nurse cabut semua wayar induce dan pethidine termasuklah happy gas nurse xbagi Leen sedut lagi.Nurse bagitahu jantung Al-Fateeh lemah everytime contraction yang kuat. Leen tepuk tepuk perut kejutkan Al-Fateeh, nurse pun suruh Leen mengiring ke kiri bagi oksigen kat anak masa tu Leen tak fikirkan sakit dah Leen follow je arahan nurse. Nurse minta husband Leen bagi minum air selusuh, zam zam dan makan buah kurma. Nurse tgk atas meja ada akar fatimah, nurse suruh Leen minum tp takboleh sbb husband dah kelam kabut g rendam air tu dgn air sinki. Husband sapu air zamzam kt perut Leen kt muka. Masa tu ada 2 kali Leen dgr bip yg kuat dari mesin CTG tu, bip kuat menandakan jantung Al-Fateeh drop. Nurse call Dr.Ishak minta datang awal. Masa tu bukaan dah 10cm. Masa tu rasanya baru pukul 7am.Pukul 8.30am segalanya berlaku dengan pantas. Leen mcm mamai lagi waktu tu katil tu bertukar menjadi pendek tempat kaki tempat tangan semua ade. Lampu terang. Nurse ramai2 masuk. Dr.Ishak dan wife datang, Leen pelik kenapa wife Dr.Ishak ada. Memang sebelum tu Leen ada sign borang pilih Dr. Wan (wife Dr.Ishak) sebagai Doc bayi Leen. Tapi kenapa dia datang awal sgt. Selalunya dia akan datang after baby dah masuk nursery room, ini baby belum keluar Doc kanak kanak dah ada. Bermula sesi push... Phobia dgr perkataan "lagi lagi lagi lagi lagi sikit lagi lagi" ada bidan sorang tu renjis renjis muka Leen dgn air akar fatimah tu bg Leen sedar. Leen rasa dah abes teran dah tu. Husband kejap duduk kt kepala Leen kejap kat depan. Lepas tu ada ketika kaki Leen ni bergerak. Bidan ckp kaki jgn gerak. Leen sempat jwp "tolonglah pegangkan kaki saya" dalam keadaan lemah boleh lg Leen bckp tu. Husband cakap "sikit lg b sikit lagi" Pap! Terus Al-Fateeh ada atas dada Leen dengar dia menangis husband sedih Leen pulak gelak sambil cakap "Subahanallah anak ibu" tu je words yg Leen ingat. Kejap je tak sampai seminit. Tak dan nak amik amik gamba Dr. Wan terus amik letak kt baby cot sebelah Leen. Masa tgh Dr.Ishak jahit , Leen tgk je Al-Fateeh ada tong oksigen sampai Leen bingung kenapa tong tu dipasang kt anak Leen. Leen fikir mungkin macam tu. Mungkin itu normal. Lepas tu terus dia bawa anak Leen ke nursery room. Husband pun Leen dah xnmpk. Tinggallah Leen dan Doc dan nurse nurse untuk bersih-bersihkan Leen. Keluar je dari LR ramai family Leen tunggu. Memang meriah semua seronok Leen tgk. Husband masuk bawak gamba anak. Perfect! Leen tgk hati senang. Mak suruh Leen rest dulu. Husband plak pergi uruskan uri Al-Fateeh. Leen xberapa nak lena sgt sbb xsabar nak tgk anak. Asal ada org masuk Bilik Leen jenguk ingat anak. Tghari Husband ckp "anak dah berak kencing semua tp ade problem sikit dengan jantung dia. Tp xda apa-apalah jgn risau". Mak Leen cerita balik masa pergi ke kaunter nursery tu mak tanya nurse kt situ bila cucu makcik boleh keluar. Mak cakap nurse2 pun mata merah nak nangis. Nurse minta mak Leen doa byk2. Mak Leen bagitahu Leen suruh bdoa. Pukul 4pm Dr.Wan panggil Leen dan Husband. Kami diberi briefing pasal keadaan Al-Fateeh. Masa Leen dengar berita tu Leen memang berserah 100% kepada Allah untuk selamatkan nyawa anak Leen. Dr. Wan bagitahu yang Al-Fateeh punya jantung tak boleh pum dgn kuat. Pumping jantungnya lemah. Bila masukkan ubat dan supply oksigen juga lemah. Al-Fateeh xdapat bekalkan oksigen keseluruh badan dia. Masa tengahari tu jantung Al-Fateeh terhenti. Leen tanya selalu ke kes macam ini, dan possibility untuk selamat. Doc kata biasa kes macam ni possibility kita serah pada Allah. Dari situ Leen dah dapat agak kami bakal mendapat berita buruk. Tgn Doc pun Leen tgk masih putih kesan air ketuban yang menyalut badan anak kami. Memang doc berusaha untuk selamatkan nyawa anak kami. Semua pakar dah buat treatment,scan,x-tray,ujian darah,tgk otak semua baik semua kondisi OK. Jantung pun ok takda jantung belubang. Masa tgh Dr.Wan bagi briefing Leen dgr bunyi bip yg kuat. Dr.Wan minta diri dulu dia ckp "ibu be strong ye, ibu kene kuat jgn nangis, ok saya minta diri dulu sbb tak boleh tinggalkan anak ibu lama2". Leen dan Husband xtahu nak cakap apa dah. Kami keluar dari bilik tu terus terduduk. Leen memang tak kesah sakit time tu. Family bagi kata-kata semangat walaupun mereka tak tahu perkara sebenar. I love my family so much. Mereka saling whatsApp gamba Al-Fateeh. Kakak Leen send gamba Al-Fateeh dekat kwn kwn Leen right after delivery... Semua cakap rupa Leen. Husband juga pagi tu dah post di FB pasal kelahiran.430pm Dr.Wan bagi Leen tgk Al-Fateeh. Runtuh hati ni tgk anak yang dikandung 40minggu berwayar wayar dan sedang bertarung nyawa. Leen usap dada dia. Leen cium dia, kaki ni mcm nak tercabut husband pegang je Leen. Leen ckp "Fateeh anak ibu jgn tinggalkan ibu" tak mampu nak cakap banyak banyak. Tiba tiba mesin tu berbunyi lagi Dr. Wan suruh kami keluar. Leen masuk dalam bilik ditemani Family, husband ke Surau lebih kurang jam 5pm. Dr.Wan dan Dr.Ishak datang ke arah Leen. Bagi tahu yang anak kami tidak dapat diselamatkan. Leen mendengar dgn tabah dan tenang. Ahli keluarga Leen yang menangis dulu. Leen ckp anggaplah ni mimpi. Dr.Wan n Dr.Ishak memberi penjelasan...tp otak Leen ke lain sampailah husband Leen datang Leen nangis sekuat hati and said "Allah tak sayang b!" Husband keep on hug me sekuat hati dia. Dr.Wan bagitahu Al-Fateeh tidak boleh adapt dengan tekanan udara di luar, tapi tekanan dalam rahim dia ok. Sebelum keluar Dr.Wan hug Leen kuat kuat. 

