Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012..Selamat Datang 2013..Happy New Year....

Photo from Google

Selamat datang 2013 ....
Selamat tinggal 2012...2012 penuh kenangan dan cabaran suka duka buat aku....yang pastinya
kehadiran tahun baru ni menginjakkan lagi umur aku ke satu angka...nantikan June 2013...
apakah ianya pasti? apakah dalam umur 35 tahun ini aku bakal melakarkan sejarah???
tunggu....ramai dah pasang azam untuk tahun baru...
aku? 
azam 2012 xde yang tercapai pun...so...carry forward ke 2013 la nampaknya...
scary kan...
tahun baru ni aku tak nak menetapkan apa2 azam...
just let it be..kalau tercapai aku share kat sini...andai tidak...carry forward lagi....
apapun..to all my readers....my followers...sahabat...
Selamat Tahun Baru...Tingkat kan Prestasi...Jauhi Kontroversi...
Semoga cahaya kebahagiaan menyinari kita semua...
Buat adik2 kat luar sana...sambut tahun baru dengan sederhana...jgn berparti bersosial x tentu arah....
Kepada Ibu Bapa...pantau anak2 anda...pastikan dengan siapa mereka berkawan...agar tidak berlaku kes2 pembuangan dia laut, tong sampah atau pun longkang...
Hati2 di jalanraya, ingatlah orang2 tersayang......
HAPPY NEW YEAR....


Alhamdulillah...Permulaan baru 2013


Susulan entry INI last week Lisa dah pindahkan dah barang2 dia utk move in ke rumah baru dia...
actually x banyak la barang...just set bilik tidur and cupboard baby jer..barang2 lain dah bawak sikit2 dengan kereta..jarak rumah dia ngan rumah aku xde la jauh sgt...seronok tgok dia dah ada rumah baru..dah boleh hidup berdikari satu family...dah complete dah...aku jer x complete2 lagi...huhu...

 guna 1 lori jer...
 si baju merah tu bukan sihat sgt tu...kang x pasal2 sakit pinggang balik.
 siba baik hubby Lisa ada lorry..so kowtim as a friend jer...ni untung ramai kawan kan...
lori ni start nak gerak jer...anak2 Lisa si kembar tu berlari melompat atas aku...
takut plak bunyi enjin lori tu...sampai la ni sakit pinggang aku...adoi la...

Permulaan yang baru utk adik aku Lisa...sempena tahun baru...2013...memulakan hidup baru bersama hubby dan anak2 yang comel di kediaman baru...
semoga semuanya berjalan ngan lancar...
bila nak buat makan makan?
jgn lupa jemput tau...hahahahahaha......jemput jadik chef pun boleh.....


Today's Attire Last Working For 2012


Assalammualaikum......
Hi korang....hari ni last day 2012 kan?aku masuk keja ngan mood malas x hengat....nak2 ramai yang bercuti..tinggal aku 3 orang jer dalam department ni...department sebelah sorang pun xde...
aku nekad dah..2013 aku nak kumpul cuti...hujung tahun nanti aku nak amik cuti lama2 ..padan muka diorang plak kan.....
so...tadaaaaa...today's attire...masih mengekalkan corak2 ceria..konon nak ceria la kan...panggg sket...ngade jer kan....sweet x corak tu?cotton Vietnam...sejuk jer kainnya....sgt2 selesa...
Korang ada yang kerja? Ada yang cuti?
meh la...sembang2 ngan aku ni ha....

Friday, December 28, 2012

Pure Marine Collagen

Sana sini orang duk citer tentang kehebatan Pure Marine Collagen kan..aku pun dah start cuba dah...so far dah bulan ke 2 aku amik...memang sgt2 berbaloi dengan kehebatan collagen nyer dan jugak harga mampu milik...sebungkus collagen rumpai laut ni berharga RM26 boleh guna untuk 4 minggu, pemakanan yang teratur dan displin menghasilkan kulit yang cantik...mulus....

