Friday, January 4, 2013

Eh...Gemuk Sikit Takper la....


Lemak beri tenaga ketika sakit


GEMUK sedikit tidak mengapa tetapi jika berlebihan, ia akan bawa masalah. – Gambar hiasan



WASHINGTON – Berat badan berlebihan beberapa kilogram bukan sesuatu yang buruk, demikian menurut satu analisis baharu melibatkan hampir tiga juta orang. Analisis tersebut yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau sedikit obes berkecenderungan hidup lebih lama. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa kilogram itu bertambah dengan banyaknya.
Para penyelidik kajian berkenaan menggunakan data daripada hampir 100 kajian di seluruh dunia merangkumi maklumat kesihatan melibatkan lebih 2.8 juta orang dewasa. Antara sampel populasi tersebut, terdapat sekitar 270,000 kematian sepanjang tempoh kajian dijalankan. Selepas beberapa faktor lain seperti usia, jantina, tabiat merokok telah dikawal, kumpulan dengan ketinggian dan berat badan ‘berlebihan’ didapati kurang berisiko untuk mati sebanyak enam peratus berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.
Kajian sama turut mendapati mereka yang ‘sedikit obes’ dengan ketinggian dan berat merangkumi indeks jisim badan (BMI) antara 30 hingga 35 didapati lima peratus kurang berisiko meninggal dunia sepanjang tempoh kajian. Namun, bagi mereka yang obes dengan BMI 35 dan ke atas, kadar kematian melonjak sebanyak 29 peratus berbanding subjek yang mempunyai berat badan normal. Penemuan terbaharu itu disiarkan Selasa lalu dalam jurnal saintifik, Journal of the American Medical Association (JAMA).
Pengarang-pengarang kajian itu memberikan beberapa sebab mengapa sedikit berat berlebihan baik untuk tubuh manakala berat ekstrem pula memudaratkan manusia. Mereka berkata, pertambahan lemak badan membekalkan manfaat metabolisme yang dapat melindungi jantung atau simpanan lemak berlebihan dapat membantu semasa ketiadaan selera makan ketika sakit. Ketua penyelidik berkenaan daripada Pusat AS Untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pernah menyiarkan satu kajian kontroversi pada 2005.
Kajian itu menunjukkan terdapat kaitan antara berat berlebihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, kali ini, analisis kajian serupa dibuat berdasarkan sampel lebih besar yang diambil dari negara-negara berbeza di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Dua saintis bioperubatan, Steven Heymsfield dan William Cefalu dalam satu editorial yang turut disiarkan Selasa lalu dalam jurnal JAMA mengulas, kajian terbaharu itu dan beberapa penyelidikan lain menunjukkan sejumlah kecil lemak berlebihan memberikan simpanan tenaga yang diperlukan badan manusia ketika sakit atau membantu dalam cara lain.
Kata mereka, faktor-faktor tersebut masih memerlukan kajian lanjut. “Penemuan ini menunjukkan tidak semua pesakit yang diklasifikasi mempunyai berat berlebihan atau obesiti tahap satu terutamanya mereka yang menghidap sakit kronik memerlukan rawatan pengurangan berat badan,” jelas mereka. Pengarah CDC, Thomas Friedan ketika mengulas penemuan tersebut berkata: “Kita perlu lebih belajar tentang obesiti termasuk kaedah terbaik untuk mengiranya”. – AFP

INFO KOSMO

Suriaamanda: Maknanya x salah la kalau SA ni gemuk sikit kan? hehehehehe...

19 comments:

  1. Saya tgh nak naikkan berat badan ni kak. Sikit lagi dah nak macam bini popeye.

    ReplyDelete
  2. hahahaha...greenlight utk ternak lemak..sikit la tapi ;)

    ReplyDelete
  3. saya nak gemuk org lain sume nak kurus sy plak terbalik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, cakap dengan cha kak, mehhhhhh amek yang nadia sekali. dah melimpah ruah dah nadia punya ni. ;p

      Delete
  4. saya nk gemuk ! tp susah.. huhu..

    kak, psl majlis review kt blog tue, majlis tue 30 jun 2012.. dah lama lepas. tp br review.. hihi..

    ReplyDelete
  5. tapi lemak den makin meningkat...cuti weekend...nak jogging....bakaq lemak2...ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jogging kejap je ...pas tu balik ternak lemak lagi kan...

      Delete
  6. saya pon nak gemuk sikit, tapi tak leh (",)

    ReplyDelete
  7. sy yg gemuk ni nk kurus plak,uhuhuhu!!!

    ReplyDelete
  8. hehehe sukaaa dgn entry ni.. almaklumlah mak ni penuh dgn lemak berlebihan hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah