Monday, June 11, 2012

Polis halang bapa Chong Wei terjun



AH CHAI...beri keterangan dua kali. - Gambar fail

GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin

SUMBER

6 comments:

  1. wah...kenapa plak nie? tak baca lagi paper....

    ReplyDelete
  2. ish...ape kes la kan.....dato chong wei gak bagi duit belanje kot hihihih....

    ReplyDelete
  3. stress anak dia injured?

    ReplyDelete
  4. oh bapa chong wei rupanya..ada dgr berita pg td tp x sure bapa siapa..dgr crita dia stress sbb x boleh tido tu psl dia duk tepi jambatan tu

    ReplyDelete
  5. baru tahu ni...nasib baik sempat diselamatkan..

    ReplyDelete
  6. Kesian dia.. moga bapa beliau lebih kuat melawan rasa -ve dalam diri..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......