Thursday, January 31, 2013

Jatuh Cinta Pandang Pertama


Sekali pandang terus jatuh cinta....terus terbayang2....acaner ni????

source dari FB

Cantik x? Giler punya cantik kan....ya allah...aku nak buat kaler mcm ni untuk wall umah aku la...sofa aku dah kaler putih...tgh plan nak kaler wall jer...
kenapa buat satu2...aku bukan banyak duit..kena kumpul duit dulu baru boleh plan...kaler pepel tu sweet sgt....X sabar nak balik umah tunjuk kat adik2 aku...wall kat umah aku tu sama mcm dlm gambar tu....
semoga impian jadi kenyatan la...amin....banyak betul wishlist aku utk 2013 ni..
Korang doakan yang terbaik utk aku eh...

Aressa Next Stop Model

Amboi...amboi....pandai melaram dah eh..pakai selipar tak nak..duk berangan nak pakai kasut tumit tinggi..
bila halang dia pakai dia mengamuk tau...bagi selipar dia buang selipar...

 tgok..tgok...poyo jer...
 eh..eh..penat ke apa ni..mencangkung...dia posing sebenarnya...
 tetiba terduduk..menangis plak tu...
 see..pakai lagi...apa yang korang nampak? mood berangan dia kan...salah laaaaaa...

v


v


v



v



v
kasut dia pakai tu terbalik la....

berguling2 kakak Dania dia gelakkan...hahahahahha....sabar jer la....
budak kecik macam ni..buat apa pun nampak sweet kan...
okbai..

AGAK2 LA KALAU NAK MENIPU PUN....

Korang sure pernah dapat email mengarut mcm ni kan...aku kan...sehari mesti ada 2 atau lebih email macam ni masuk dalam SPAM email aku...rimas tau...MODUS OPERANDI dia gunakan masalah dia tuh pas tu amount yang banyak giler tu...tp kekadang ada gak yang terpedaya tau....


Dear Friend.                    

Greetings to you and your family, I am the manager of bill and exchange in THE BANK, I have a business of 5.5 Million United State Dollars to be transfer to your account for investment in your country, if you are ready to assist me get back to me, I will give you full details on how the fund will be transfer to you.

Be rest assured that everything will be handled confidentially because, this is a great opportunity we cannot afford to miss, as it will make our family profit a lot

It has been 6 years go, that most of the greedy African Politicians used our bank to launder money overseas through the help of their Political advisers.

Most of the funds which they transferred out of the shores of Africa were gold and oil money that was supposed to have been used to develop the continent.

The Political advisers always inflated the amounts before transfer to foreign accounts so I also used the opportunity to divert part of the fund worth five million five hundred united state dollars I told you about and I am aware that there is no official trace of how much was transferred as all the accounts used for such transfers of fund at that particle time were closed after transfer.

I am the account officer to most of the politicians and when I discovered that they were using me to succeed in their greedy act, I also cleaned some of their banking records from the Bank files and no one cared to ask me for the money was too much for them to control, as I am sending this message to you, I was able to divert five point five Millions Dollars ($5.5M)which is in an escrow transit account belonging to no one in the bank, and now my bank is very anxious to know the real beneficiary of the funds is for they have made a lot of profits with the fund.

It has been more than five years ago and most of the politicians are no longer in power again and they don’t use our bank to transfer funds overseas anymore since their tenure had expired.

The $5.5 Million United State Dollars has been lying in the bank as unclaimed fund and I will soon retire from the bank immediately the fund is transfer into your account over there.

Immediately the fund has been successfully transfer into your account I will come to your country for the sharing of the fund, the fund will be shared 50% for me and 40% for you, and the other 10% for the orphanages home and poor with less-privilege people.

Please know that there is no one that is going to question you about the fund if you will comply with me and follow my instruction which will help us a lot to achieve this goal for everything is well secured.

Please indicate your interest in this transaction by replying back and if you are not interested do not waste your time to reply kindly delete my message from your box ok.

Waiting to hear from you soon.

Yours Faithfully,
Mrs. Madini Mohamed

Nyanyian Rindu Buat Kekasih - Data



Nyanyian Rindu Buat Kekasih 

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana

Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku

( korus )
Kunyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita...
Ku ingin kau di sampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih... dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta...

( ulang korus )

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Dikala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana..

