Nampak tak objek tu? x nampak? korang beli la Metro tgok sendiri ;) |
Objek aneh pusing bulan
SIBU: Kemunculannya menimbulkan tanda tanya kerana ia kelihatan seperti titik
hitam yang bergerak perlahan-lahan seakan mengelilingi bulan.
Kemunculan objek aneh itu dirakam seorang jurugambar profesional, Justani Joni, 54, yang menyedari sesuatu apabila terpandang bulan mengambang penuh ketika berada kediamannya di Jalan Hulu Sungai Merah di sini, kelmarin.
Justani yang juga Setiausaha Majlis Daerah Luar Sibu (MDLS) memberitahu, objek aneh itu muncul secara tiba-tiba jam 8.30 malam sebelum hilang hampir 40 minit kemudian.
“Memang menjadi hobi saya jika cuaca baik saya akan merakam gambar bulan terutama ketika ia mengambang penuh.
“Namun, malam tadi (kelmarin) saya terkejut apabila mendapati kemunculan satu objek hitam yang bergerak mengelilingi bulan. Saya tidak tahu sama ada ia kapal terbang atau benda lain,” katanya.
Dalam pada itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Chong Hun Yew ketika dihubungi berkata, berdasarkan pemerhatian awal ke atas gambar yang dihantar menerusi e-mel kepada beliau, kemungkinan objek dirakam itu adalah objek pegun di angkasa
SUMBER
pelik2
ReplyDeletesuspen neh 0__0
ReplyDeleteapa la agak nyer tu kan...
ReplyDelete