Rumpai laut yang kering harus direndam semalaman selepas di cuci 5-7 kali seperti membasuh beras...lepas tu dia akan kembang mcm gambar kat bawah tu...
dah bersih masak dengan 2.5 liter air selama 15-20 minit, kacau perlahan2 tau...supaya bahagian bawah x hangus dan cantik jer...proses sama macam masak agar2...
dia jadi mcm agar...tutup api dan masukkan dalam beberapa bekas sejukkan...dahbetul2 sejuk masukkan dalam peti ais (bukan bahagian beku)
sedap diminum dengan Jus...ni aku minum campur ngan soya yg less sugar...sedap..lemak2


Cara Pengambilan 
  1. ambil 2-3 sudu besar collagen yang disimpan selepas dimasak semasa bangun tidur ( sebelum gosok gigi) atau 1/2 jam sebelum sarapan (waktu terbaik collagen diserap tubuh ketika perut kosong) dan sebelum masuk tidur ( malam)
  2. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman / buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat
  3. Boleh dibuat masker muka
  4. Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkabonat dalam tempoh 3 jam. ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita
  5. perlu banyakkan minum air kosong (sekurang2nya 2.5 liter - 3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.
Kebaikkan Pengambilan Kolagen Asli:
  1. Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  2. Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  3. Memejalkan payudara, otot dan punggung
  4. Menyihatkan rambut dan kuku
  5. Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kelenjar tiroid
  6. Mengurangkan penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
  7. Mengurangkan selulit
  8. Memberi tenaga
  9. Melancarkan peredaran darah
  10. Mengurangkan sakit bahu dan belakang
  11. Melancarkan peredaran darah
  12. Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
  13. Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot
  14. Merawat penyakit gout
  15. Mencegah kanser/tumor
  16. Menurunkan tekanan darah tinggi
  17. Meningkatkan fungsi penghadaman/ pencernaan
  18. Merawat gastrik
  19. Anti bakteria / kulat
  20. Merawat anemia
  21. Menurunkan tahap Kolestrol dalam badan
  22. Menyerap lebihan garam dalam tubuh
  23. Melicin, menegang dan menghaluskan kulit
  24. Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
  25. Mengstabilkan kandungan gula dalam darah ( kencing manis)
  26. Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  27. Memberikan rasa kekenyangan ( diet)
  28. Memelihara usus kecil ( mengelakkan buasir / sembelit)
Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah.pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya.Kolagen ini juga boleh dibuat masker.
Bagi ibu hamil pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi dilahirkan cantik, sihat dan cerah...

Korang Berminat nak cuba?
RM26 (100gram) + Postage RM6 Semenanjung / RM8 Sabah or Sarawak
email aku
suriaamanda@yahoo.com
segala urusan/pertanyaan adalah melalui email..aku x berurusan melalui telephone/ whatsaap/sms/gtalk..harap maklum.

Pengalaman aku yang dah 2 bulan teruskan pengambilan kolagen rumpai laut ni..(Pure Marine Collagen)
  1. Dah x mudah dapat selsema/ demam/batuk
  2. Rambut cantik
  3. Tone kulit dah mula baik
  4. Jerawat dah berkurangan cuma kesan degil jer amik masa
  5. Berat badan dah maintain
  6. apa yang x tegang dah kembali tegang 
  7. Lepas minum collagen ni rasa kenyang 
  8. Bertenaga, senang bangun tido cergas jer
  9. sistem pencernaan sgt lawas
  10. kuat minum air kosong...
Nak tunjuk bab kulit muka x leh...sebab belum betul2 cantik mcm princess (ayat x leh blah), sebenarnya mmg x dibenarkan camwhore kat blog ni..hahahaha...


