Monday, July 16, 2012

Cemburu rakan lebih bergaya..



SAYA pelajar tahun pertama di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di selatan tanah air. Saya pelajar sederhana dari segi pelajaran, rupa paras dan kekayaan.

Saya memasuki IPTA melalui ijazah. Saya tertekan kerana cemburu dengan seorang rakan universiti. Dia cantik, pandai dan datang dari keluarga berada. Dia masuk IPTA melalui matrikulasi. Umurnya lebih muda dari saya, tapi dia nampak jauh bergaya. Ramai pelajar universiti cuba menjadikan dia teman wanita.
Saya perhatikan pelajar lelaki di kampus hanya memberi tumpuan kepada pelajar perempuan cantik saja. Saya istilah mereka sebagai miang dan gatal.

Kadang kala saya terfikir kenapa saya tidak sepandai, secantik dan sekaya dia? Ini membuatkan saya sedih dan menangis. Saya juga sering rasa rendah diri.


Siswi Rendah Diri,

Johor


DR merasa empati dengan apa yang adik alami. Sememangnya, secara psikologi, setiap individu ingin disayangi dan dihargai. Individu pasti berusaha untuk berkembang bagi mencapai kesempurnaan yang subjektif.

Perasaan rendah diri boleh berlaku apabila individu membuat perbandingan dengan orang yang mempunyai kelebihan dengan dirinya. Apabila adik mula membuat perbandingan dengan rakan yang adik persepsi sebagai ‘lebih pandai, lebih cantik dan lebih kaya’, konsep kendiri pasti rendah. Adik mula mempersoalkan banyak ciri dan sifat yang adik miliki.

Berasa cemburu adalah sifat semula jadi manusia. Lumrahnya, tidak salah cemburu, tapi jangan ia memakan diri. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai pembakar semangat adik untuk lebih berjaya dalam hidup.

Kejayaan memasuki universiti adalah satu potensi diri dan membuktikan adik seorang yang pandai. Melalui potensi diri ini, adik boleh meningkatkan lagi kejayaan dalam pelajaran dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Beri fokus dalam pelajaran dan belajar berhenti membuat perbandingan dengan orang lain.

Imam Al-Ghazali menyatakan ‘raihlah ilmu dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.’ Bagi bersifat tenang serta sabar, melihat kelebihan orang lain perlu dijauhi. Berkenaan Mengenai pandangan adik bahawa lelaki memang sukakan perempuan cantik saja, mungkin ada kebenaran kerana setiap yang indah itu memang suka dilihat.

Tapi, ini tidak bermakna setiap lelaki mendapat pasangan wanita cantik. Ini kerana kecantikan itu bersifat subjektif dan pada mata yang memandang dan tiada wanita yang tidak cantik.

“Kecantikan seorang perempuan bukan pada kehalusan wajah tapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya yang penuh kasih memberikan perhatian dan cinta”. Soal membina hubungan adalah soal hati. Soal perkahwinan adalah soal jodoh.

Berkenaan teman lelaki, biarlah perhubungan itu datang tanpa dipaksa. Jika yakin dan selesa pada diri sendiri dengan sendirinya orang melihat keikhlasan diri adik. Perhubungan juga terjalin apabila orang melihat kita selesa dengan diri sendiri. Apabila diri selesa, orang lain pun selesa dengan kita.

Satu hari nanti, apabila adik bertemu lelaki yang ikhlas untuk menjalin hubungan dengan adik, ketika itu cinta ialah apabila adik bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Ketika itulah juga ruang kosong di antara celah jari adik dicipta untuk dipenuhi jari kekasih.

SUMBER

5 comments:

  1. alaa..biasa la tu..mase saya kat poly dulu pun cam tu gak... jenis tak pandai bergaya, la ni, terlebih gaya lak ecewah! heheheh~

    ReplyDelete
  2. MQ terbalik pulak... Tme study dulu ramai jugaklah boyfrens.... Hehhee... Tapi nak kata MQ cantik tak jugak kot.. Maybe sbb MQ peramah buat org suka... Kdg2 cantik tak semestinya dpt memikat hati lelaki...

    ReplyDelete
  3. deqla ada jenis kwn camni.. padahal kwn baik tau...boleh lak dye ckp deqla jeles ngan dye..padahal dye yg jeles..sbb bdn dye besar tak dpt nk pakai apa yg deqla pakai..ada ka patot?? skrg dah xkwn sbb dye pndai bermuka2.. huhh

    ReplyDelete
  4. 1...masa utk belajar guna utk belajar dgn betul.
    2...terima asal kejadian kita dengan redha...Allah sentiasa memberi yg terbaik.
    3...tak perlu cemburu kerana setiap kita ada kelebihan masing2.
    4...nak cantik...cantikkan iman & rohani kita.nak pandai...belajar bersungguh2.nak kaya harta benda...berusaha ke arah itu.

    saya pun sama..tak lawa...tak pandai sgt..tak glamer..tapi kawan baik saya adalah sebaliknya...cantik (walaupun tak berapa nak bergaya),bijak bistari (tiap kali result exam nama dia mesti kat atas)& mmg anak org kaya...sebut saja nama dia satu sekolah boleh kenal tapi dia tak sombong...kami mmg rapat...saya gunakan persahabatan kami utk mendapatkan ilmu pelajaran dari dia.alhamdulillah..kami masih berkawan hingga sekarang biarpun dia kini jauh di negara orang.

    ReplyDelete
  5. ini pun bole jd masalah ke??sengal btol..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah