Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu
roma yang menyebabkan penghasilan nanah atau abses. Bisul merebak apabila
mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di
sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak
hingga ke otak.
Kemunculan dan Lokasinya – Bisul
ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit.
Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh
membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini
selalunya disebabkan oleh kuman “Staphylococcus Aureus” iaitu sejenis kuman yang
tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit
seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem
pertahanan badan kita merosot. Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan
tetapi selalunya ia terjadi di bahagian yang berbulu dan yang melecet seperti
ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung, muka, kelangkang dan di belakang
tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali sebagai karbunkel. Selalunya
karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung. Karbunkel adalah bisul yang
besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama.Biasanya ia mudah terjadi
di kalangan pesakit diabetes.
Penjagaan Sendiri
- Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
- Elak diri dari memakai pakaian yang ketat.
- Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
- Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
- Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
- Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
- Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
- Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
- Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain. Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
- Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yangterkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
- Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
PETUA RAWATAN
1. Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke
dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam.
Lakukan sehingga sembuh.
2. Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga
hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan
kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.
3. Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul
kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit
hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga
sembuh.
4. Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul
hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh
Kenapa aku share kat sini...hihi....selain just to share with u olls...aku pun kekadang ada masalah ni...nak2 bila bendera Jepun tiba...refer ngan mak aku (mcm mak aku doctor) dia ckp hormon or darah kotor...letih beb..asal bendera jepun jer dia tumbuh...kalau x sakit xper..nak kena duk senget la...sgt2 x selesa...malu?
aku xde nak malu nak share kat sini..asalkan boleh share ngan korang...sharing is sexy kan?
jangan ckp korang x pernah alami eh....mesti pernah kena...baik ngaku......
eh along tau, dulu mase kecik2 lieya rajin kene bisul...org kata darah kotor...seksa wooo tahan sakit bisa bisul nieh!!
ReplyDeleteTq for sharing...
ReplyDeleteNice sharing.. setakat ni takde lagi pengalaman lagi..
ReplyDelete