Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar di daerah ini mendapati patin muncung pasti menjadi pilihan terutama di hujung minggu iaitu apabila anak penduduk yang pulang dari perantauan untuk menjalani ibadat puasa bersama keluarga masing-masing.
Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.
Patin muncung, jelawat, temoleh, tapah, patin perak, patin buah, tenggalan, gerahak, baung kenderak, baung akar dan kerai adalah antara ikan sungai yang sering diburu penduduk setempat setiap kali ke pasar kerana rasanya yang enak jika dijadikan masak tempoyak, pais tempoyak, gulai rom dan masak asam belimbing buluh.
Seorang peniaga di pasar besar Jerantut, Ruslan Wahab, 54, berkata permintaan ikan sungai sentiasa mendapat sambutan pembeli walaupun harganya mahal.
“Saya mendapat bekalan ikan dari nelayan sungai di Kampung Pulau Mangsuk, Lada, Batu Embun, Jerantut Feri dan Kuala Teh. Biasanya ikan sungai yang dijual akan habis dalam masa sejam saja kerana pembelinya tetap ada walaupun harga ikan sungai asli cukup mahal.
“Ada kala, nelayan sungai selama ini menjadi pembekal, tidak dapat memenuhi permintaan kami kerana ada juga pelanggan sudah menunggu di jeti semata-mata mahu mendapatkan ikan sungai segar.
Katanya, harga bagi ikan sungai asli yang lain seperti temoleh mencecah RM40 sekilogram, juara (RM24), tapah (RM60), patin buah (RM100), tenggalan (RM80), baung kenderak (RM24), gerahak (RM55), baung akar (RM40), kerai kunyit (RM30) dan kerai jelawat (RM60).
Katanya, ikan sungai asli sering mendapat permintaan ramai kerana rasa isinya yang jauh lebih sedap berbanding ikan sungai diternak dalam sangkar.
SUMBER
Abah aku suka la ikan patin ni...aku dulu suka tp dapat sekali tu aku makan dia nyer rasa lumpur kuat..makanya aku dah x sentuh dah ikan patin ni...tp kalau dpt betul2 yang x berbau memang sedap..lemak2 isi dia...
mahal kan. tp i tak suka sebab dia mcm hanyir pastu lembik hihi
ReplyDeletekehebatan ikan patin
ReplyDeletemmg kena pandai masak ikan patin ni.. selalu org buat masak tempoyak kan.. sodapppp sgt..
ReplyDeleteDASATNYEEE....harge die leh buat telan air liur laaa along....
ReplyDeleteCha
ReplyDelete- Tau takpe,nak kena pandai masak
Anum
ReplyDelete- betul tuh
Mekchu
ReplyDelete- haah..omak den selalu masak campur tempoyak..
Lieya
ReplyDelete- itu yg pelik tu..pehal mahal benor
oo mahalnye.. buleh beli sofa cavenzi sebijik..hihi
ReplyDeleteSaleha
ReplyDelete- takut nak beli kan...seko 33kg..sekilo RM300....huii..x berbaloi langsung
Letaklah berapa pun harganya.. ai tak kisah sebab ai tak makan.. hehehe..
ReplyDelete