Saturday, September 29, 2012

Random Photo Hari Ke 3

Hari ke 3 x banyak amik gambar sebab focus for shopping jer...cuaca pun pagi tu macam mendung..tp x lama tu cerah..pas tu mendung balik....kelakar...

 Sungai apa ntah...nampak x Guangzhou Tower tu? itu kita pi hari ke 4 eh...nanti aku story..
feri2 persiaran...tour guide ada ckp sapa nak pi trip ni kena tambah lagi 200yuen a.k.a RM100 byr kat dia dan dia akan uruskan...pandai ko cari duit eh...x kuasa aku nak bazir2 duit..benda tu kat Malaysia pun ada..
 pemandangan jalan raya yang agak sunyi sepi dan sgt2 bersih...
 kebanyakan taxi kat Guangzhou guna keta canggih2..contoh dlm gambar ni keta jenis Hyundai...
 kat market yang banyak jual souvenir kat dalam ni...rega leh la tahan....aku beli keychain ngan fridge magnet je...boleh plak cari FM yang ada nama Guangzhou tu xde..habis ronda satu bangunan pun xde..
 ni bukan show yer..ni mcm lelong tp pelik..dia bukan lelong then org beli..tp dia lempar2 gift...siap lempar ipod lagi...aku? x kuasa nak berpusu2...
 tghari mkan kat sini...tp aku stop makan in the middle sebab ada cina tu berkahak kat sebelah meja aku...selamba abah dia jer...terus x selera...
 flyover diorang memang tinggi2..tp xde jeriji keselamatan...aku kan suka duk tepi tingkap...giler seriau nok...
sayup2 jer tangkai hati aku tgok..dah la driver bawak bas mcm nak lumba F1...
singgah kat makam apa ntah...hujung ada masjid...
kat sini semua kamera, hp beg kena jaga2 sebab punya la ramai pengemis...jenis yang mengikut plak tu...
tour guide ckp terpulang nak bagi ke tak..sebab diorang aku tgok sihat walafiat...
badan pun ketul2..anak2 diorang memang hyper aktif sampai ada sorang budak ppuan kecik jer baya2 Dania..selamba pi bukak handbag aku...padahal aku dah sling ke depan bag aku tu...aku geram aku jentik telinga dia..pas tu aku bagi syiling 1 yuen....
siap ikut aku naik bas..aku ckp kat tour guide...
please...im sick of this...
giler..dah rasa macam aku pi Laos lak tahun 2010 dulu...kena kejar sampai ke Feri...


autopublish lagi...;)


Dinner - Bukhara Restorant


Kat sini best sikit makan...menu pelbagai dan cukup rasa..ada pedas..laju jer kitorang bedal sampai habih..
nama pun lapar kan...nak pi Bukhara Restorant ni tempoh jammed segala..sampai2 jer hari dah gelap betul mcm dah kul 10 mlm padahal baru kul 7 mlm...

 suka tengok chandelier ( betul eja ke ni?)ni...cantik..x leh pasang kat umah aku sebab siling rendah...
 daging masak apa aku tak tau tp ala2 blackpaper tu la...
 ni pun daging jugak...tp daging kamben..
 meja sebelah yang sentiasa x abih lauk...pelik
 meja kitorang yang asal letak jer lauk...habih...
 see...bukti masing2 kelaparan...
 ni pinggan aku....huhu...sudu garfu berat...pinggan pun berat...
 kat luar restorant ni ada bazaar ...murah2 la tp aku x berkenan...
 muka depan restorant...
balik hotel lepas tu x terus naik pun...menyimpang kejap pi Beijing Street sebelah hotel tu...nama pun hari jumaat malam sabtu...makanya menderu ramai manusia berpusu2 kat sini...mula2 mcm x berani nak pi...tp gagahkan diri jugak pergi...
 ni masa mula2 nak masuk Beijing Street..
haaa...tgok...bukan yang depan ni..korang focus kat hujung nun...punya la ramai manusia....
korang memang x leh nak nyelit2...berenti amik gambar pun takut kena langgar...
apa aku beli kat sini?
dapat la baju 2 helai...utk pakai esoknya...
hahahahaha...aku jenis pi jalan mana2 memang x bawak baju lebih...
aku suka beli jer...dah tu pakai terus...

Sorry aku menghidangkan korang ngan entry auto publish....
mak terpaksa nak....


Friday, September 28, 2012

RETIREMENT LUNCHEON& FAREWELL


Malakoff ngan aktiviti membesarkan badan dan menternak lemak memang x leh dipisahkan...
hahahahaha...pasal tu ramai yang dah gemuk memboroi..sibuk pi beli mcm2 product kuruskan badan...

 makan2 sempena meraikan retirement 3 orang staff dan farewell sorang SVP yg kena berkhidmat di Middle East...
 mereka2 yang lapar...heheheheh
 welcome speech dar Head HR..En Bani
 sesi bagi hadiah to En Sakyan Driver Malakoff
 En Adenan
Ms Sofia dari Plant Lumut..umur dh 55 tp mcm anak dara 
En Jainuddin yang akan ke Middle East

to all of them...congratulations...after this boleh rehat2 kat rumah...mana ada planning tu bagus..semoga 
success...abah aku pun nak pencen 2014, dia sambung sampai umur 60 thn...
ada gak aku tanya..abah x penat ke...
dia ckp..adik ko kat Sarawak tu belajar lagi...sapa nak tanggung...kena la abah sambung...
dah tu nak buat mcm mana kan...
yo la abah oiiii....jangan bising ponek dah la...


War Museum


Bercinta aku nak mengabihkan citer Guangzhou ni...dah banyak skip dah kan...
sib baik aku buat auto publish...huhu...masa boss xde curi2 jap buat entry...korang yang aku x jengah rumah korang tu...sabar2 la yer nok...bukan apa..aku sgt2 busy bila ngan boss baru aku tu....
dah sampai tahap aku kena cirit birit dah...

meh citer pasal War Museum diorang yang x abih aku rayau...leka dek amik gambar posing2 maut kat taman tu jer...malas nak masuk...sama jer pun ngan museum2 yang lain...
 muka depam Museum
 masuk2 jer nampak patung ni....( kurang asam kan aku x amik details)
 opis diorang zaman perang la kot...
 ini tempat rehat diorang kalau x salah
 tempat tido askar2 diorang...sekali ada mini opis..
 muka depan sekali lagi...
entah sapa la laksamana yang dijadikan tugu kemegahan diorang ni...
aku sebenarnya dah amik dari tour guide pasal mamat laksamana ni...tp details tu dah cicir ntah kat mana2..
sabar jer la..
memang xde tokoh blogger tegar kan?
kena banyak belajar lagi ni....

sambung next entry makan lagi...


Bertemu Empat Mata Dengan Neenaanuar


Hari ni aku bertembung ngan Si Gonjeng...xde tunggu lagi, sebab dah bertembung dekat sesangat terus jer aku
panggil..."Neena!!"..selalu tu nampak dari jauh dan x sempat nak tegur kan..
nama jer opis dekat2..jarang jumpa...dah say hi..tanya kabar laga2 pipi jap..aku pun mintak diri pi opis aku...

SUMBER DARI GOOGLE

Alhamdulillah Neena dah umumkan perkhabaran gumbira dia suami isteri..
tahniah Neena...setelah sekian lama menunggu..Neena pun dah berhijrah...manis Neena ngan hijab tu...
ramai jugak kawan2 blogger dah berhijrah...DEE dan WAHIDA pun...
jeles ngan diorang...entah bila giliran aku kan...
insyaallah...SEMOGA ALLAH PERKENANKAN...
to Neena...jaga diri..jaga kandungan..
im very happy for you...
morning sickness tu adat la dik...be strong ok?
sorry amik gambar dari google...huhu...

Pokok Kesidang

Situasi > Petang Isnin, 10 min sebelum aku dibenarkan pulang

Dialog

Boss > Rizz, masuk bilik i kejap
Aku > yes boss
Boss > Kampung you kat Kuala Pilah kan?
Aku > Ye boss..kenapa?
Boss > nanti bila2 you balik kampung boleh x carikan i pokok Kesidang?
Aku > Kesidang???pokok apa tu...
Boss > Nanti you google, pokok dia mcm bunga melur tp bau lagi wangi...
Aku > insyaallah boss
Boss > x urgent tau...kalau ada bagus..xde..takper la...
Aku > insyaallah boss, but im not promise..nak kena cari betul2...
Boss > thanks...you boleh balik...

Dalam hati aku....yahuuuuuuu....boleh balik awal....oho...siap bagi kerja rumah eh...cari Pokok Kesidang...
kena la mencari kan...

Hasil dari google..



ini la rupa pokok Kesidang tu yer...
ada sesapa tanam pokok ni tak?
aku x nak banyak...nak setangkai jer...sebab bos aku ckp cara tanam dia cucuk jer dalam pasu then siram...
pas tu hidup la dia....boleh ke mcm tu?
ada sesapa boleh tolong?

Keterangan tentang Pokok Kesidang
Pokok kesidang atau dikenali juga dengan nama pokok bunga kerak nasi di bahagian utara semenanjung Malaysia atau bunga tikam seladang di pantai Timur merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Ia juga dikenali dengan nama bread flower di Negara-negara barat. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur. Sifat batangnya yang mengemabang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun  kesidang mempunyai getah yang berwarna putih.

Pokok kesidang atau nama botaninya vallaris glabra ini ditanam kerana bunganya. Bunganya yang berwarna putih mempunyai saiznya kecil dan menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi, tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Satu kajian dilakukan oleh sebuah Universiti di Chieng Mai Thailand untuk menngenalpasti bau nasi yang terdapat pada bunga kesidang. (rujukan:http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=Retrieve&db=pubmed&dopt=Abstract&list_uids=12517110).  Bunga yang kecil ini tersusun membentuk jambak bunga. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan seagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan baha-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain. Masyarakat melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita. Ia juga dijadikan hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang melambangkan tanda hormat bagi masyarakat melayu. Ia juga melambangkan kesopanan dan sikap lemah lemut orang melayu. Kerana itu juga Ia telah dijadikan bunga rasmi bagi Negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya.