Wednesday, January 30, 2013

BAYI KOMA DIGONCANG BAPA...


Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini koma dan bertarung dengan maut, angkara bapanya yang dipercayai menggoncang anak kecil itu dengan kuat kerana berang selepas dia tidak berhenti menangis.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kepong, di sini dan kecederaan mangsa dikesan selepas dibawa bapanya ke Hospital Selayang (HS) pada jam 8.30 malam kelmarin.

Menurut sumber, ketika membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, suspek yang berusia 20-an cuba menyembunyikan kesalahannya dengan memberitahu anaknya itu mengalami kesukaran bernafas akibat diserang sawan.

“Doktor segera memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk membuat imbasan X-ray.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesan wujud pendarahan di otak kiri serta kedua-dua mata mangsa dan kecederaan itu dipercayai disebabkan goncangan yang kuat,” katanya.

Menurutnya, mengesyaki ada unsur penderaan dan penganiayaan terhadap bayi terbabit, doktor yang melakukan pemeriksaan membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan lanjut.

Sumber itu berkata, ibu mangsa memberitahu polis dia tidak melihat bagaimana suaminya mendera bayi mereka, namun percaya kejadian itu berlaku ketika dia berada di dapur dan mangsa berada bersama ayahnya di ruang tamu rumah mereka.

“Berdasarkan laporan perubatan yang dikeluarkan doktor berkenaan, polis kini berusaha mengesan bapa bayi terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya

SUMBER HARIAN METRO

Pelik la...makin hari makin ramai yang gila nak bunuh anak,,ingat senang ke nak beranak???

PEMBERITAHUAN

DEAR READERS AND FOLLOWERS,

STOK PMC DAH HABIS LICIN HARI NI YER.....KEPADA YANG NAK ORDER AKU BUKAK
SEMULA ORDER ON FRIDAY NI...SEBABNYA...STOK KAT SEREMBAN DA...YANG KAT TANGAN AKU SEKARANG DAH ABIH DA.....KALAU ADA YANG NAK ACTUALLY ADA TINGGAL 5 BUNGKUS JER LAGI...EMAIL AKU suriaamanda@yahoo.com.
KEMAAFAN BUAT SESETENGAH CUSTOMER YANG ORDER TP UNTIL TODAY X BAYAR LAGI, AKU DAH BATALKAN RESERVATION..LAMA WEH AKU SIMPAN LEBIH 3 HARI, X KAN AKU NAK SENTIASA EMAIL KORANG KAN..MCM TAK BEST JER..PADAHAL KORANG YANG NAK BELI PMC TU...
AFTER THIS..LEPAS 3 HARI XDE YG CONFIRM AKU JUAL KAT ORANG LAIN...ADA YANG DAH BG NO AKAUN X BALAS2 PUN EMAIL AKU...JGN LA MCM NI YANG...STOK AKU BUKAN SENTIASA ADA..KESIAN JUGAK KAT ORANG LAIN KAN...TIBA TIME DORANG TERPAKSA TUNGGU PLAK...MINTAK KERJASAMA EH..MANA YANG DAH DAPAT NO AKAUN AKU TU TOLONG INFORM SEKALI NGAN BUKTI PEMBAYARAN..SENANG KERJA AKU NANTI..LEPAS STOK KAT TANGAN AKU HABIS..AKU NAK BUAT DELIVERY SETIAP SABTU LA..SENANG..XDE AKU NAK BAYAR KAT COMPANY GUNA KHIDMAT POS LAJU DORANG KAN..NEXT DELIVERY WILL BE CHARGE AGAIN IKUT BERAT YE SAYANG2 AKU SEMUA...
MANA EMAIL X BERBALAS TU..SORRY BECAUSE EMAIL KORANG MASUK SPAM BOX AKU..X TAU LA KENAPA..MAKNANYA EVERYDAY AKU KENA CHECK SPAM BOX AKU LA KAN....KESIAN KAT KORANG YANG X DAPAT JAWAPAN DARI AKU...MAAFKAN LA AKU NI...

PMC ADA 3 BUNGKUS LAGI...CEPAT!CEPAT!

EMAIL AKU  > suriaamanda@yahoo.com

NEXT DELIVERY BY THIS SATURDAY......

Kembang 3 Bulan....

source from google...


