Thursday, February 28, 2013

Ciuman Paling Banyak


Aktres, model dan pelawak, Veena Malik yang menyambut ulang tahun kelahirannya kelmarin ingin menyahut cabaran memecah rekod dunia menerima ciuman paling banyak dalam masa seminit bagi memberi kelainan pada hari jadinya.
Khabarnya semua peserta program realiti, The City That Never Sleeps - Bollywood Hunt akan cuba membantu hasratnya itu sekali gus menjadi hadiah paling indah buatnya. Dalam masa seminit Veena mesti menerima ciuman lebih 100 kali.
Veena sangat teruja untuk memecah Guinness World Records dan The City That Never Sleeps juga adalah filem lakonan terbarunya.

“Saya gembira kerana penerbit, Satish Reddy dan pengarah filem itu, Haroon Rashid memberi peluang kepada saya untuk mencatatkan nama dalam rekod dunia,” katanya

ni la wajah Veena Malik - google


SUMBER

Special Promo PMC

tq Mr Google..(malas nak amik gambar)

Actually aku nak abiskan stok kat tangan...ada 8 packet jer lagi...next week masuk stok baru dari Sempoerna Sabah...

Harga promo valid until 8th March

1 packet RM25 + postage RM6
2 packet  = RM50 + Free Postage
3 packet = RM75 + Free Postage
5 packet = RM125 + Free Postage + Free 1 packet

Cepat2....sapa nak repeat order leh booked sekarang...aku ada 8 packet jer lagi...

Interested email me at
Suriaamanda@yahoo.com

Untuk Makluman aku akan pos barang setiap SABTU ...tq

Auto publish

BAKI PMC = 5 Pack shj  - Sapa cepat dia dapat...


GA > Sapa Ada Anak Nama DANIA/DAMIA/AINUL/HUDA????BY SURIAAMANDA


ENTRY NI MELEKAT SAMPAI 28HB, ENTRY BARU DI BAWAH ENTRY NI


Nama penuh anak dara aku ni AINNUL DANIA HUDA...
tahun ni genap la 9 tahun...

Setelah di timbang, difikir sedalam2nya sebab x ramai orang nama anak eh Dania kan aku tukar sikit la syarat2 tu eh...nama2 yang ada kat ruangan komen tu kalau x join GA aku ni...siap..aku dah tukar syarat tu dah..moh join ramai2..apa yang aku nak korang buat...
sapa2 readers blog aku ni nama anak atau anak buah dia ada DANIA/ DAMIA/AINUL/ HUDA ...sila letak nama tu kat ruangan komen...kenapa? 
just to share jer...berapa ramai yang follow blog aku anak dia ada sama nama ngan anak aku...
Then....aku nak bg hadiah kepada 3 pemenang bertuah yang nama dan link blog dia di cabut oleh DANIA..
apa hadiahnya nanti aku decide...

syarat2:
  1. Mesti follow blog aku ni
  2. buat satu entry pasal  nama anak / anak buah sama dgn DANIA/DAMIA/AINUL/HUDA
  3. letakkan link entry di ruangan komen.
Tarikh tutup :

28 February 2013 @ 12.00 tengahari


Takde Orang Suka Tengok Kita Senang..


Betul tak?
Situasi ni ada dimana2 dalam kehidupan kita seharian kan?
correct me if i'm wrong..

"ENTRY AUTO PUBLISH"

Peserta GA

Aku nak update peserta GA yang sesaje aku buat tu...walau x ramai peserta tp still ada masa lagi kan...

Peserta:

  1. http://deelanordin.blogspot.com/2013/02/ga-sapa-ada-anak-nama-dania-by-suria.html
  2. http://shumie-dz.blogspot.com/2013/02/ga-sapa-ada-anak-nama.html
  3. http://miaduniaku.blogspot.com/2013/02/ga-sapa-ada-anak-nama.html
  4. http://yangbaik-biz.blogspot.com/2013/02/ga-sapa-ada-anak-nama.html
  5. http://dzazue8180.blogspot.com/2013/02/ga-sapa-ada-anak-nama-dania-damia-ainul.html
  6. http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/02/ga-sapa-ada-anak-nama.html
  7. http://mazliza86.blogspot.com/2013/02/ga-sapa-ada-anak-html

Baru 4 peserta...eh mana yang lain2 ni.....kalau sampai tarikh 28 Februari still 5 orang jugak peserta..
nanti aku kena decide la untuk bagi semua peseta ni hadiah...hadiah tgh cari lagi..
even tak seberapa tp ini GA aku yang pertama kan...nak buat GA siap ada sponsor..aku bukan blogger hebat pun...hehehehehe..
special thanks untuk peserta di atas...kepada yang lain2 yang cukup syarat nak join...
still got time...lets join me....


28 February 2013

Today is last day...tepat kul 12 kang GA ni tamat dan aku akan umumkan 3 pemenang Isnin depan..anak dara aku akan buat cabutan undi ye...so..kita lihat siapa yang kena...
nasib baik ada 7 peserta..
Hadiah?

Tempat pertama : Malakoff Pen Drive
Tempat Ke Dua : Penanda Buku
Tempat ketiga: Key Chain 

Isnin nanti aku update pemenang ok?Mak Jemah bz skit ari ni...mood ke laut jugak...so..korang tunggu la entry auto publish aku dah buat 1-2 entry semalam...
kbai...

TownHall HQ Malakoff

Semua company x kira besar ke kecik ke mesti ada townhall, ataupun perjumpaan 3 bulan sekali ngan semua staff, kat Malakoff ni setahun 5-6 kali ada...ikutkan x suka nak pi..tp harus pi sebab nak tau jugak perkembangan syarikat, untung ke rugi..bonus banyak mana kan....well semalam dah ada first townhall for HQ, mcm2 la di perbincangkan dan diterangkan oleh CEO...

Nampak sikit..sebenarnya ramai..
CEO sedang memberikan taklimat
Khusyuk semua dengar...

Mission


Cukup la...x reti aku nak terangkan mcm mana...apa pun..semoga Malakoff terus unggul menjadi Independent Power Provider terbersar di Malaysia...
Kita tunggu March for next Bonus....semoga memberangsangkan...Amin....

Wednesday, February 27, 2013

Alfio Raldo - Watch For Woman


Berminat Nak Order?
Serius Buyers only, order will take 1 week..
interested email me
Suriaamanda@yahoo.com

 Hitam,  Putih , Merah
 yang ni pun cantik nampak elegant gitu...

Harga RM59.90
+
FREE POSTAGE for Semenanjung sampai END MARCH...

Jom tambah koleksi jam tangan anda...

Tulisan Cantik Tulisan Rangkai


Cer korang tgok tulisan kat note tu...cantik kan? orang dulu2 suka ni tulisan ni....kalau x salah di sebut tulisan rangkai...terpegun kejap tgok tulisan Client Boss ni aku mcm taksub jap...
cantik tersusun..huruf "r" tulisan rangkai ni cantik...the way sign nama pun sgt2 kemas dan cantik...
korang nak tau dia ada bagi Cinnamon Rolls pada boss aku..buat sendiri tau...
ya allah...first time aku makan...smooth..sedap..rasa cinnamon nyer..ngan cream dia...ya allah...selain tulisan cantik..air tangan dia pun sedap...dulu masa mula2 berurusan aku ingat Puan Siti ni sombong..
x rupanya..dia pun dah baya2 mak aku but very intelligent dan ada biz sendiri..
kami yang sebenarnya dah makan tghari masa townhall session tp bila bau jer cinnamon rolls tu terus...hurm..x leh tahan wooooo....x cukup plak tuh....siap nak request order plak lagi..
agak2 dia amik order x?

Pn. Siti Zaleha Md Desa La....Sgt!!!!

Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Pn. Siti Zaleha Md Desa
sitizalehamddesa@hotmail.co.uk
From: Malaysia


Suriaamanda Berkata:


Macam2 cara orang nak menipu kan...ingat aku ni senang2 terpedaya agaknya...mekasih sgt la Pn Siti Zaleha Md Desa...rajin betul Puan kan...sehari sampai 5-6 email yang sama puan hantar ke saya...kaya betul Puan kan..cer tgok email address puan tu...hehehehehe....agak2 la kalau nak menipu pun....

"Arwendanish GA FM Aussie"





syarat2:

1) Dialu-alukan menjadi follower blog ni. Tiada paksaan :)
2) Buat 1 entry tentang giveaway ini
3) Tinggalkan comment di sini beserta dengan link entry anda
4) 5 Pemenang akan memenangi FM Aussie melalui random.com
5) Tarikh tutup penyertaan 28/2/13 jam 11.59malam

Baru singgah blog El tadi dan nampak GA ni...terasa nak join...terus jer buat entry..
so ada sapa nak kenal El dan join GA ni..