Tambahan pula dengan kehadiran bunga kesidang yang wangi ini taman anda akan sentiasa meriah dengan kunjungan rama-rama dan burung kelicap yang menggemari bunga ini.

Pembiakan pokok kesidang
Kebanyakan tumbuhan jenis memanjat selalunya dibiakkan dengan kaedah tut walaupun sesetengahnya juga mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih. Pokok kesidang juga boleh dibiakkan dengan kaedah tut dan keratan batang.Satu kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batang pokok ini hingga menyentuh tanah. Batang ini kemudiannya ditindih dengan menggunakan benda berat, contohnya batu-bata dan dibiarkan hingga akarnya tumbuh.Setelah akar tumbuh, bahagian yang telah  bercambah ini boleh dipotong dan ditanam ditempat lain. Kaedah ini di namakan ‘layering’ dan merupakan kaedah paling mudah untuk membiakkan tumbuhan memanjat.

Penjagaan
Pokok kesidang tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menghasilkan pengeluaran bunga yang optimum. Walaupun begitu , ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terik sehingga daunnya menjadi kemerah-merahan. Ia Paling sesuai ditanam ditempat yang mendapat lebih kurang 50% cahaya matahari.
Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik.Ia memerlukan medium yang memberikan saliran yang baik.

Berikan baja bunga dua minggu sekali untuk memastikan ia mendapat segala keperluan untuk bunganya. Pangkas bahagian yang berbunga setelah bunganya layu untuk memastikan tunas baru yang mampu menerbitkan bunga baru tumbuh. Berikan sokongan kepadanya dalam bentuk para atau pergola untuk mengangga batangnya jika anda mengambil keputusan menjadikannya pokok memanjat. Jika tidak pastikan pemangkasan sentiasa dilakukan supaya ia dapat menjadi pokok kecil yang rendang dan rimbun. 

kegunaan:

Ia Digunakan sebagai bahan untuk membuat bunga rampai dan hiasan rambut.

SUMBER DARI GOOGLE


Thursday, September 27, 2012

Si Kembar Dah Dapat Kaki...


Belum dapat kaki masing2 bising...bila nak jalan..dah besar dah..setahun lebih dah pun....tp..bila dah dapat kaki...masing2 x reti duk diam...siap terus nak belajar berlari plak...
maknanya si kembar ni sekali dapat semua sekali berjalan, berlari dan bercakap...

Adeliya bersama ibu makan kat kedai...
 Aressa bersama ayahnya..
 see x reti duk diam2
 bab shopping no 1 yea.....
Dah x mo pegang...mcm bagus jer bawak bag mcm nak pi sekolah...beg mama belikan kat Guangzhou ari tu..sorang satu dapat..buat letak botol susu

puas ibunya mengejar dia..
yang lasak sgt Adeliya....Aressa ada masa2 akan menjadi lasak...
dia suka mengikut...apa kakak dia buat..kalau dia nak ikut..dia akan ikut...dia jugak pandai ajuk orang ckp...
hehehee...
masak la Ibu dan ayah diorang...bab berebut bergaduh memang no 1...


Wednesday, September 26, 2012

Guangzhou Jade Centre & Factory

Now kita move on to the jade centre plak...lagi buat aku boring...aku bukan jenis giler barang kemas kan..
tp x per la dah masuk dalam itinerary maka nya...i followwwwww....

 masih taksub ngan bas guna electric ni...
 sampai2 jer dihidangkan dengan pemandangan jade2 ni....sib baik la aku berjaya control kehendak hati...kiri kanan depan belakang penuh ngan jade...kami di bawa ke bilik khas...
 org leka dengan taklimat..aku leka amik gambar org...ni muka2 x minat ngan benda2 ni semua
 antara jade yang ada
 gelang la kot...
 amoi baju hitam tu suara dia...mcm petir berdentum...kuat nak mati....
 baju biru pandai ckp indon...baju beige tu owner jade centre ni....dia sgt suka kitorang datang...eleh...suka la sgt kan...tp sebenarnya kebetulan dia baru dpt anak lelaki dari bini ke 6 dia...satu2nya anak lelaki...ko mampu ada bini 6 orang...selagi dia x dpt anak lelak selagi tu dia akan cuba kahwin...kat china kan satu family satu anak...x leh beranak ramai tp boleh kahwin banyak...pening nak fikir...
 the owner tgh buat demo jade asli ngan tiruan...
 cantik kan..aku x minat pun..harga kalau kat Malaysia RM1400, tp on that day dia turun kan harga jadi 200yuen, boleh? logik x? alasan dia bagi sebab dia baru dpt anak lelaki...mcm tipu jer...hahaha...
 ni la antara2 mereka yang tergoda dan willing to buy...
beli...beli....murah...murah....ntah2 tiruan...

untuk hari ke dua kat sini aku berjaya mengawal nafsu...x membeli langsung...
hahahaha...
berhemah tak...berhemah tak?
tapi aku tewas pada hari ke 3...hahahahahahaha...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah