JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang menyamar sebagai jurutera dan menggunakan
laman web mencari jodoh Myjodoh.net untuk memperdaya wanita bagi mengaut
untung mudah kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya
menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya.
Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini
ketakutan apabila perbuatan buruknya itu sejak tahun 2009 terbongkar dan
disiarkan di akhbar.
"Lelaki itu sedang panas, telefon semua orang merayu-rayu minta mereka
gugurkan laporan polis yang dibuat.
"Tapi percayalah, kami tak akan mengalah begitu sahaja," katanya ketika
memaklumkan hal itu kepada Kosmo!
Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki yang berasal dari Terengganu
didakwa memperdaya wanita-wanita bujang serta janda berumur 20-an hingga 30-an
terutamanya yang berbadan besar, montok dan gebu yang dijerat melalui laman web
MyJodoh.net untuk mengikis wang.
Lelaki yang mendakwa mempunyai talian persaudaraan dengan seorang Exco
kerajaan negeri Terengganu itu terlebih dulu menabur janji untuk berkahwin
dengan mangsa sebelum menipu wang mereka.
Dia juga dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan 20 orang wanita dan
berjaya mengumpul kekayaan mencecah RM1 juta hasil duit sebagai kasanova.
Sementara itu, seorang lagi mangsa berkata, dia turut dihubungi Marzuki yang
tiba-tiba bersumpah untuk berkahwin dengannya.
"Saya dah tak peduli kerana saya akan berjumpa dengan polis hari ini
(semalam) untuk memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kluang," katanya.
Dalam pada itu, Salsabila memberitahu, dia sudah pun memanjangkan kes
penipuan lelaki bernama Marzuki yang turut menggunakan nama lain iaitu Amir
kepada pengendali laman web MyJodoh.net.
Dalam reaksi segera jurucakap laman web berkenaan, pihaknya memandang serius
perkara itu.
"Laman web ini sebenarnya telah banyak menyatukan pasangan hingga ke gerbang
perkahwinan dan kami kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan menipu
orang lain," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid
Mohd. Ali mengesahkan menerima laporan daripada beberapa mangsa kes ini.
"Kita sedang giat mencari suspek dan pada masa sama telah memanggil
pengadu-pengadu untuk melakukan siasatan menyeluruh.
"Polis turut menggesa wanita-wanita lain yang pernah terjerat dengan lelaki
kasanova itu tampil ke depan membuat laporan," tegasnya
____________________________________________________________________________
SA > haaa...tau plak ko kepanasan kan...x tentu arah hidup ko...masa ko tipu perempuan2 tu xde lak ko fikir ko akan dikenakan tindakan...kalau SA yang kena ..confirm sampai ek lubang cacing aku cari...
ya allah ya tuhanku semoga kasanova ni mendapat balasan.....x guna..hidup mewah hasil menipu...
jahatnya
ReplyDeletetau takper...
Deletekesian bini dia dpt laki mcm ni...huhu
ReplyDeleteSepandai-pandai tupai melompat...
ReplyDeleteermmm...mudah sgt tpedaya nye pun....
ReplyDeleteadoyai kenape laaa
ReplyDeletemcm ni pnya org pon ada
ReplyDelete