Tuesday, February 19, 2013
Alkisah Sebuah Hidangan Isteri...
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.
Namun saya diam.
Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.
Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”
Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.
“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.
Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…
“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.
Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.
Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.
Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.
Sebuah tulisan untuk renungan.
Senyum
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah
sweet!!
ReplyDeleteSweetnya ayah awak....(^_^)
ReplyDeletebestnyerr...sgt sweet... :)
ReplyDeletethanks for d sharing..
great story
ReplyDelete:)
ReplyDeleteso sweetttt.moga rara n hubby selalu cm ni =)
ReplyDeletebetui tu...
ReplyDeletenice entry!
perkara yang kecil itulah perkara yang besar sebenarnya... yup...walaupun tidak sesempurna mana hasil perbuatan atau tugas yang dilaksanakan... tetapi itulah yang mengikat kasih sayang... kadang2... kita alpa dengan perkara2 yang dianggap kecil ni... bagus untuk renungan suami isteri semua...thumbs up akak... ^_^ love this entry...
ReplyDelete*isteri, walau penat macam mana, jangan pernah merungut...tanggungjawab harus dilaksanakan...suami pun begitu juga...barulah hidup berkasih sayang itu bahagia...semua orang boleh kahwin..tapi x semua orang faham konsep perkahwinan itu... ^_^ erkss...terpanjang lebar pulak komen adik akak nih...he he he...
ada ke lelaki camni? susahlah nak cari kan..hrp along dpt jumpa :)
ReplyDeletememang pun.. agree
ReplyDeleteappericiation tu penting dalam sesuatu hubungan
kata-kata itu tajam...
ReplyDeletenice!!
Mmmm....tak ramai lelaki yg berjiwa sensitif mcm ni kak. Ade kes, bukan tak sdp tp mgkn terkurang garam. Pun periuk nasi dah dicampak kua ikut tingkap.
ReplyDeleteitulah yg sepatutnya...saling bekerjasama dan bertolak ansur...
ReplyDeletebagus N3 nie.
ReplyDeletesweet sangat.
OWH,MENUSUK KALBU ENTRY INI..
ReplyDeletegood sharing :)
ReplyDelete