Adik Manissssss FARAH WAHEDA , kakak manis suda google itu bunga kembang 3 bulan...
bunga tu banyak jer kat nursery but x tau plak nama dia kembang 3 bulan....abih tu lepas 3 bulan dia mati ke apa?( soalan biul jap)..
Kalau dapat kaler pink pun ok gak kan...kuning ke....aduhai...im craving with this flower la adik manisss...
kasik hantar opis kakak manis la.....hahahaha....
kalau kasik pos laju confirm tinggal butiran pasir ngan pasu jerk...
bunga mati terus...hahahahaha..
apapun cadangan adik manis supaya cari itu pokok kembang 3 bulan..amat dihargai..
omak akak suko ni pokok ni...ada satu lagi yang siap ada duri2 kat batang pokok sampai ke dahan tu..
ntah apa nama pokok tu, bunga lebih kurang sama je.....tau ka adik manis?
okbai..

FOLLOWER 667

Special thanks to follower yang ke 667

Nur Adibah..


Link dia kat bawah ni...

Ada sesapa nak kenal ngan Nur Adibah sila la klik link aku bagi tu yer....psssttt......kucing2 si Nur Adibah ni comel2 korangggggg...x caya korang leh pi jenguk kucing2 tu...
kalau dapat kat si kembar aku tuh..confirm lunyai kucing tu dikerjakan...
terjah tau....jangan tak terjah....
kbaiiiii.....

Biasan - Toki



Biasan 

Biasan kaca itu
Tersenyum memandangku
Membongkar satu noda
Menghiris satu jiwa

Memaksa senyum madu
Dibalik raut lesu
Tersingkap impianmu
Dicemar janji palsu

Aku yang bersalah
Janji takku endah
Terperangkapku dengan bisikannya
Bebaskanlah aku
Dari dibelenggu
Dari pintu kaca yang bermadu
Bantulah diriku
Arah mana satu
Memecah pintu balik kaca ohh...

Ku cinta dia
Bayang wajahmu
Genggam bersama
Cinta itu

Tuesday, January 29, 2013

Green Home


Nama pun kerja kat Malakoff ni bahagian Green Technology Initiave, dari opis nak green sampai la kat umah kan...kat opis aku ada 2 pasu pokok bunga...kat umah baru je nak berjinak2, Go Green katanya...ni la hobi sekarang..mencari2 anak2 pokok bunga yang santek2..termasuk la cactus..

 money plant beli kat CH December lepas...
 Spesis keladi yg aku suka...
 ni pun sama siap dah berbunga..keluarga keladi gak ni...
 ni pokok cactus Abah aku punya...
 comel x ni ...beli kat CH..masih pasu kecik..lom alihkan lagi..
 Yang ni pun....x alih
 ni pun sama..dah besar dah..beli ari tu kecik je..
 paling mengkagumkan cactus jenis ni..cepat tul dia besar..dah alihkan pasu dah...
 ni x tau cactus jenis apa...sebabnya beranak2 dah..dah xde bentuk...
sementara ni letak kat bahagian ni jer la dulu..

Hajat di hati nak bela Orchid...tp kalau orchid kena ada rumah dia kan...suka la orchid..tp suka gak species2 keladi yg kaler2..keladi lebar2 tu pun aku suka...
ada banyak kat nursery tp x kan nak borong semua kan..mana nak letak...kena ada space baru boleh ..
nak letak dalam rumah macam x kena plak..padahal kat area tangga tu clear jer..ada jer space..kalau dalam rumah kena cari pokok yg sesuai letak dalam rumah yang 50-50 memerlukan cahaya matahari...
kena pi jumpa Doctor Nursery la kot...

Penakut Rupanya...


Salam Selasa u olls....Mak Jemah bz giler ngan kerja2 today, take 5 jap buat entry ni...cilok from
FB si kudut adik aku...hahahaha...sikembar berdua ni pi jenjalan kat PD, saje nak ajar dia main2 air...
Nak tau apa jadi.....

 Adeliya nampak relax eh.....
 Aressa dah basah kuyup...
ha....korang tgok Adeliya ni....menangis melalak x hengat...dia takut air laut rupanya...

