7 Langkah Rias Mata Lesu
Tidak dinafikan bahawa keletihan akan terpancar pada wajah terutamanya di
bahagian mata. Oleh itu, bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata dengan
solekan? Ikuti tujuh langkah mudah untuk merias mata jika anda harus menghadiri
majlis-majlis tertentu bersama suami. Langkah ini hanya mengambil masa anda
selama 10 minit sahaja.
- Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda
yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan
dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit
di sekitar mata.
- Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata
serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna
seterusnya tahan lebih lama.
- Seterusnya, aplikasikan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih
pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh
digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian
kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis
iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar
kelihatan lebih semula jadi.
- Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink.
Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda
tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.
- Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah
ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan dengan menggunakan jari.
- Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa
saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda
boleh mengepit bulu mata.
- Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata
berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata
bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata
dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada
bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang
terakhir
Slps 7 lngkh ni mesti kite akn nmpk lebih cntik kn....nnt bole try
ReplyDeletehihi...cuba jgn x cuba
DeleteUntuk lelaki boleh tak !!!
ReplyDeleteboleh kalau anda seorang lelaki jambu...
DeleteTak pernah lakukan sendiri.. kalau ada pun orang tolong pakaikan..
ReplyDelete