Monday, June 25, 2012

Peringatan Untuk KAKI SHOPPING!!!


‘Ia satu penyakit’

KUALA LUMPUR: Kemaruk membeli-belah tidak hanya memberi implikasi kepada kedudukan kewangan seseorang, tetapi juga boleh menjurus ke arah perubahan tingkah laku negatif kerana terdesak memenuhi kehendak diri.
Pegawai Psikologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Zulfikar Ahmad berkata, kebanyakan masyarakat sering kali menganggap ketagihan membeli-belah sebagai sifat berkeinginan membeli semata-mata tanpa menyedari ia sebenarnya satu ‘penyakit’ kerana aktiviti itu dilakukan berulang kali.

Malah, kata beliau, golongan ‘shopaholic’ juga sering kali didapati berbelanja di luar kemampuan hingga ada yang sanggup meminjam daripada keluarga mahupun rakan semata-mata untuk memuaskan nafsu membeli.

Katanya, walaupun tabiat membeli itu wujud dalam diri manusia, malah berkait rapat dengan wanita khususnya, masalah yang dikenali sebagai ‘compulsive buying disorder’ (kecelaruan membeli-belah akibat dorongan nafsu) itu harus dikawal menerusi perancangan kewangan yang bijak serta pertimbangan rasional.

“Terdapat beberapa situasi yang menyebabkan individu itu menjadi ‘shopaholic’. Pertama, situasi membabitkan musim tertentu antaranya sewaktu berpindah rumah, menjelang perayaan mahupun apabila sesi persekolahan bakal bermula. Ketika ini, semuanya mahu dibeli dengan alasan perlu ditukar baru.

“Situasi kedua pula membabitkan emosi seperti contoh ketika individu itu sedang sedih menyebabkannya mahu membeli-belah yang dianggap sebagai, terapi pemulihan. Keadaan ini lebih berbahaya kerana emosi tidak stabil dan pembelian akan dilakukan secara membuta tuli.


“Bagaimanapun, lebih membimbangkan apabila golongan ‘shopaholic’ tidak begitu berwang kerana keinginan yang keterlaluan untuk memiliki sesuatu boleh menjadikan mereka sanggup berbuat apa saja termasuk mencuri,” katanya.

Zulfikar berkata, kebiasaannya tabiat itu sering kali berlaku kepada mereka yang mempunyai wang walaupun cuma sedikit, malah secara realitinya keinginan akan meningkat jika kemampuan juga semakin tinggi.

Katanya, selain mencuri, gejala itu juga mampu mencetuskan masalah lain antaranya obesiti khususnya bagi yang gemar membeli makanan mengikut nafsu atau sering menghabiskan masa makan di restoran makanan segera.

Malah, menurut beliau, gara-gara meminjam untuk berbelanja, interaksi sosial dengan pemiutang juga akan terjejas lebih-lebih lagi orang yang meminjamkan wang itu adalah rakan sendiri.

“Secara amnya, gejala ini memang jelas perlu dikawal kerana ia lebih banyak merugikan antaranya berhutang, mencuri, bermasam muka dengan rakan sendiri, gemuk dan sebagainya,” katanya

SUMBER

6 comments:

  1. saye bukan kaki shopping!! hihihi....bebas dr ancaman...ngeh3

    ReplyDelete
  2. MQ shopaholic jugak... Tapi sedar diri... Kalau takde duit, buatlah cara takde duit... Jngan window sopping... Bahaya... Hehehe..

    ReplyDelete
  3. seb baik saya kaki holiday je.. bukan kaki shopping. ehehehe~

    ReplyDelete
  4. huhu aku ada penyakit ni
    tp berpada la..kalo xde duit tu takat beli 1 wet tisu kt watson pn da hepi
    :)

    ReplyDelete
  5. berbelanja la dgn berhemah...peringatan utk diri sendiri jugak...:)

    ReplyDelete
  6. wooowww scary...nasib baik saya ni jenis kuat antibodi...hehehhee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......