Hahahahaha...Ateh ada amik video..tp aku x copy plak...
apa la awak ni Adeliya...Aressa ok jer....excited lagi...siap x nak balik..awak plak takut air...
menjerit2 dia menangis takut air laut...
Ibu dia sajer jer bawak jalan2 kat laut sambil main2 air nak tgok anak dia berani ke tak...kalau tgok video korang sure tergelak...kelakar hoke...

Kau Tetap Dalam Anganku - Azie


Kau Tetap Dalam Anganku - Azie

Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan

Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup terluka
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga

Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih

Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kebahagiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Sampai ke mati
Hanya itu mampu ku beri

Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedihku ini
Tidak nampak

Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih... kasih
Kasih yang sebenar

Wajah dan senyumanmu
Sentiasa kuangankan
Aduhai sayang oh...

Monday, January 28, 2013

Dugaan Lagi....



Kaki pun belum elok sepenuhnya...malam td terkena minyak panas plak...aduhai...x habis2 dugaan...now dh start menggelembung...sakit x hengat punya walau sikit je kena...mcm mana boleh jadi.mcm ni...gara2 anak dara nk mkn daging burger...burger tu tetiba meletup...terpercik kat tangan..sib baik x terkena muka...kalau x confirm cacat...kan?

posted from Bloggeroid

Tabah - Mazleela




Tabah 

Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan bercinta
(Pertemuan kita yang terakhir)

Sudah ku menduga kau akan berubah
Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pinta ku melupakan dirimu

Tak apalah... ku tak kisah
Memang itu keputusanmu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksa

( korus )
Biar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal hatiku tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahan

Andai suatu hari ada orang yang bertanya
Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahawa jodoh kita tiada
Dan kita tidak pernah sengketa... oh

Moga engkau... berbahagia
Di sampingnya yang engkau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku di hari bahagiamu

COMING SOON...HONEY SOAP WITH PURE GOLD 24K


ENTRY NI GAM SAMPAI 3HB, NEW ENTRY BAWAH ENTRY NI EH....



HONEY SOAP WITH PURE GOLD 24K



HONEY SOAP WITH PURE GOLD 24K
( Sabun Muka Ekstrak Madu Lebah Asli dan Serbuk Emas 24k)

1 Ketul RM6

Kos Penghantaran :
1- 6 ketul RM8.00 - Semenanjung
RM10.00 - Sabah & Sarawak

Sabun muka daripada gabungan madu lebah asli dan serbuk emas 24K yang mampu menghaluskan, mencerahkan, menganjalkan, menghilangkan kedutan, mengembalikan keremajaan kulit wajah serta memberi keserian kepada kulit wajah supaya kelihatan lebih bercahaya.

Bahan dan kandungan
Ekstrak Madu Lebah Asli
Ekstrak Serbuk Emas 24k
Minyak Jojoba

Keistimewaan HONEY SOAP WITH PURE GOLD 24K
  • Menganjal dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah dengan agen anti penuaan daripada serbuk emas 24K
  • Agen antibakteria di dalam madu membantu merawat masalah jerawat/ resdung/fungus
  • Kandungan AHA di dalam madu membantu pertumbuhan sel kulit baru yang sihat
  • Menyejukkan dan merawat kulit yang menggelupas akibat penggunaan bahan kimia
  • Memberi cahaya dan keserian kepada kulit
  • Memberi kelembapan kulit serta emmbantu mengimbangi semula lebihan minyak di kulit muka
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menghilangkan sel kulit mati dan menggantikan sel kulit baru
  • Wajah akan menjadi lebih cerah dan berseri2
  • Mengurangkan jeragat dan pigmentasi
  • Mengatasi ruam atau kudis kecil yang biasa dialami oleh kanak2
  • sangat lembut dan selamat serta sesuai digunakan sbg sabun mandian bayi
  • Sesuai untuk merawat kulit badan bersisik, panau atau kayap.

Will open for order Next week
as usual
sesiapa berminat boleh email aku:

suriaamanda@yahoo.com

Sunday, January 27, 2013

Sambal Udang Galah For Lunch Today

Selamat tengahari u olls...sihat hari ni?kat rumah aku semua melepek sebab Selsema..aku ngan mak je x berjangkit lg...xmo ar berjangkit....menyusahkan...


Seksi x sambal udang galah aku?

Terliur x????

Saja mendengki kan...hahaha...so...apa menu tengahari korang?jom la share...resepi??alah x yah la...lelap mata pun korang leh buat kan?hihi...x kan masak sambal udang susah sgt kan...psssttt....lgpun ni bkn aku yg masak....si Lisa ibu si kembar yang masakkan...hahaha....larikkkkk.....
posted from Bloggeroid

Tika Naik Tika Jatuh - Ziana Zain



Tika Naik Tika Jatuh 

Yang amat pahit dalam hidupku ini
Sebuah kisah yang terjadi
Dan kini terbayang siapa lawan, siapa kawan
Di saat aku memerlukan

Mujurlah seorang insan yang kutemukan
Mengerti apa yang ku alami

Kalau dahulu semua indah mekar
Tetapi kini semua hambar
Sungguhku membencimu
Di atas perbuatan
Yang benar melukakan perasaan

* Saat engkau jatuh dahulu ...o...o...o...
Akulah insan yang membantumu
Sebaliknya pula yang terjadi padaku
Kau hanya diam membisu dan berlalu
Tahulah aku sekuat mana perhubunganmu
Kau biarkan ku berdarah
Sedikit pun kau tak kisah
Kau memandang aku bagaikan sampah
Apakah kau terlupa
Satu kisah dulu kala
Cahaya yang kau miliki
Aku yang beri
Dari hati yang tulus

(ulang * )

Ada baiknya
Ku ini bersendiri
Tanpa percaya sesiapa lagi
Sejarah kisah lama
Membuatku berhati
Agar diri tidak tertipu lagi
Paling penting ku percaya diri sendiri

Saturday, January 26, 2013

Jammed Tak Hengat...



Petang semalam.keluar dari opis 6.30 pm terus ke Kelana Jaya...nak jumpa cik abg and as usual nak balik Seremban...sampai2 je...ini pemandangan yg aku nampak dari jejantas....giler punya jammed x gerak2..mmg betul la cik abg aku terperangkap dlm jammed...x leh tunggu lagi then aku patah balik ke KL Setral...sampai je dah kul 8 lebih..nasib baik x tunggu lama..terus dpt train...agaknya semalam org semua balik kg kot sbb cuti 3 hari kan....korang ada yg terperangkap semalam?

posted from Bloggeroid

Seribu Kemanisan - Siti Nurhaliza



Seribu Kemanisan Lyrics

Seindah sinar pelangi
Serinya menawan hati akan menghilang
Disaat terlena sinar mentari
Hanyalah sang rembulan
Dan bintang kan mengisi
Seri malam...
Usahlah mendusta hati
Lena didakapi mimpi
Menyapa keluhan
Yang akhirnya akan mengundang rawan
Yakinlah kan bersama
Andainya telah tercipta
Panca persada...
( Oh )
Himpunkanlah kekuatan
Usahlah ditaburkan
Seribu kemanisan harapan
Dari genggaman
Semarakkanlah warna asmara
Pabila tiba ketikanya
Keleraikanlah jalinan cinta
Menjadi satu dalam jiwa
Relaikanlah tiap keresahan
Diufuk kemawan
Tautkan keindahan
Kebahagiaan

Friday, January 25, 2013

Air Gunung


Sebenarnya aku buat entry ni sebab nak jawab pertanyaan Jebateja, dia ada tanya aku kenapa orang ramai sekitar Seremban dan Kuala Pilah suka berlumba2 amik air gunung bertong2 kat Bukit Putus Kuala Pilah tu...sebenarnya air paip sekarang sgt2 x bersih...dah 5 bulan lebih dah family aku guna air gunung ni sebab airnya bersih xde klorin da sedap rasa air ni...x percaya cubalah...rumah aku pun dah jadi mcm gudang penyimpanan air dah...dan khasiat air gunung ni banyak..org ada gout elok amalkan minum air ni...sgt2 bersih tau...sejak tau khasiat air ni sejak tu la minum air ni...masak nasi pun guna air ni...

 my mum and my kazen
nampak jer 3 botol padahal dah berbotol2...

Seminggu sekali abah aku akan refill air kat sini...berpuluh2 botol tu..kena beatur la..sebab ramai yang amik..
abah aku sampai keluar umah kul 5.30 pagi untuk jadi yang pertama amik air gunung ni...itupun dah ada orang yg datang lagi awal...
so Jebat..aku dah jawab soalan nko eh...apa ni..namo yo oghang kampung tp x ponah tau..hahahaha...chill....

Tahniah Shu Shinju



Selamat pengantin Baru Shu dan Fairus, Selamat melayari bahtera baru...
maaf along x dapat hadir di majlis pernikahan memandangkan kecederaan kaki ni...
Semoga Shu bahagia hingga ke akhir hayat...amin

Oppa Gangnam Adeliya..



Si Kembar Adeliya ni memang macam2 ragam, dah pandai mengomel..dah pandai  menyanyi..
semua dia pandai la...
baru2 ni pergi rumah dia...Ibu dia ckp rajin sgt tolong ibu kemas rumah...pandai pergi buang sampah...
semua dia buat...kacau si adik Aressa pun no satu...
dialah perancang utama kalau nak buat apa2 pun..Aressa plak mengikut aje si kakaknya...panjang akal betul..
hari tu masa ibu dia hantar dorang kat umah waktu pagi..ibu dia cakap Adeliya panjat meja makan dan jatuhkan sos cili...pecah berderai....
pas tu dia buat macam ni..
"ayok....tak tau..cape uat..ayok..."
boleh? Ibu ngan Ayah dia nak marah pun confirm x jadi kan...sabar jer la....pada follower yang baru ikut aku...Adeliya dan Aressa ni bukan anak kandung aku yer..tp anak buah...anak adik aku...jgn ada yang keliru plak...tp kembar aku ni memang banyak memainkan peranan dalam blog aku ni...xde dorang sunyi la blog ni kan...huhu...watak utama dah tentu buah hati aku Si Dania tembam...mana leh kalah dia tu...

Lunch Semalam Ala2 Kampung

Semalam kat Kampung...ni la lunch aku...ala2 kampung...simple jer..selalu sgt aku lepak kampung kan...
berehat katanya kan...kebetulan ada jer hal Mak Abah aku..ada kematian la..apa la.., so aku yang sakit kaki ni duk umah dendiam...yg lelaki2 plak semua pi mancing ikan..sgt stress aku kat umah...even line internet ada jer tp x kuat sebab hujan...

 abaikan kualiti gambar sebab guna henpon jer...
 rebus pucuk ubi
 sambal belacan pedas nak mati..
 gulai ikan yang di pancing hari sebelumnya
ikan gelama masin goreng
kat tasik ni la kazen2 aku mancing ikan...

weekend ni cuti panjang lagi kan...kaki sakit..x leh gerak banyak makanya melepak kat kampung lagi la...
lepak sampai lebam..kalau sebelum ni masa kaki x sakit..macam2 aktivtiti kat kampung aku buat...la ni hanya dapat duduk dan pandang jer...ntah apa la program mak abah aku weekend ni..ada wedding sure x leh ikut...ntah la...nasib badan....haiiii....bila la kaki ni nak elok agaknya.....bosan dah mcm ni....

Jom Exercise Lidah....

          Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada
> > > Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"Ketam kata,
> > > "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata,
> > > kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut
> > > kekeliruan. Kodok kata
> > > kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa
> > > keluar kudis?" Ketam ketawa,
> > > Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!
> > > Kodok..Kodok..
> > > kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"Kodok kata kepada
          Ketam,
> > > "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar
> > > ke kurang-ajar?" kata Kodok.
> > > Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam
> > > kuat kadar kilat."kelekuk ! ", kepala Ketam kehancuran kerana kena
> > > keperok Kodok.Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok
> > > kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala
> > > kena keperok.

          Cerita yg bermula dengan huruf C:

> > > copot cahabat ciput
> > > Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik.
> > > ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace
> > > ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.
> > > cahye cerah ciput cakcikan
> > > cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube
> > > culik  copot.
> > > ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye
> > > cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot
> > > cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came
> > > copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput
> > > came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap...
> > > cenyap copot... ".
          copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ".
         celepas cejam,
> > > cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput
> > > came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum
> > > cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...
> > > ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

> > > SESIAN, SIMA SASIH....kite caje2 je..jgn marah kite ye..