Terperangkap Dalam Lift...Damn!!!


gambar cilok google

Hari Rabu 26.12.2012 aku terperangkap dalam lift kondo lebih kurang 20 min...bukan aku sorang kat
dalam tu tapi 3-4 org..aku sorang jer perempuan lain semua lelaki warga asing...Bangla ok....
korang leh bayang x dalam keadaan panas..ngan bauan yang sgt mcm jahanam...weh....bangla ni x mandi ke?
Dan2 tu jugak kepala aku dah pening...ngan mood sentap x hengat punya...dah la penat pi Pangkor ngan CH x hilang lagi ( aku tau aku hutang citer holiday aku)...ngan kerja opis berlambak....ingat balik nak rehat, basuh baju...then tido...
dah selalu lift kondo ni buat hal..maintenance fee kalau nak x boleh nak tunggu2 atau tangguh2...tp service very bad...
ni la pengalaman pertama aku terperangkap dalam lift...ada antara korang pernah terperangkap mcm aku?jom share.....


Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak...


Allah Selamatkan Kamu......
Allah Selamatkan Kamu....
Allah Selamatkan Pipah Bt Mustapa..
Allah Selamatkan Bondaku....

Selamat Hari Lahir yang ke 56 tahun buat Mak yang tercinta...semoga allah berikan kesihatan yang baik
untuk Mak sampai bila2...
Mak adalah Mak yang paling cool di dunia...
tunggu along balik..nanti kita celebrate sama2...
muah!!!!!

Thursday, December 27, 2012

Appraisal Session...

gambar dari google


Today will be my appraisal session with the new boss....korang semua tolong doakan aku success eh...
mana tau lembut hati boss aku ni rate aku markah tinggi sket kan...
hopefully everything goes well...
mak berdebar ni noks...sarapan dak lagi ni....perut rasa sebu plak...serba serbi x kena ni...
woaaaaa... nerves rupanya aku ni eh....sebelum2 ni ok plak...mcm dgn ex boss aku dulu...ye la..masa aku assist dia..aku langsung xde kerja...tp dengan new boss ni..dah jadi mcm new task..new environment and new requirement to meet his expectation....
doakan Mak Jemah ye korang semua....mana tau boleh dpt bonus 5-6 bulan plak...( jangan..jangan...jangan ko bermimpi...auw..auw..auw...lagu Sarah  tetiba keluar..)
Ya Allah..semoga semuanya dipermudahkan...amin.....



Wednesday, December 26, 2012

Bestnya Kalau Dapat Tido...



Photo Taken: Simpang Pulai 23.12.2012 @5.30am


Si kembar...tido dengan lenanya..suhu amat sejuk di Simpang Pulai, maybe sebab hujan...maybe sebab rumah kg adik ipar aku dikelilingi gunung...alhamdulillah kami selamat sampai 
tepat jam 12.20 pagi 23.12.2012, bertolak dari Seremban jam 8.00 mlm, perjalanan agak memenatkan dengan jammed x hengat ..sempat lelapkan mata tp hati sedang bermuram durja...
xper la...bercuti dalam keadaan hati x tenteram...tp paling pelik cuti aku kali ni x banyak keluarkan wang,
xde mood nak shopping malah x tau apa nak shopping...pergi Pangkor..tp x beli apa..even keterujaan Dania buat aku terlupa belikan souvenir untuk dia...hurm...entah la..apa nak jadi ngan aku agaknya....
nasib baik kat CH aku ada belikan sumthing untuk dia dan sayur2 untuk rumah...tp still x banyak shopping, maybe sebab beringat Dania nak masuk sekolah kot...tapi macam menyesal la..xde satu apa pun untuk Dania dari Pangkor...Ahad dimulakan dengan percutian Pangkor...
x banyak gambar...cuma aku rasa puas bila tgok mak abah aku happy....itu sesuatu yang amat berharga buat aku...biarlah hati aku luka atau sebaliknya..janji insan aku sayang di sekeliling aku....
Nanti kan entry Pangkor aku nanti..x tau bila...buat masa ni mood ke laut...kalau la nak pi Sabah or Sarawak tiketnya macam beli tiket bas..dh lama aku lepas bebas pi mengubat hati yang luka...
xper la...hasrat tahun depan nak simpan cuti banyak sikit...kami sekeluarga nak terjah Langkawi...Pakcik aku dah bising...Pangkor boleh pi...Langkawi xde sapa nak jejak lagi..huhu....Langkawi masukkan dalam wishlist 2013...moga dipermudahkan ...Amin....

Wordless Wednesday 26.12.2012


BENARKAH?????


ALFIO RALDO - THE ITALIAN ELEGANCE

STICKY POST UNTIL 30 DECEMBER
NEW ENTRY BAWAH ENTRY NI YER...

Semua Produk adalah Pre- Order
Process order & penghantaran 1-2 Minggu

RM 129.90(WM) RM139.90(EM) + Postage Free
RM129.90(WM) RM139.90 (EM) + Postage Free
RM139.90(WM) RM 149.90(EM) + Postage Free + Buy 1 Free 2 (Seperti Dalam Gambar) 
RM159.90 (WM) RM169.90 (EM) + Postage Free
RM149.90(WM)RM159.90(EM)+Buy 1 Free 2 + Postage Free 
RM79.90 (WM) RM 89.90(EM) + Postage Free
RM89.90(WM) RM99.90(EM) + Postage Free
RM89.90 (WM) RM 99.90 (EM) +Postage Free
RM179.90(WM) RM189.90(EM) +Postage Free
Wrislet RM39.90(WM) RM 49.90(EM) + Postage Free
RM39.90(WM)RM45.90 (EM) + Postage Free
RM39.90 (WM) RM45.90(EM) + Postage Free
RM39.90(WM) RM45.90(EM)+Postage Free


For Serius Buyer Only
Interested???
Email Me > suriaamanda@yahoo.com

Saturday, December 22, 2012

Tag dari JemahAwesome> 25 random about me SURIAAMANDA

Adehhhhhh....
Ko kan Jemah...sampai hati ko tag akak kan...ko ingat akak ko ni rajin nak jawab tag...
sib baik akak ko ni x nak menghampakan ko....


  1. Owner blog Suriaamanda
  2. Ibu kepada seorang anak..
  3. Ibu Tunggal dikelilingi family tersayang dan anak2 buah yang comel2
  4. Suka Memasak
  5. Mementingkan Keluarga
  6. Suka Menyanyi
  7. Suka Window Shopping
  8. Pencinta novel
  9. Pencinta Keindahan Alam
  10. Selagi ada nyawa cuba memenuhi impian untuk mengelilingi dunia
  11. ingin membahagiakan semua orang
  12. Suka Makan ( sebab suka masak)
  13. Suka Handbag
  14. Suka Kasut
  15. Suka ada wishlist, bila ada wishlist sure work hard for it...
  16. Kalu boleh nak merealisasikan impian utk berumahtangga tahun depan ( moga jodoh kuat)
  17. Ingin berjaya dalam kerjaya
  18. Suka lagu2 90an
  19. ingan menjadi seorang anak yang membanggakan ibu bapa..
  20. Ingin pastikan anak dara menjadi anak yang berguna
  21. sensitif
  22. Keras Hati
  23. Mudah terasa hati , cepat panas tp cepat sejuk
  24. Senang memaafkan..melupakan tidak
  25. Bukan jenis pendendam...

Dah la Jemah oii....sib baik 25 jer...akak main belasah jer buat....akak takde hutang pape eh...
malas nak tag sesapa...sapa nak buat tag ni silakan ye...

Happy Weekend....Mak Jemah cuti sampai Selasa...jumpa Rabu nanti....

Assallammualaikum....




Friday, December 21, 2012

Membantu Mereka Yang Memerlukan..


Aku sangat2 berbesar hati kalau followers aku semua dapat menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada Rumah Amal Kasih Bestari ni...sebagai menyokong adik blogger NADIAFARAHIDA aku copy paste entry beliau untuk sama2 berusaha membantu hasrat beliau dan juga 40 orang blogger yang terlibat sama..(even aku pun bukan semulia yang disangka)semoga dengan berkat usaha semua dapat merealisasikan impian anak2 yatim ini utuk hidup selesa.cuma aku  terlambat mendaftar untuk join the event...


aku copy paste post dari blog Nadia ( credit to blog nadia)

saya memerlukan sumbangan untuk anak yatim.

kawan-kawan, mereka sangattt memerlukan bantuan kita T__T




bayangkan, seramai-ramai penghuni dalam rumah ni, hanya ni ruang mereka berehat sambil bergelak ketawa menonton tv bersama-sama. T__T


dan korang pernah tak terbayang, hidup tak beribu tak berbapa, hidup dalam keadaan macam ni. asal cukup makan cukup pakai. tido hanya beralaskan tilamberamai-ramai. seramai mana yang ada dalam rumah tu. Ya Allah, aku tak mampu nak bayang, tak mampuT___T





percayalah. sini je tempat mereka makan sambil bersila, sini jugak tempatmereka belajar bersama-sama, dan sini jugak la tempat mereka solat jemaah bersama-sama. 

tapi kaw jangan risau babe, aku tau semangat dorang kuatt. jauhhh lagi kuat dari aku, dari kita. T__T heyy hati dorang dah cekal. sangatttt cekal. tak pernah merungut, tak pernah memberontak sebab mereka dididik dan diasuh oleh insan berhati mulia. cukup mulia. kaw ingat mudah untuk menjaga insan bergelar manusia yang tak pernah ada pertalian darah daging dengan kita? aku sendiri belum mampu boleh buat. susah babe. 

korangg, saya, nur nadia farahida binti mohd sabri, dengan penuh rasa rendah diri, dengan sepenuh jiwa raga saya, saya sangatttt memerlukan bantuan korang. saya tau saya tak mampu buat semua ni sorang diri. bantulah mereka seikhlas mungkin setakat apa yang kita mampu. saya takkan paksa sesiapa untuk memberi sebarang sumbangan tapi percayalah, sumbangan korang sangatttt membantu mereka. demi Allah, korang jangan risau, semuaaaaa dana dan sumbangan korang saya akan sampaikan sepenuhnya kepada mereka yang selayaknya. saya tau apa hukum makan duit anak yatim, korang jangan risau. saya akan pastikan, setiap sen duit korang, mereka akan menerimanya. 

tolong saya untuk tolong mereka. T__T jasa korang saya takkan lupa sampai bila-bila. saya akan serahkan kesemuaaa sumbangan anda kepada mereka pada24hb Februari 2013. saya sangattt terharu dan berbesar hati jika korang sudi dan boleh membantu saya untuk sebarkan entry ini. bayangkan jika setiap orang sudi mendermakan RM1, sepertimana kita selalu sedekahkan kepadapeminta sedekah di kedai-kedai makan mahupun kaki lima, kalau 100 orang, kita akan dapat RM100. kalau 1000 orang? kalau lebih? hanya Allah yang mampu balas semuaaaaaa kebaikan korang. terima kasih kawan-kawan.   

" Ya Allah, lindungilah mereka, permudahkan lah semua urusan mereka, murahkanlah rezeki mereka, di dunia dan diakhirat, Amin."


 
aku minta jasa baik korang, sebarang pertanyaan dan walau sebanyak mana korang beri sumbangan, tolong inform aku. walaupun hanya RM1. korang bolehinform aku samaada di email nadiafarahida@gmail.com atau mesej aku dihttps://www.facebook.com/nadiafarahida. sekian, terima kasih sekali lagi ikhlas dari hati aku, ikhlas.


# akaun number Maybank 153010538403 tuuu under nama suami nadia, NIK ASYRAF SYAFIQ NIK AZIZAN. korang jangan risau, bukan akaun orang asing. :)) 

# seramai 40 orang blogger lain akan bekerjasama untuk memeriahkan majlis pada 24.2.2013 ni nanti. bukan nadia sorang. Alhamdulillah. :)



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah