Sekadar
coretan pengalaman daripada seseorang yang ingin dikongsi...
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru² ini. Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak
akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat
menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.
Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)

Disebabkan mata mulai layu
(lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R
Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.
Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur.
Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur.
Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang
ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana
air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang
benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang
ditinggalkan buat seketika.
Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……
Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.
Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.

Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia
diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru
mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari
tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek,
sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada
suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya
dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui
menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya
kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian
masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.
Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya

Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu
dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama
kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si
isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka berlaku pergelutan
antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa
pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi
jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit
curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya,
suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta.
Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang
baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.
Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i. Lengkapkan
kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi
dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Untuk digunakan jika berlaku kecemasan
vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – untuk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)
Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….
Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)
Forwarded email from a friend
Takutnya kak zan mendengar kisah ni.Itu salah satu sebab KZ tak suka travel waktu malam.KZ tumpang share di fb ya.
ReplyDeletesuka2 entry cm nie
ReplyDeletetambah ilmu
selalu kena beringat2,kita tak akan duga benda2 ni boleh terjadi
ReplyDeletebila baca terus letakkan diri kita dlm situasi malam tu.. mmg cemas.. sbb kalo jalan jauh mmg sebijik apa yg husband buat, tak kejutkan dan tak kunci pintu sbb kononnya sekejap je.. tp sekejap tu lah yg merubah segala2nya..
ReplyDeletethanks for sharing.. dah cerita kat husband jugak utk pengajaran bersama..