Ini Leen copy paste daripada http://mamanurin.blogspot.com/
Persistent Pulmonary Hypertension of the Newborn (PPHN)Persistent pulmonary hypertension of the newborn (PPNH), also known as persistent fetal circulation, occurs when the circulatory system of a newborn does not adapt properly to support breathing outside of the womb. When a baby is born, its first breath of air should cause the blood pressure in the lungs to fall and increase blood flow to the lungs, where carbon dioxide and oxygen are exchanged. As part of this process, a baby's ductus arteriosis should constrict and permanently close - usually on the first day of life. In babies with PPHN, the ductus arteriosis does not close, or does not close properly, and lung pressure remains high. This causes blood to be directed away from the lungs. In turn, the newborn's blood is not properly oxygenated and many of the baby's organs can be affected including, most importantly, the brain. Low blood flow to the brain can cause cerebral palsy. PPHN is most common in post-term or full-term babies who have experienced a difficult birth and have experienced asphyxia (lack of oxygen), ischemia (lack of blood flow), or other fetal distress (e.g., fetal heart rate decelerations). It occurs in approximately 1 in 700 births.

Lepas tu family tenangkan Leen. Bila dah cool down baru nurse panggil tgk Al-Fateeh. Masa tu hanya jasad sahaja yg tinggal. Sementara menunggu Al-Fateeh sampai Leen tenangkan husband Leen cakap "takpe ayang ade b, b ade ayang" air mata jatuh berjujuran tanpa bunyi kami menangis. Ya Allah masa dapat dukung tu seronok sgt. Mcm tido je dia masa tu. Kami bertiga je dalam bilik tu. Lama juga dalam bilik tu. Memang iras Leen. Baru-baru ni tetiba husband tanya Leen "b sabun apa yg nurse pakai kan Fateeh tu masa kte nak balik tu?, bau dia wangi sgt" Leen ckp xtahu sbb idung Leen tersumbat. Nurse dtg rumah tanya darah nifas bau apa pun Leen ckp xda bau. Mungkin Allah saja bagi Leen hidung tersumbat ketika itu agar Leen xterkenang.After long procedure and Leen minta balik Dr.Ishak pun bagi Leen balik sambil pesan "ur tears byk tau, take care." Ermmmm ngerisss! Tp kalau org tanya sakit tak bersalin? Serius Leen lupa. Memang ajaib. Puas Leen recall sakit bersalin ng sakit kena jahit tp dapat. Allah xnak bg rasa serik lagi untuk bersalin..barangkali.Al-Fateeh di bawa pulang pukul 6pm. Leen keluar hospital pukul 7pm. Dalam kereta kami berdua senyap. Hujan renyai. Sampai rumah orang ramai berkumpul depan rumah. Leen ingat Leen akan Ok tp turun je kereta Leen tumbang tak tahulah bape orang dukung Leen. Yelah memang bukan itu plan kita kan disambut dgn muka sedih yang kita harapkan di sambut dgn senyuman dan di tahnik kan. Tp kita hanya merancang Allah menentukan. Leen duduk tepi Al-Fateeh xbrani nak usik sbb Leen masih belum bersih. Ramai yang big hug Leen. Ramai datang ternyata semua terkesan dengan pemergian Al-Fateeh.Masa cium kali terakhir before dikafan kan pun Leen tumbang. Wajah Al-Fateeh sangat tenag berseri seri, bibir merah, putih sgt. Macam tidur je. Masa disembahyangkan ramai juga orang. Hujan turun dgn lebatnya tp selepas selesai solat jenazah hujan berenti. Lepas tu husband Leen yang dukung Al-Fateeh, nak bawak ke kurbur. Leen pergi ke arah beliau sekali lagi Leen tumbang sedar sedar dah ada dalam bilik. Malam tu mmmmmm 3 malam tu memang tak tenang. 3 malam buat tahlil arwah..ramai yang hadir. Ujian itu hadir dalam keadaan yang tidak pernah terduga oleh kita. Tiba-tiba sahaja terjadi sehingga kita tertanya-tanya apakah hikmah di sebalik ujian yang datang? Sukar untuk difikirkan. Namun, disebalik ujian itu, barulah kita faham, ada perkara yang ingin disampaikanNYA. Bersangka baiklah pada Allah. Allah yang bagi kita ujian jadi berbaiklah dengan Allah untuk dapatkan pertolongan. Sesuatu yang hilang diganti dengan lebih baik. Ya. Muhammad Al-Fateeh is the best for us, tapi Allah lebih sayangkan beliau, mesti Allah akan gantikan dengan yang lebih terbaik.Mungkin kalau Al-Fateeh terus hidup akan mengalami masalah jantung dan mungkin Leen x sabar dengan ujian yang macam tu. Atau mungkin Leen akan sentiasa menangis tgk keadaan Al-Fateeh menderita sakit jantung. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada juga yang cakap kenapa tak czer. Ok mcm yang cakap tu Doctor pula. Bagi Leen Doctor lebih tahu condition Leen and baby time tu. Hikmah disebalik kejadian Leen x czer, kalau Leen czer peluang nak mengandung lagi kena tunggu 2 tahun. Ini diantara hikmah dugaan yang Leen nampak, tapi sebenarnya lagi banyak yang tak tercapai dek akal Leen untuk fikirkan.

Source taken from FB.

32 comments:

  1. sedihnya..takziah untuk keluarga allahyarham..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar!
    Sedihnya kak...bergenang air mata saya..huhuu..
    dugaan maha hebat...semoga Leen tabah & kuat ye kak. Teringat salah sorang kembar saya pun masa baru lahir dia tak dapat nak bernafas dgn elok, dia tak dapat nak adapt dengan persekitaran baru, 2 hari masuk NICU. Alhamdulillah sihat..syukur ya Rabb.
    Semoga Allah berikan yang lebih baik pada Leen, InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Sedih....meleleh leleh air mata....x dpt dibayangkan perasaan tu....moga Al Fateh tenang di Sana....

    ReplyDelete
  4. Speechless. Semoga beliau tabah.

    ReplyDelete
  5. ya Allah along...kesiannye....sedih sgt bace...besar dugaan ibu ini....

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..panjangnya cerita...nanti den dtg baca balik...

    ReplyDelete
  7. sangat2 sedih and I'm touched...semoga beliau tabah dan cekal atas dugaan yang melanda ni...

    ReplyDelete
  8. sedihnye....

    teringat 2 kwn2 sy yg kehilangan anak wktu bsalin gak...sorang anak oksigen x smpai otak.ninggal slps sbln dlm nicu...

    sorang lg czer sbb demam pns...x sdr 2 hr tp baby ninggal lps 2 jam...so x dpt tgk anak lnsg...

    ReplyDelete
  9. sedey la.terasa.
    semoga leen terus tabah dan kuat

    ReplyDelete
  10. Salam Takziah..sy juga baru kehilangan permata jiwa raga pada 22februari yg lalu..anakanda putera bernama Qhalif Putra baru berusia 21 hari tatkala itu..pergi meninggalkan mummy dn daddynya akibat sapticaemia..jangkitan kuman dlm darah yg mengakibatkan semua organ gagal berfungsi...
    sy memahami perasaan Leen..apa yg Leen tulis,itulah perasaan sy...
    Sy redho dgn pemergiannya dan apa yg berlaku hanya Allah yg Maha Mengetahui..lebih baik dia pergi dari dia terseksa dengan wayar yg melingkari atau sakit menderita kesan rawatan..
    Apa pn yg berlaku,kita adalah hamba terpilih utk terima Ujian allah ini..berat mata memandang berat lg bahu kita memikul tp inilah yg perlu kita hadapi..
    In shaa Allah,selagi kita sabar dan memperbaiki diri,huluran tangan anak kita pasti bersambut di syurga nnt...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. salam takziah.samalah gan akak.puteri bongsu meninggal ketika kandungan 6 bulan.5 tahun menunggu kehadirannya.pasrah ...biarpun masih terbayang wajahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga br je 10 hari kehilangan puteri yg ditunggu2 selama ini....sempat bersamanya hanya 2 hari selepas dilahirkan....Ainul Mardhiah bidadari syurgaku.....tenanglah dikau disisi penciptaMu....

      Delete
  13. Salam takziah...ntah macam mana saya sampai ke blog ni...baca coretan leen di opis tapi tetap x dapt tahan air mata...hilang malu pada kawan2...InsyaAllah ada hikmah besar yang menanti....

    ReplyDelete
  14. Sy pon bersalin dgn dr ishak juga. Ya Allah sedihnya sy baca cerita leen ni. Semoga tabah dan kuat hadapi ujian Allah. Sy percaya yg leen adalah org yg dipilih Allah utk lalui ujian ini sbb ujian begini terlalu berat utk dihadapi org yg biasa. Sy doakan leen cepat dapat rezeki baby yg baru, insyaAllah. Semoga terus tabah dan kuat!

    ReplyDelete
  15. Sedihnya baca. Takziah. Ada hikmah di sebalik semua ni.

    ReplyDelete
  16. Menitis air mata baca..takziah leen.. Sampai sini sebab tengah survey hosp bersalin

    ReplyDelete
  17. Salam. saya juga kehilangan anak berusia 10 bulan, seminggu yang lalu. Besar ujian ini, mungkin besar hikmahnya. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam. Sya bru kehilangan 2 orang anak lelaki kembar yg mninggal dunia sjurus selepas brsalin pda 16 April 2014 yg lalu.Sya brsalin secara normal pda usia kndungan 23 mnggu 5 hari disebabkan Preterm Premature Rupture of Membranes (PPROM). Alhamdulillah sya dan suami redha dan merasa brtuah krn mnjdi insan-insan terpilih utk mnerima anugerah Allah yg sgt bernilai ini.Jiwa berasa tenang bila mengenangkan putera-putera kami telah bersama Pemilik Yang Maha Sempurna. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  20. Salam..saye pon baru kehilangan puteri sulong kesayangan usia 4 bulan pada 15 mei 2014..meninggal dalam tidur..lahirnye istimewa sama pada tarikh kelahiran rasulullah..perginye pada usia cukup 4 bulan..masih lagi terasa senyum gelak tawa..tapi apakan daya sume hanya pinjaman..bace entry ni buat saye lebih tenang..thanks..semoga kte bjumpa penghuni syurga nti..

    ReplyDelete
  21. Salam..terkesan setelah bace apa yg Leen lalui sepertimana apa yg sy lalui, cuma mungkin sedikit berbeza. Sy juga kehilangan puteri sulong pada 31 Mei 2014 pada hari beliau dilahirkan. Ya Allah, berat mata yg memandang berat lagi bahu yg memikul. Anak yg dikandung 9bln, hadirnya dinanti tetapi kehilangan yg dirasai. Anakanda Fatimah Auni juga mengalami situasi yg sama (di'diagnos' mendapat PPHN) disebbkn fetal distress saat hendak dilahirkan, tetapi sy t'paksa menjalani pembedahan ceaserian slps lbh 24 jam bertarung sakit. Allah lebih menyayanginya. Redha & sabar shj menjadi pengubat ketika ni..moga kita same2 dpt b'temu dgn ahli syurga nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sma dgn anak sy ... sy bru khlgn puteri tercinta 21 hari lepas .. ats sbb yg sama . sy pown lcsc sbb baby dah berak ...

      Delete
  22. assalammualikum.. Takziah untuk family sis.. nasib anak kite serupa, cuma y beza sy n suami terpaksa menghentikan kesemua bantuan y ada supaya sekecil kami tidak tersiksa.. hari pertama, perubahan nmpk positif, dye buka mata dan tersenyum. hari ke2 dan ke3 makin teruk.. kami terpaksa membuat keputusan tok cabut alat bantuan kerna otak dah mati, buah pinggang dah mati, hati dah mati, hnya jantung kecilnye saje y masih berfungsi.. hnya allah saje y mengetahui perasaan masa tu. sungguh kami berharap keajaiban berlaku. supya si kecil kami mmpu bernafas sndri sedangkan sgt mustahil..peratusan hidup kurang dari 1%... akhirnye dia pergi menghadap illahi 19/2/14-22/2/14.. anak syurga..nur afina (Cahaya pemaaf)

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum.. semoga akak tabah ye.. bukan seng untuk menerima kehilangan puteri/putera sulung... sya juga mengalaminye.. mmg susah utk terima.. baca entry teringat pada puteri sulung sy, kematiannye akibat lemas tahap 3... masih teringat saat melihat wajah anak syurga tu.. hilang segala sakit y selama 28 jam... Indah sungguh saat itu.. suami dan keluarga tiada di sisi hnya nurse dan doctr saje.. saat menerima keadaan anak sy tu mmg seolah2 satu batu besar y menghempap dada.. terasa sesak.. hari pertama pernafsan normal, sehingga hari ke3 pernafsan mula teruk. apatah lagi kami sbgai keluarga harus menanggalkan segala bantuan y ada agar si kecil kami pergi dgn tenang.. mmg x seronok pantg tnpa bby.:'( huuuu..sedihnye..

    ReplyDelete
  24. Pengalaman sama dengan cousin saya....tapi akak beruntung dapat dengar tangisan....cousin saya xsempat sebab lemas...AllahuAkhbar....Dia perancang sebaik-baiknye....

    ReplyDelete
  25. saya pernah terjadi mcm ni.. heartbeat anak sy drop each time contration.. drop separuh.. tp alhamdulillah dia ok.. sekarang 1.5tahun.. masa lahir dia ada hernia.. operate masa umur sebulan

    ReplyDelete
  26. Ya Allah ... sy bersalin 21/10/15 lpas 2 hari anak sy mnggal ats sbb kes yg sama .

    ReplyDelete
  27. Ya Allah ... sy bersalin 21/10/15 lpas 2 hari anak sy mnggal ats sbb kes yg sama .

    ReplyDelete
  28. Saya baru juga kehilangan putera tersayang 4bulan lepas. di sebabkan hydrops fetalis. baby dapat survive 16 jam selepas di lahirkan secara operation. perasaan nie Allah jek yg tau.sgt2 merindui arwah anak saya... takziah ye sis :(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah