Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.
“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan
bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz,
34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.
Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan
tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin
sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.
Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.
Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.
Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.
Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.
“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.
Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.
Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.
Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.
SUMBER
Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.
Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.
Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
Fizz Fairuz
“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya
tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri
kedua).
“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.
Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.
Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.
“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.
Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.
Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.
Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.
SUMBER
mcm mcm kan kak.. nikah syp syp ni la yg susah .
ReplyDeletepas tu x declare..kan masalah..
Deletebalasan Allah?pikir sendiri... :)
ReplyDeleteno comment...
Deletemacam2 dugaan allah turunkan
ReplyDeletekita manusia biasa..sentiasa di duga kan?
Deletehah, sudah.. dunia skang ni marabahaya!
ReplyDeleteoh yes madam...u are rite..
Deletehuhuhu..mcm2...kalo dah takde jodoh kan...
ReplyDeleteallah maha kuasa..dia menjauhkan jodoh yg bukan milik kita..
Deletehahaha...artis dan kontroversi mmg x dpt dipisahkan...
ReplyDeletebetul tu nok..
Deletemcm drama swastalah..bolehlah bikin satu..fizz berlakon..
ReplyDeletehehehe...buat nyampah org nak tgok jer kak dee
Deletedah mcm drama tv la... ke ini sedutan salah satu babak je...
ReplyDeletehaah kan...
Deletemcm2lah kdg2 mcm x masuk akal dah
ReplyDeletebetul tu KA
Deleteohh....nak jea rasanya pi bgtau kat almy tuh....
ReplyDelete"gurl,better jauhkan diri dari this man...."
heheheheheee
waaa...ibu baru ni dah lama x datang bertandang....baby dah bsr eh..akak lom ada masa nak pi tgok...bz sgt2
Deletemacam2 version cerita... senang cerita panggil 3-3... bersemuka...habis cerita... ermm... fizz ni ada kecelaruan personaliti ke?
ReplyDeleteye la adik maniss..ni semua sebab di selubungi populariti la ni..kan?
DeleteCerita dia ni memang konpius...Tuhan jelah yang tau kebenarannya ~
ReplyDeletesetuju...
Delete