ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad
Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.
MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur.
Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid
SUMBER
Allah....
ReplyDeleteYa Allah, kesiannya.
ReplyDeletebaru lepas pulang berhari raya.
Alfatihah.. salam takziah buat beliau.
ReplyDeleteSedihnya...dah sampai ajal.
ReplyDelete=(
innalillahiwainailahirojiun...
ReplyDeleteal fatihah.. allah lebih menyayangi ye
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDeleteInnalillah, sedih..Moga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeletemoga roh beliau ditempat dalam kalangan org2 yg beriman, ameen
ReplyDeleteSalam takziah mewakili para guru dari SMK Laksamana, Kota Tinggi buat isteri arwah...
ReplyDeleteSemoga roh beliau dtempatkan di kalangan orang yang beriman... InsyaAllah...
Sedih kalau berlaku pada keluarga kita. nauzubillah.. jauhkanlah..
ReplyDelete