Pengambilan PMC Cara Aku


Pure Marine Collagen / Collagen rumpai laut ni sebenarnya sedap..lemak2 mcm tu tp takde rasa..cara aku ambil senang jer..aku jenis x leh nak makan mcm tu jer..kena ada jus...campur ngan jus baru lalu nak telan...stok jus kat umah aku x putus2...
Ni cara aku....
  1. ambil 2-3 sudu...hancurkan dalam gelas or dalam mug..
  2. tuangkan jus...kacau..
  3. then minum..
  4. ambil  waktu pagi sebelum sarapan...sesuai diambil bila perut kosong....
  5. lepas dah minum tuh...dalam tempoh 3 jam x leh minum kopi/nescafe/teh..milo xper...
  6. amalkan minum air masak banyak2..
  7. Waktu malam konsep yang sama..sebelum tidur...


 rupa dari atas...
ni aku campurkan dengan Ribena..sedap...

So..ada yang berminat nak mencuba?
drop  me an email
Suriaamanda@yahoo.com

Kenapa Tak Balas Kunjungan...

Kenapa?
Alahai...sorang lagi anonymous komen kat blog aku dengan pertanyaan mcm ni..(maaf komen asal dah delete sbb annoying sgt2), ni aku dah edit tau...
" Wahai tuan tanah yang perasan bagusss ( ayat permulaan, salam pun xde), Kenapa eh bila kita dah follow orang dan dah tinggalkan jejak/komen/ follow..org tu x balas balik dan x follow balik?"

Ini jawapan ikhlas dari SA ye wahai cik anon....

  1. ye..anda maybe follow...tp bila klik gambar profile kat ruangan FOLLOW tu..xde link...acaner den nak follow?
  2. Susah nak tinggalkan jejak semula sebab ada word verification...yang simple dan senang boleh la SA key in...almaklumlah...umur dah lanjut skit ( ttp maintain vogue) ..kecik benor no tu..mcm mana nak key in...pi letak word verification tu kenapa?tukar setting boleh?
  3. x balas komen...bukan nak berlagak diva...blogger ni bukan sepanjang masa menghadap PC/LAPTOP..dah tentu2 ada yang bekerja..SA pun sama..xdenya nak duduk goyang kaki depan pc...nak kena buang kerja?
Nasihat SA...bukan nak tunjuk bagus..utk kemudahan bersama di samping mendapat rating dan kunjungan yang banyak..traffic blog kita naik mendadak...tolong la tukar setting WORD VERIFICATION tu...susah sebenarnya..ini la sebab kenapa ramai x berkunjung ke blog awak...cuba ubah setting..thats y la blog awak tu x ramai follower...sebab kaedah yang ada agak menyusahkan...awak sendiri yang setting..jangan la marah kami konon x nak balas kunjungan...bila dah ada setting mcm tu orang x suka..sebab menyusahkan...bukan nak berlagak DIVA...sapa la mak Jemah ni kan...baru jugak dalam dunia blogging ni..tp kita sama2 naikkan rating blog kita..sharing is caring kan..so xde la timbul masalah blogger berlagak Diva ni...( ceh ingat artis jer yang selalu x layan peminat..blogger pun dah macam retis kan...) 

Harap maklum yer cik anon...Mak Jemah 2-3 hari ni bz sgt2 sebab handle interview cari assistant Mak Jemah...ya allah...makin ramai la yang menyampah ngan mak jemah ni nanti...bukan assistant hoke...admin department..Mak Jemahd dah x larat dah sensorang jer jadi bunga pujaan hati setiap kumbang department ni..( sebenarnya x larat kena BULI)...doa2 la moga cepat dapat assistant......

Tuesday, February 26, 2013

Luahan kekecewaan seorang boss

Apa kess plak ni kan...tadi petang ada interview untuk new admin assistant utk department aku..actually patut ada 2 candidate untuk hari ni tp yg sorang lg decline..x dpt cuti untuk interview katanya...once HR dah tinggalkan budak tu kat tingkat 8, aku ditugaskan untuk panggil dia..ok la..aku pi..satu hal plak aku terpaksa tggu dia isi borang..first dh failed kt situ...2nd..boipren teman plak sambil isi borang..la..ko pehal..sapa nk interview ni sebenarnya...dh waste 20 min kt situ..then dh settle bwk naik tgkt 9 dept aku..siap ckp dia lari ni curi2 dtg sini..apa hal nk mention? Adeh...failed lg..awal2 dh tunjuk attitude..bos ajak aku masuk sekali...aku ckp. .X per..bos aje yg interview...1/2 jam dh abis..aku tanya boss cane? Dia ckp too young..too agresif. .too naive. .dia x nak sbb the way dia bckp tu sgt2 berlagak..lgpun that girl muda lg..19thn...x per la boss..just wait for another candidate la..budak2 sekarang mmg xde etika pi interview ke ek?
posted from Bloggeroid

KENZO...MY WISHLIST

thanks google coz sudi pinjamkan gambar ni...


Well aku dah ada next wishlist selepas Note II, dulu dah pernah guna...tp nak beli lagi...lama dah x beli perfume kan...
yesza.. semoga impian aku nak memiliki si sexy ni menjadi kenyataan...
psst...11th March nanti birthday Cik Abg..aku bab nak bagi hadiah kat lelaki ni sgt2 failed...
apa nak bagi erk?
last year?
aku belanja dia makan jer....
ni tgh pening ni..x berapa hari jer lagi..
ada idea x?

Kickers Yang Sangat2 Menghampakan

Kenapa?
Indah khabar dari rupa....x sedap pakai...kaki aku melecet...material x bagus..baru sekali pakai dah terkopak2 kulit pelapik alas tapak kaki dia...

 kotak cantik..nampak berjenama  walau biasa...harga lepas 70% RM39.90
 cantik...comel..masa test sedap je melekat kat kaki

Tapi sayanggggggg....
mcm aku ckp td...x sedap pakai...alamatnya...jadi belasahan jer la...hajat hati nak buat kasut pi jenjalan...
u olls...kalau korang nak beli kasut Kickers ni...fikir la 2-3 kali....
x beli lagi bagus...kalau beli pun aku x halang...
jangan lupa blog out nanti...
kat mana aku beli...
The Curve...

Saya Dah Tak Sayang - Aidil


Seremban: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam diberitahu bahawa pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar pernah dua kali meminta cerai sepanjang tempoh perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
Mohd Aidil Zafuan, 26, berkata demikian pada prosiding permohonan cerai kali kedua selepas tidak bersetuju dengan kenyataan isterinya untuk tidak bercerai di mahkamah berkenaan.
Rita, 37, tiba di mahkamah jam 9 pagi sambil ditemani beberapa rakan manakala Aidil Zafuan, 26, tiba bersama bapa dan abangnya kira-kira jam 10.45 pagi.

Prosiding di hadapan Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor yang mengambil masa 30 minit itu dimulakan dengan peguam Aidil Zafuan Noor Ariff Delia Ramli memaklumkan permohonan cerai itu difailkan anak guamnya pada 31 Januari lalu.
Foto RITA di mahkamah rendah syariah, semalam.
Foto AIDIL Zafuan mengaku sudah tidak sayangkan Rita.

Peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita mengesahkan perkara itu dan memaklumkan anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan Aidil Zafuan selaku plaintif, malah Mohd Zaidi juga mencadangkan supaya diadakan perbincangan melalui Jawatankuasa Pendamai untuk kedua-dua pihak bersemuka selepas plaintif meninggalkan rumah lebih setahun lalu.


