Wednesday, October 31, 2012

U.F.O ????

Nampak tak objek tu? x nampak? korang beli la Metro tgok sendiri  ;)

Objek aneh pusing bulan


Kemunculan objek aneh itu dirakam seorang jurugambar profesional, Justani Joni, 54, yang menyedari sesuatu apabila terpandang bulan mengambang penuh ketika berada kediamannya di Jalan Hulu Sungai Merah di sini, kelmarin.

Justani yang juga Setiausaha Majlis Daerah Luar Sibu (MDLS) memberitahu, objek aneh itu muncul secara tiba-tiba jam 8.30 malam sebelum hilang hampir 40 minit kemudian.

“Memang menjadi hobi saya jika cuaca baik saya akan merakam gambar bulan terutama ketika ia mengambang penuh.

“Namun, malam tadi (kelmarin) saya terkejut apabila mendapati kemunculan satu objek hitam yang bergerak mengelilingi bulan. Saya tidak tahu sama ada ia kapal terbang atau benda lain,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Chong Hun Yew ketika dihubungi berkata, berdasarkan pemerhatian awal ke atas gambar yang dihantar menerusi e-mel kepada beliau, kemungkinan objek dirakam itu adalah objek pegun di angkasa

SUMBER

Rezeki Jangan Ditolak...Musuh Jangan Di Cari


Meh aku nak kongsi ngan korang...pagi ni sampai2 jer ada Engineer department aku ni...mamat kelantan baru balik dari cuti...bagi aku sebungkus Keropok Ikan ni...wahhh....murah rezeki kan...aku memang suka keropok ikan...tp kat Seremban payah la nak dapat..ada pun x sama mcm dari Kelantan or Trenggangu...dia bagi aku ni keropok ikan apa x tau..x de tulih pun..aku suka keropok ikan tamban...ada satu jernis lagi tu...siap bila goreng ada isi2 ikan dia sekali...sapa tau?

 Keropok cap piala
 x sabar nak bawak balik ptg kang nak goreng

Sarapan pagi aku sepanjang minggu ni makan Butterscotch ni....sedap pun sedap...selalu tgok ada kawan blogger lain yang citer pasal butterscotch ni....lemak2 eh rasa dia siap ada raisin...malunya nak cakap...
ni la kali pertama aku beli...hahahahahahah...bertahun dan roti ni kat pasaran..Jangn nak gelakkan aku eh...majuk kang....


Betul Betul Sedap....

yea aku sangat setuju....memang betul2 sedap......

Update Lemang Aidiladha


Salam Rabu u olls, x nak la aku buat Wordless, rugi rasanya ..hahaha...tgh aku belek2 handphone terjumpa lak gambar lemang ni...yea aku ingat mmg ada aku amik gambar lemang dah masak masa petang raya haji tu...mengada kan...sibuk ckp xde bahan..tgok2 ada jer tp setakat gambar lemang la....well raya puasa ke raya haji ke family aku tetap buat lemang punya...rendang apatah lagi...raya haji tahun ni  buat rendang daging 2 kali...petang raya pas ngan raya ke dua...selalu sekali jer buat..tp memandangkan ramai yang x dapat balik buat sikit jer la konon..sekali x cukup...kena buat lagi...nasib baik senang jer buat rendang kan xde nak remeh sangat....

 tadaaaaaa...lemang dah masak.....
yang ni plak lemang tepung....

tiap2 tahun memang buat 2 jenis lemang, lemang pulut...and lemang tepung...tp dua2 aku x makan...boleh?
giler nak suruh aku semput makan lemang....walau aku xde penyakit asthma aku akan semput kalau makan pulut..ni semua aku hidap lepas aku bangun dari koma dulu la...langsung x leh makan pulut, cempedak and nangka..ada sekali tu aku pi Chiangmai...selamba jer aku makan nangka madu kat sana..mengidap aku semput 2-3 jam..sejak tu serik....aku pun x tau la apa kaitan pulut ngan Asthma...lagi satu orang tua2 x bagi budak kecik umur masih baby hingga ke 3 tahun makan pulut....kenapa? sebab lambat anak kau bercakap nanti...x tau la sejauh mana kebenaran...tp anak buah aku si Zikri tu,...mak abah dia bg makan pulut sejak kecik...memang lambat bercakap...2 tahun lebih baru boleh bercakap..itupun pelat...hahaha....kebetulan jer kot dia lambat bercakap...nak percaya bulat2 x leh kan...

well...korang mesti ada mak2 or atuk nenek korang punya kepercayaan dahulukala yang sering diorang terapkan pada anak2 kan...jom kongsi...sharing is caring kan..ker...sharing is sexy??muahahahaha....

Tuesday, October 30, 2012

Follower Dah 569

Special thanks kepada semua yang sudi follow blog yang x seberapa ni...sayang korang ketat2..hahaha..apa yang ketat pun aku tak tau...so far seronok ada kawan ramai...ada yang dah jumpa...ada yang plan2 nak jumpa tp x menjadi..huhu..( ko jgn gelak wahida), ada blogger dari Seremban..ada yang area KL..area KL yang aku dah jumpa pun si Neena, si Bonda Pepel, Amy Sweetdarling ari tu pun x dapat jumpa coz aku lambat kuar opis...Mimy Hamid pun x dapat gak jumpa..dari zaman dia preggy sampai la si fayel besar dah...ntah2 diorang serik nak jumpa aku kan...hahahaha..suka berprasangka la aku ni...maybe keadaan jer lom mengizinkan,...nak joain dorang time cuti weekend ntah bila la kan....weekend dah tentu2 aku kat Seremban...kebetulan si Wahida balik last week umah Mertua dia..aku tau pun kat blog..nak plak aku xde kat Seremban..aku kat Kuala Pilah dengan demam x leh bangun...adeh....kena la plan lain...kalau aku ada no tipon dia time tu..memang gigih aku jumpa dia..sebarkan virus demam ni ke..hahhahahaha..giler kejam







apapun nok...aku suka kenal ko even dalam blog jer pun...ada sapa2 lagi nak add aku? moh ler..tambah2 lagi kawan


kekadang jeles gak tgok ada kawan aku tu follower dah ribu2...nak buat segmen follow mak x reti nak..


terima la hakikat mak ni dah 30an..x reti dah nak create2 menda ni sume..hahaha...thanks all follower











Members (569More    












AEON personal Loan???X Yah Offer La...

Pening la...sana sini aku dapat call...mana diorang ni dpt no hp aku...
offer loan personal la...eh hello...ingat aku ni kerja nak menambah hutang bank ke...hutang loan rumah tu pun dah mcm beban searuh nyawa..ni plak nak tambah hutang personal loan ngan AEON....
semalam masa aku tengah meeting, dpt call dari no  Digi, nak offer Public mutual..x paham bahasa lak aku tgh meeting..cakap nak call lagi la..nak buat appointment la...dorang ni masa offer2 ni x fikir ke..org tu mampu ke tak..main offer pas tu mcm paksa amik plak..dah kalau x mampu x kan aku nak amik jugak kan? beban nanti dah tentu2 kat aku..

Korang rasa panggilan mcm ni menyusahkan korang tak?aku terus terang memang rasa susah sgt...

Walau gaji aku x berapa nak besar dan aku hanya ibu tunggal xde banyak tanggungan..tp aku terap rasa terbeban ngan panggilan mcm ni...caner nak hentikan eh?

Lelaki kasanova kini kepanasan


Marzuki (kiri) bersama isterinya di salah satu lokasi percutian di Malaysia.


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang menyamar sebagai jurutera dan menggunakan laman web mencari jodoh Myjodoh.net untuk memperdaya wanita bagi mengaut untung mudah kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya.
Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini ketakutan apabila perbuatan buruknya itu sejak tahun 2009 terbongkar dan disiarkan di akhbar.
"Lelaki itu sedang panas, telefon semua orang merayu-rayu minta mereka gugurkan laporan polis yang dibuat.
"Tapi percayalah, kami tak akan mengalah begitu sahaja," katanya ketika memaklumkan hal itu kepada Kosmo!
Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki yang berasal dari Terengganu didakwa memperdaya wanita-wanita bujang serta janda berumur 20-an hingga 30-an terutamanya yang berbadan besar, montok dan gebu yang dijerat melalui laman web MyJodoh.net untuk mengikis wang.
Lelaki yang mendakwa mempunyai talian persaudaraan dengan seorang Exco kerajaan negeri Terengganu itu terlebih dulu menabur janji untuk berkahwin dengan mangsa sebelum menipu wang mereka.
Dia juga dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan 20 orang wanita dan berjaya mengumpul kekayaan mencecah RM1 juta hasil duit sebagai kasanova.
Sementara itu, seorang lagi mangsa berkata, dia turut dihubungi Marzuki yang tiba-tiba bersumpah untuk berkahwin dengannya.
"Saya dah tak peduli kerana saya akan berjumpa dengan polis hari ini (semalam) untuk memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang," katanya.
Dalam pada itu, Salsabila memberitahu, dia sudah pun memanjangkan kes penipuan lelaki bernama Marzuki yang turut menggunakan nama lain iaitu Amir kepada pengendali laman web MyJodoh.net.
Dalam reaksi segera jurucakap laman web berkenaan, pihaknya memandang serius perkara itu.
"Laman web ini sebenarnya telah banyak menyatukan pasangan hingga ke gerbang perkahwinan dan kami kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan menipu orang lain," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali mengesahkan menerima laporan daripada beberapa mangsa kes ini.
"Kita sedang giat mencari suspek dan pada masa sama telah memanggil pengadu-pengadu untuk melakukan siasatan menyeluruh.
"Polis turut menggesa wanita-wanita lain yang pernah terjerat dengan lelaki kasanova itu tampil ke depan membuat laporan," tegasnya

____________________________________________________________________________

SA > haaa...tau plak ko kepanasan kan...x tentu arah hidup ko...masa ko tipu perempuan2 tu xde lak ko fikir ko akan dikenakan tindakan...kalau SA yang kena ..confirm sampai ek lubang cacing aku cari...
ya allah ya tuhanku semoga kasanova ni mendapat balasan.....x guna..hidup mewah hasil menipu...


Selasa Yang Haru Biru

Salam u olls,
Haru biru nyer Selasa aku....dah mcm Charlie Chaplin aku hari ni...kenapa? aku memang kunci jam kul 6.30am, aku off kan alarm terus tido balik....boleh?mentang2 bendera Jepun...ntah caner terjaga kul 6.50am...amik ko....mcm lipas kudung aku bersiap...aduhai..ko dah kenapa Rizz...ko tau tak pagi ni ada assignment boss ko suruh buat...nasib aku baik bila sampai jer kat stesen, komuter pun sampai..sgt2 bernasib baik...
Laju2 sampai KL Sentral pi opis..masuk2 jer x sempat duduk bos panggil, bertapa aku dalam bilik dia dari 8.10am sampai la kul 8.35am td...fuhhhhh.....mencungap2 aku...tp alhamdulillah aku maintain Vogue  jugak ari ni...settle satu2 assignment boss bg...cuma serba salah la kan sebab selalu pagi2 aku akan sms cik abg, bg tau dah naik train ke apa ke..dah sampai opis ke..tp hari ni..satu hape pun aku x inform dia..dapat sms dari dia kul 8.35am pg tadi baru perasan aku x inform dia apa2...adehhhh...maafkan adinda wahai kekanda...adindamu ini kelam kabut hari ni...bila dah kelam kabut..semua jadi x tentu...terlanggar bucu meja la...mcm2 la..clumpsy sgt aku jadinya hari ni...sampai budak2 dept aku pelik...aku just jawab..its ok i'm fine..dah lama aku x jadi mcm ni..ni gara2 alarm bunyi terus tutup alarm..kena jadi pengajaran ni....kena make sure bila alarm bunyi...terus bangun...

Monday, October 29, 2012

Jom Main Cikgu2


Hi auntie....Hi uncle...
nak join kami tak?kami nak main cikgu2 ni....siapa jadi cikgu?
tentu la kakak Dania...Ibu kami jadi cikgu besar....
kami kan,....dah pandai baca ABC, 123...
tapi yang hujung je....pas tu langkau nombor...takper la kan..kakak Dania cakap sebab kami kecik lagi..
baru nak belajar...hehehe...nanti kami besar sikit kami pandai la kan?

** sila abaikan rak buku kakak Dania yang bersepah tu...

Sorry la u olls, memandangkan raya aku x bermakna tahun ni...xde pun amik gambar..tuan rumah ni demam teruk...terlantar dari Khamis sampai la semalam....ni pun kebah sikit la...gagahkan diri pi keja..gila ko..dari 23hb -24hb aku MC, 25hb aku annual leave...bawak ke semalam...x ok jugak...ni suara pun masih serak2 lagi...batuk pun makin kuat sebab ekon kuat...selsema dah kurang...cuma badan masih x bermaya la...apa yang ada jer la aku hidangkan kat korang...patutnya aku update pasal masakan raya haji ari tu...tp tu la..selera makan xde inikan pulak selera nak amik gambar...senyap jer aku kat kampung...padahal kalau aku balik kampung mcm2 aktiviti buat kan..ada jer bahan utk aku blog out...xper la...nak buat cane..
banyak lagi cuti dan banyak lagi benda aku boleh blog out kan?

Monday Blues..Mood Swing


Salam u olls...lama tak bersiaran kan...dengan demam teruk..dengan x beraya terlantar kat kampung
satu apa juadah pun x leh nak makan..
hari ni memulakan tugas dengan kepala masih weng...mood plak swing...batuk melanda nak2 ekon mak datuk mcm aku kerja kat dalam fridge jer dah..rasa mengantuk nak tido mcm si comel kat atas tu...
agak2 boleh tak?
kepada semua kawan2 yang baru bertugas...selamat kembali...mari lah kita mencari mood kerja kembali
psst....boss aku bad mood...handphone xde roaming masa kat kampung katanya...
boss baru aku ni apa jer yang x bad mood...adehhh...mengadap muka bad mood dia jer la sepanjang hari ni...

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

 
 
Bersiaran dari kg halaman...dengan keadaan yang sangat tidak mengizinkan...demam..takde selera makan..segala yang masuk dalam mulut semuanya pahit dan payau...walau mcm mana manisnya air tu..tetap pahit di tekak aku...huiii...tension...sgt2 tension...dari pagi bawak ke petang asyik tido...diserang hypo sekejap sampai gigil2...dah minum benda manis baru aku rasa lega..kalau x rasa mcm x cecah tanah..teruk jugak eh kalau xde gula dalam darah..
malang sungguh nasib aku raya haji tahun ni...x tau la sampai bila tekak ni nak pahit...
x merasa nak makan lemang and rendang...selalunya balik kg aku la manusia yang paling sibuk...nak masak itu ini...tp hari ni surrender...terbaring jer la..nasib baik ramai yang balik..nasib baik ada yang menolong...lemang dah siap masak..tunggu rendang jer lagik...
korang yang balik kg tu mesti seronok kan...x dan aku ak cari bahan utk blog ni minggu depan..mood raya dah xde...
aku mohon doa dari korang semua...doakan kesihatan aku...
Selamat Hari Raya Aidiladha..
Dari Suriaamanda dan Keluarga..

Wednesday, October 24, 2012

Mak oii...Besornya.....


Harap maklum ni bukan la harta sendiri tapi harta org lain..tumpang duduk dan tumpang posing jer ye...
besor gedabak teddy bear ni....
 posing ala2 manja gitew...padahal dia ni brutal..

tumpang amik gambar jer yer nak ye...nak ko suruh mama ko beli menda ni...sori naik lori....
x bawak untung pun..menimbun habuk adala nanti...

teddy bear dah sama besor ngan pak long nya....tgok la anak dara aku tu..menahan berat teddy bear..
kalau dia angkat sure tumbang tu...

Semalam tuan rumah mc...tetiba demam...demam yang jenis sakit segala sendi...selsema, batuk..
ni pun xok lagi...jap lagi nak pi jumpa doc semula...
kalau mc..blog ni sunyi sepi la kejap..next week baru meriah lagi...
babai...


Tuesday, October 23, 2012

Fasa Baru dah siap


Waaa...fasa baru taman aku dah siap..fasa ke 5 ke ke 6 mcm tu la...lain sket pesen dari pesen rumah aku tu...
ramai golongan muda jer beli rumah kat sini,....range harga pun dah makin naik sekarang..aku beli dulu RM168K...la ni dah cecah RM200++ K dah..yg fasa baru ni RM400K++ ...cantik mmg cantik...tp yang x best semua bilik tingkat atas, bawah ruang tamu ngan dapur je...

 ni la fasa baru tuh..dah ada ramai duduk dah aku tgok
 dengarnya ramai yg komplen sbb bocor la..retak la...biasa la..umah aku dulu mula2 masuk pun mcm tu....
Ha...ni bukan rumah aku..tp design lebih kurang sama ar dgn rumah aku duk skrg....ni rumah tepi ni mahal skit la...x dapek rega mcm rumah aku de...
tp area umah aku ramai yg beli rumah tp x duduk...jadikan aset..ntah tahun bila nak duduk x tau la...
kiri kanan aku kosong lagi...majoriti org melayu...

Monday, October 22, 2012

Ronda2 3 Anak Dara


Petang Sabtu punya cerita jugak ni...ronda2 area rumah...si kembar tu bising nak keluar jenjalan...asyik sebut menan...menan...menan tu pada diorang playground are rumah aku tu la..x pi pun..ronda
area rumah jer..x kuasa mama ko nak jalan jauh2 nak..mama ko bukan sihat pun...masa ni aku baru kebah demam..saja nak amik angin...
knp gambar kecik? aku amik guna hp..pas tu bila cuba besarkan jadi pecah...korang kecikkan la mata korang tgok gambar kat bawah ni ...

 satu2nya gambar yang ready...tp Aressa x pandang kamera...
 kakak dania jer ready sbb kembar nampak anjing..pas tu bising sebut..wulf..wulf...
 masih kandid lagi ni...
 masa ni berenti kat lorong jap sbb ada anak anjing byk..tunggu kakak amik batu nak jadikan senjata...
 sunyi jer area umah aku kan? ye la..dorang semua x campur orang..lepak dalam rumah..ada yg balik kg...tp kejiranan aku kat umah baru ni mmg x best...
 dah ronda2 haus plak...lepas minum main simbah2 air..tu yang dia suka tu...
sama jugak dengan Aressa..minum nyer sikit....main jer lebih...

Seronok sabtu tu menghabiskan masa yg berkualiti utk anak2, siap mandikan si kembar sebab malam nya nak attend kenduri kat Port Dickson...
lasak mmg la lasak..tp diorang la penghibur kami sekeluarga....bila xde..senyap sunyi jer..
kalau ada riuh rendah rumah kami....rasanya area tu rumah aku jer yang bising...

The Best Cendol In Town


Aku bukanlah penggemar cendol..tp layan jugak la sebab anak dara aku suka...dia apa jer x suka kalau bab2 mamak ni..huhu...
Sabtu lepas pi Pasar beli lauk pauk..selalunya si Dania ni mcm ala2 diva sket kan x nak ikut...geli la..busuk la..tp pagi tu mmg dia nak ikut...rupanya ada kehendak dia...

 auntie ni ckp dah berpuluh tahun dia meniaga kat situ turun temurun...
 harga utk cendol..still murah pada aku...
 beli 4 bungkus siap ada kacang semua sekali RM6.80...
lebar senyum minah ni dapat makan cendol...nak sebut cendol x reti..dia just mention air batu ynag ada hijau2 tuh...aduhai...itu cendol namanya nak oi....
sebungkus setengah dia sorang jer ngabihkan...aku amik sikit jer..x berapa suka manis2 ni...
orang2 Seremban kalau nak terjah auntie ni ada meniaga kat tepi Pasar Besar tu...buka dari 9am-5pm...depend..cepat habis kalu...cepat tutup ye...
Selamat Mencuba...