Thursday, October 18, 2012

Memang Dah Tak Selamat...


Tragedi hitam wanita jalan bersendirian

CHERAS: Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian bukan saja ‘diculik’ tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit.
Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran Taman Kampung Muhibbah, di sini, jam 9.30 malam.

“Ketika mangsa berjalan sendirian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa. Seorang daripada mereka keluar daripada kereta itu sebelum menarik mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba mempertahankan diri dengan meronta dan menjerit,” katanya.

Sumber berkata, tindakan mangsa itu bagaimanapun gagal sebelum dia ditolak ke dalam kereta dan dilarikan ke sebuah kawasan kilang berhampiran.

SUMBER

Sesungguhnya kita orang perempuan kena extra hati2 la kan..menakutkan la...

5 comments:

  1. ya Allah.. kesiannya.. terbayang kalau diri sendiri terkena :(((((((((((

    ReplyDelete
  2. Takutnya dgn dunia skrg ni. Wlupun duduk dlm rumah pun rasa tak slmt jgk kan.

    ReplyDelete
  3. patut la laki adda marah betul klu jalan tepi jalan..kalau dia lambat suh tggu jgk..bini dia ni bukan reti sabar...huhuhu

    ReplyDelete
  4. jangan kata waktu malam, jalan sorang2 time siang pun bahaya. sama2 la kita remind each other :)

    ReplyDelete
  5. Nauzubillah.. kena alert dan peka dengan keadaan sekelilig..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......