Kasih Tak Terjamah - Syura



Kasih Tidak Terjamah Lyrics

by Syura
Berita yang ku terima 
Setelah semua cinta ku berikannya 
Inikah yang kau beri 
Setelah semua rindu ku curah

Apakah hati mu 
Yang perlu ku jaga dan ku belai manja 
Sedangkan hati ini 
Tak pernah engkau pedulikannya

Memang dulu 
Hati kecilku ini 
Ku tanam kasih 
Ku siram rindu 
Untuk diri mu saja sayang

Tapi kini 
Semua telah berlalu 
Kau musnahkannya 
Kau lontar jauh 
Sepilah hatiku ini 
Oh sayang

Andainya derita ku ini 
Buat kau bergembira 
Biarlah diriku bersedih sayang 
Asal kau bahagia

Andainya itu yang kau pinta 
Terserahlah pada mu 
Hati ku usahlah kau ambil kisah 
Tahulah ku pujuknya

Biarkanlah aku merana 
Asalkan kau hidup bahagia 
Tanda sayang kekal selamanya 
Walau kasih tidak terjamah

Thursday, January 24, 2013

Sarapan Di Mana?





Jemput sarapan...sardin roll je...
mkn ramai2...minum plak nescafe panas....huii...heaven...x takut gemuk?apa nak takut..PMC kan ada...hahaha...riak la plak kan....korang sarap apa pg ni td?
posted from Bloggeroid

Kena Kiss Ngan Kambing


Last week kami satu keluarga lepak kat kampung...
tgh2 masing2 nak tido petang lepak2 tengok tv...dtg la Dania ngan muka sedih dia..
dia ckp...kesian anak kambing tu tersepit kat pintu pagar kebun sebelah..kesian sgt mama..tp kakak takut nak tolong..nanti mama kambing tu pukul
so, mama tgh bertongkat bagai x leh jalan....maktehnya la yang terkejar jadi bomba penyelamat....
senyap jer plak anak kambing tu bila ateh selamatkan dia....
pas tu Acu amik gambar..terus anak kambing ni cium pipi ateh...
sorry gambar x clear...ni amik dari FB adik aku si Acu kudut...
nampak kan kambing tu cium pipi Ateh?
Nasib la labuuuuu....elok laki selalu cium sekali kambing pun kasik cium...
kambing tu ucap terima kasih kah?
Pelik ni....

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul 
Dari Suriaamanda & Family
Rasul adalah pemimpin umat islam yang tiada gantinya..
Marilah kita berpegang kepada sunnah dan ajarannya...

Wednesday, January 23, 2013

PEMBERITAHUAN...Stok PMC



Stok PMC dah sampai dah yang baru....
Kalau ada sapa2 nak sila la email aku yer suriaamanda@yahoo.com, cepat2 sebelum stok habis..aku ada 10 pek jer  ni...mana yang tanya aku last week dah abih...dah boleh beli dah...sapa nak cepat2 email tau..
Harga RM26 and no postage..Next Month akan ada balik Sabun Susu Beras Collagen with the new packing
tunggu aku update..pada yang bertanya baru2 ni...maaf la yer..stok tu stop kejap...sebabnya nak bagi laluan pada PMC ni...any order utk SSBC boleh thru aku coz im a dealer for the sabun also ;), C.O.D pun boleh tp pick up point will be at KL Sentral yer darling2 semua...

Takde DSLR..Compact pun Jadila...

cantik x? lagi cantik kalau amik dengan DSLR kan? Mak Jemah x mampu...
ada compact camera tu jer la...mak jemah usung ke hulu ke hilir...
Kalau xde mak jemah guna jer HP buruk mak jemah ni...

 reflection...cantik x?
 duk kat tasik ni petang sambil tgok org lalu lalang memang tenang..
ada kura2 timbul..ditambah reflection tu lagi....

ni kisah 2 minggu lepas kot...dengan harapan dapat jumpa Tunku Mukhriz or anak2 dia kan...
tp ko jgn perasan la Mak Jemah..xde maknanya dorang nak feeling2 rakyat tempatan duk berlegar2 kat taman tu...hahahaha...verangan x sudah2 kan...mana anak x mengikut..mamanya pun sama...
sabar jer la...

Kelakar Tapi Logic


Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.  Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barang siapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.  Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.

Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul. Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.  Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam di tangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.  Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing.  Cendekiawan itu mengadap raja, untuk  menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.  Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan  namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab, penumbuk, betullah sebab Allah SWT yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.  Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.  Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.  Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan  gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.


Wallahua’lam