SUMBER

Hantu Kak Limah 2


Lama giler x pi dating hari Ahad, aku ngan cik abg pi tgok wayang kat Cineleisure Damansara, kebetulan lepas tu nak terjah The Curve kan...pssst....aku ternampak blogger popular CIK EPAL...comelnya dia ngan Saheizy Sam ( boifren dia) tu..nak tegur masa tu aku tgh beratur beli tiket...cik abg tu dah ke toilet...
at last tgok jer la dia berpergian...
Well jalan citer Hantu Kak Limah 2 ni agak slow la pada pendapat aku...x mcm Hantu Kak Limah 1 dulu...
aku paham jalan citernya...yang ni aku x paham sungguh...tp orang sebelah aku kan...siap ketawa berdekah2 lagi..aku ada part2 jer aku gelak...cik abg aku tu menghayati betul..at last aku diam sebab hujung sebelah kanan cik abg ada kapel yang awek dia pengkritik bebas citer tu....irritating giler...dia jer bercakap..boipren dia senyap je..dia jer yang critic part by part...cik abg aku siap ckp kuat2..." org nak tgok wayang...yang dia ni jadi pengkritik plak" dia buat bodoh jer...apa punya perempuan da...budak baru belajar menggedik mcm ni la kot...aku dulu pernah jugak remaja..tp xde la gedik mcm tu...
cik abg aku ckp..lawak yang dipaparkan oleh Mamat Khalid adalah lawak bermesej dan berkisahkan kehidupan orang2 melayu..kalau tgok betul2 dari Zombie Kg Pisang sampai la Hantu Kak Limah 2  ni...adalah lawak kesinambungan...berkait2 dan memang jelas menunjukkan asam garam kehidupan melayu...
Betul ke? wallahualam...
any comment sapa yang dah tgok?

Monday, February 25, 2013

Ahad Aku

Usai amik BR1M nyer voucher kat SJK(C) Jinjang Utara (memang Jinjang laa...punya la sempit jalan..semua kaum cina kat situ rasa mcm kat Beijing plak), aku dan cik abg meneruskan perjalanan ke SOGO..nak cashkan voucher x leh..kena tunggu Isnin kan..so guna la apa yang ada...tujuan adalah nak pi cari sandal..mana tau ada sale kan..sekali takde..ada pun brand Renoma jer..so jalan2 tingkat 1 plak...ada banyak gak la sale..banyak wedges cantik2..tp syg rega mahal lagi..tujuan nak cari sandal yang ala2 tapak rendah dan utk senang guna buat basahan dan ke office..last2 jumpa satu kat Vincci...jadi la...

 RM 59.00...lately ni x tau knp Vincci x berapa in la pesen kasutnya...kenapa erk?

so..sandal dah kawan baik ngan wedges..kaler lebih kurang..wedges tu 3 inch so guna kat opis je..yg sandal tu guna untuk belasahan...x tau la baper lama bertahan tu..
takut sekejap jer dah lunyai...

Dania , Belanja Sekolah dan Menabung


Salam Isnin u olls....lambat bersiaran hari ni...biasalah Monday kan...semua nak kena cepat settle...hari ni aku nak kongsi dan ajak u olls berbual tentang belanja sekolah anak...berapa RM u olls bagi 
duit belanja hari2 kat anak?
meh share ngan aku...
Dania hari2 belanja sekolah RM3...tp bawak bekal pi sekolah...duit x pernah habis dan alhamdulillah aku dah ajar dia menabung sejak dari darjah 1...now duit terkumpul dah banyak...belum masukkan dalam bank lagi...kenapa dia menabung?
dia nak belajar kat LONDON katanya....kalau dalam Malaysia dia nak belajar kat UNIMAS macam Acu dia...haaaa....tinggi betul cita2....tp kan..kalau belajar kat London..Mama or Uwan kena ikut sekali..kenapa?
sebab dia x suka nak rindu duduk jauh2...hahahahaha...budak2 punya pemikiran kan?
so..korang yang anak dah pi sekolah tu baper hengget belanja sekolah diorang
hari2?
Let's share....

Sunday, February 24, 2013

The wedding Breaker


Sedang melayan novel baru beli td..The Wedding Breaker..dengarnya novel ni tgh popular skrg ni..mula baca pun dh seronok...dh hbis baca nanti aku upload kat Notakakisuriaamanda eh...lama x update blog tu..

posted from Bloggeroid

BR1M 2.0

Salam U olls...
Kerana BR1M ni la aku terpaksa gadaikan hari Ahad aku ..kenapa la hari Ahad..hari untuk aku dan anak aku..tp takper la..bukan selalu pun kan...
today is the day...
SRJK(C) Jinjang Utara..mana plak la lokasinya ni...
layakkah aku? of course la layak...gaji aku bawah RM3K, some more aku ni Ibu Tunggal..
nyesal x daftar tahun lepas...kalau tak dah 2 kali dah dapat..ni baru kali pertama dapat..
teruja? dapat duit free..mesti la teruja...

Saturday, February 23, 2013

Happy Weekend U olls


Salam U olls...
Happy Weekend...marilah kita meluangkan masa bersama kereta baru ayahanda saya...
Baby red...jom kita jalan......

eleh...pi pasar jer pun....

Friday, February 22, 2013

Ibu Adalah Segalanya..


Jom balik nanti kita sama2 cium ibu kita....
x sabar nak balik nak rasa ciuman Dania...oh i miss her so much...
mcm ni la nasib weekend mama...

Nostalgia Kuda Rotan

Pernah tgok kuda mainan macam kat gambar tu?haaa.....nostalgia sangat untuk aku sebab masa umur aku 4 tahun Abah belikan kuda ni....tapi sekarang dah takde la...giler umur aku dah 35 tahun kot tahun ni...
kalau ada lagi kan best..boleh tunjuk kat Dania

 pelbagai size dorang jual
mak aku ckp yang mcm ni la aku punya...

Dulu...ni mak aku citer tau...aku memang sayang giler ngan kuda rotan ni...org lain nak pinjam x  leh...
main kat situ..makan duk atas tu...aku le tu...
Mak aku suh aku beli bagi si kembar..ishh....kang anak dara aku plak yang merajuk...
dia xde pun kuda rotan...biar betul umur dia dah nak masuk 9 tahun kot..x kan nak main kuda lagi kan...
kalau kembar tu boleh la..tp tu la..kalau beli sure berebut walau seat ada 2...
kan?

Reward For Myself


Salam u olls,
Just nak sharing....bukan nak berlagak..bukan nak menunjuk..cuma aku nak kongsi kat sini untuk kenangan nanti..yesza..dah beli Galaxy Note II, alhamdulillah apa yang diidam dah ada kat tangan...reward for myself untuk tahun ni...alhamdulillah...

 i'm choosing the grey colour
 dapat sekali ngan bag tuh..cantik..sedondon ngan baby red
x sabar nak guna...

Nak transfer sim card kena tukar simcard sekarang to Micro simcard, Ahad ni baru nak tukar..
sebabnya Line aku guna sekarang atas nama cik abg...so..cik abg jer boleh tukarkan simcard tu...now cik abg tgh ada teambuilding kat Perak...so Ahad nanti je lepas pi amik BRIM baru aku pi tukar simcard..
handphone sekarang nak buat apa?
of course la anak dara aku tu dah chop awal2...aku memang nak bagi kat dia pun dengan syarat
belajar rajin2 and promise jangan bawak pi sekolah...
Lebar jer senyum dia...actually yang sekarang aku guna Samsung Galaxy Y, itu yang dia nak sangat tu...

Pasar Tani Lagi

Sambungan entry Lemang tuh...

Kat area ni la kami pergi last time...Pasar Tani Batu Kikir...nampak jer signboard ni...Pasar Tani tu sebelah Kanan..korang parking jer kereta kat tepi2 jalan tu...jalan adalah amat luas dan lebar...setiap Ahad tau..jgn pepandai pergi hari lain peh tu salahkan aku plak nanti...

 signboard yang aku maksudkan..lepas traffic light belah kanan korang Pasar Tani...
 see....nampak x? ramai orang kan?
 kiri kanan macam2 ada...
 Abah ngan Pak Lang dah jumpa jala ni..nama nyer Jeramak...x tau la knp di panggil begitu..
 Abah aku memang ada kepakaran buat jala, x kisah jala sungai ke..jala laut...
 beriya belek...bukan beli pun...
 sayur pelik yang kami jumpa...Beremi namanya..menurut makcik ni..goreng belacan pun sodap...x beli...sbb x pernah makan..
 Mak Lang beli pegaga kot..
 pucuk maman...kat Gemencheh popular ni...buat rendang atau buat jeruk..rasanya? ntah la..x gomar...
 terung telunjuk,....sukeeeee....mak aku beli...
 ayam salai ...ni biasa nampak...
 antara kegemaran aku..siput sedut...
banyak sampai memanjat2...kali ni x beli sebab x teringin...

Sebenarnya teringin nak buat ikan pari bakar..tp until today x jumpa yang betul2 fresh..
semua even kat pasar dah lama...dah x fresh...nak pi cari kat Lukut..entah bila nak pi...tambah2 x pernah pi pun...Ya allah...harus cari ni...udah mcm mengidam plak...rasa mcm terasa2 jer kat bibir ni..
cicah ngan kuah asam....walaweiiiiii......