Friday, June 29, 2012

Rasa Nak Berehat...Pantai or Jeram?


Aku dah penat...inginkan rehat...tp x tau nak pi mana...ingat nak pi sebelum puasa..
ye la..kang pi time puasa ada ckp aku gila..panas2 buta kan..bercuti amenda time puasa..Bulan September nak terbang ke China dah..
Kalau korang kat tempat aku la kan...which one you prefer?
Pantai / Jeram?

 Rindu nak dengar desiran ombak
 rindu nak rakamkan keindahan pantai
 Rindu nak meniti titian batu.. > ni jeram kat kg aku
Rindu nak menikmati kesegaran air jeram dan bunyi deruan airnya...ececece......

Arghhhhhh!!!!!!Aku penat....
Aku nak rehatttt....Aku nak tenangkan fikirannnnnnnnnnnnn...

**mood bercuti...tp xde plan lagi..acaner tu Johan?**

Sepetang Bersama Si Kembar..


Salam Jumaat u olls, aku agak busy dari pagi tadi...sarapan pun sambil buat kerja..
actually xde bahan nak update..tgok2 folder pic..rasanya aku tak kongsi lagi citer ni...


sebelum masuk bergambar dulu
Aressa dan Adelia
masam jer muka naper ni...
jumpa pasangan kembar jugak..tp ni kembar boboiboy..
org lalu lalang confirm berenti tgok dorang dan interview Ibu eh..
naik benda ni pun muka siyes
Aressa dan Ibu
berenti isi minyak jap
belajar tatih
ayah melayan
kita makan dulu...

At last tertidur mcm ni....

memang masa tu time utk diorang tido pun kan...

Thursday, June 28, 2012

Tuala Wanita Kain???Ok Ke???


BUTANG...terdapat butang pada bahagian sisi tuala wanita bagi mengelak beralih posisi ketika dipakai.
BUTANG...terdapat butang pada bahagian sisi tuala wanita bagi mengelak beralih posisi ketika dipakai.
SEBELUM penghasilan tuala wanita moden, pada zaman dulu, sebahagian besar wanita hanya menggunakan tuala atau lipatan kain yang dikoyak kecil sebagai alas ketika datang bulan. Kain ini kemudian dibasuh, dikeringkan dan diguna semula sehingga kedatangan haid berikutnya.
Jika perkara ini disampaikan kepada anak gadis zaman sekarang, tentu ada yang akan tergelak atau paling tidak mencebik bibir tanda tidak sanggup meneruskan tradisi ini. Antara alasan yang mungkin diberikan leceh, renyah, susah dan tidak praktikal berbanding tuala wanita pakai buang yang lebih senang diurus..


Namun ketika kali pertama diperkenalkan dengan tuala wanita fabrik ini, bentuk yang menarik dan comel menambat hati penulis. Ditambah pula penggunaan warna ceria dan terang pada fabrik polos atau bercorak serta disimpan kemas di dalam kotak, menjadikannya bukan seperti tuala wanita. Malah rakan penulis mengatakan tidak sanggup memakainya kerana rekaannya begitu cantik, unik dan moden.

Menurut Pengarah Urusan Lovelure Holdings Sdn Bhd yang juga pengeluar tuala wanita Sakura, Marsyita Abd Wahab, idea mengeluarkan tuala wanita fabrik itu selepas mendapati penggunaan lampin kain untuk anak bongsunya begitu praktikal dan menjimatkan. Malah tiada kesan sampingan seperti ruam lampin atau kegatalan pada kulit.


“Saya tertarik mengaplikasikan penggunaan lampin kain kepada tuala wanita selepas melihat kelebihan pada anak bongsu saya. Selepas bertemu rakan yang menjahit dan memakai sendiri, saya terus membuat sedikit kajian dengan membeli tuala wanita fabrik dari Amerika Syarikat dan Jepun kerana di sana pemakaian tuala wanita kain sudah begitu meluas. Namun pembuatannya lebih nipis dan kurang praktikal dengan keadaan dan cuaca di Malaysia.

“Lalu saya membuat sedikit pengubahsuaian dengan merujuk kepada gaya hidup wanita pelbagai peringkat usia,” katanya yang menjadi pengguna terlebih dulu sebelum memasarkannya kepada orang ramai.

Menyedari pelbagai penyakit seperti kanser serviks yang meragut banyak nyawa, dia terpanggil menghasilkan produk dalaman mesra alam serta tidak menggunakan bahan kimia.

“Sebenarnya, tuala wanita pakai buang yang ada di pasaran kebanyakannya bukanlah 100 peratus kapas, sebaliknya diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan klorin seterusnya menghasilkan bahan kimia dioksin. Apabila lembut, lapisan ini dijadikan tuala wanita dan digunakan di seluruh dunia,” ujarnya.

Namun apa yang menjadi masalah, setiap tahun hampir 143,000 nyawa wanita diragut gara-gara menghidap kanser serviks dan salah satu penyebab kanser ini ialah kegagalan wanita menjaga kebersihan bahagian faraj terutama ketika haid atau menjalani kehidupan seharian.

Penggunaan tuala wanita pakai buang yang lama akan menyebabkan celahan paha dan faraj melecet. Malah pengudaraan yang kurang menyebabkan faraj tidak bernafas dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Ini menyebabkan risiko wanita berumur dijangkiti penyakit faraj seterusnya kanser serviks.

Penggunaan tuala wanita pakai buang juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar kerana bahan ini mengambil masa berpuluh tahun untuk dilupuskan dan membebaskan toksin ke udara.

“Bayangkan sekiranya wanita menggunakannya sejak berusia 10 tahun sehingga 50 tahun, berapa banyak sampah yang sudah dikeluarkan dan ini sudah tentu mencemarkan alam sekitar,” ujarnya.

Menyedari banyak kelebihan diperoleh bukan saja daripada sudut kesihatan dan alam sekitar, Marsyita mula mereka, memilih warna dan fabrik bersesuaian dengan mengambil kira keselesaan wanita. Nama Sakura dipilih memandangkan pohon yang subur di Korea dan Jepun ini berbunga mengikut musim tertentu. Begitu juga wanita yang mengalami haid pada setiap bulan yang diibaratkan seperti bunga sakura yang segar dan menjadi perhatian.

Marsyita yang turut mengeluarkan produk kesihatan dan penjagaan dalaman wanita Sensa Series dan Ayuzip Series memberitahu, penggunaan tuala wanita Sakura sama seperti tuala wanita sedia ada. Apa yang membezakannya ialah daripada segi fabrik iaitu 100 peratus daripada kapas, buluh dan minky. Namun ketiga-tiganya mempunyai perbezaan tersendiri. Kapas dan organik buluh mempunyai kelebihan kerana melenyapkan masalah bau yang tidak menyenangkan kerana ia lebih senang bernafas, tidak memberi rasa melekit dan berpeluh berbanding tuala wanita pakai buang.

“Berbanding kapas Korea dan China, saya mengambil kapas dari Amerika Syarikat kerana fabriknya lebih lembut dan lambat luntur justeru, ia tahan sehingga 10 tahun. Fabrik minky mempunyai dua jenis bulu iaitu panjang dan pendek serta memberi keselesaan ketika haid dalam keadaan tenat. Namun saya lebih menyukai kapas dan minky kerana corak dan warnanya pelbagai dan moden,” jelasnya yang percaya pemakaian tuala wanita kain mampu meningkatkan keyakinan diri si pemakai meskipun ia tidak dapat dilihat khalayak.

Bagi memastikan tahan lasak dan tidak bocor, setiap rekaan dilapisi bahagian kalis air yang mempunyai aliran udara yang baik, tidak panas dan berkuap. Malah pemilihan fabrik bermutu menjadikan setiap tuala wanita mempunyai daya resapan dan menakung cecair dengan kuat dan tahan lama.

Malah warna terang dan ceria pada fabrik adalah sifat semula jadi wanita yang sukakan kecantikan terutama dalam penampilan. Jadi dengan memberi kelainan pada tuala wanita mereka mempunyai pilihan memakainya.

Bagi menjadikannya lebih unik dan selesa, berbanding tuala wanita pakai buang yang mempunyai pelekat, jenama Sakura disertakan butang bagi mengelak beralih posisi ketika dipakai. Lebih penting ia bukan saja sesuai ketika haid malah selepas bersalin atau mengalami masalah kencing tidak lawas.

“Jangan bimbang kerana butang ini tidak menjejaskan pemakaian, malah tidak mendatangkan rasa sakit sekiranya wanita dalam keadaan aktif,” jelas Marsyita.

Ditanya bagaimana sekiranya dipakai di tempat kerja atau ketika bersantai ke pusat beli-belah yang memerlukan wanita menukar tuala wanita mereka, menurut wanita kecil molek ini, ia tidak menjadi masalah kerana tuala wanita boleh disimpan di dalam beg khas.

Selepas pulang ke rumah mereka boleh mencuci seperti biasa. Cara pembersihannya pula sangat mudah dan sama seperti tuala wanita sedia ada. Cuma selepas memakainya ia perlu direndam dan dibasuh begitu saja, tidak perlu
diberus, memadai menyental dengan tangan. Elakkan menggunakan bahan pelembut pakaian bagi memastikan tuala wanita kitar semula ini tahan lama.

“Ini kerana bahan pelembut akan membuatkan tuala wanita mempunyai kurang daya penyerapan. Sebaliknya pengguna diingatkan menggunakan pencuci faraj bagi mengekalkan kelembutan serta daya tahan serapan apabila dipakai. Jika dijaga ia mampu bertahan sehingga 10 tahun bergantung kepada cara penggunaan,” katanya.

Bagi memberi pilihan, tuala wanita Sakura didatangkan dalam beberapa ukuran iaitu pelapik seluar dalam untuk kegunaan harian, maxi untuk pengeluaran pada waktu tenat, kegunaan malam dengan saiz lebih panjang dan lebar serta selepas bersalin.

“Bagi mereka yang ingin mencuba boleh membeli set biasa dengan 12 jenis tuala wanita dalam pelbagai ukuran,” katanya yang kini dalam proses mendidik orang ramai mengenai kelebihan menggunakan tuala wanita kain.

Marsyita tidak menafikan mungkin ada pihak yang ragu-ragu dengan kebaikan tuala wanita kain ini kerana menganggap tidak praktikal dan tidak sesuai untuk wanita berkerjaya. Ada pula yang bersetuju kerana menganggap ia idea yang bagus selain menjimatkan.

“Saya percaya apa juga yang baru dan belum dikenali ramai agak sukar diterima.
Namun saya yakin mereka yang mementingkan kesihatan dan alam sekitar pasti tidak menolak menggunakan tuala wanita kain kerana banyak kebaikan diperoleh dalam jangka masa panjang. Mungkin buat permulaan mereka memerlukan keyakinan untuk mencuba,” katanya yang menerima maklum balas positif orang ramai yang mengakui sangat selesa menggunakannya serta tidak lagi menghadapi masalah kegatalan dan keputihan.

Manfaat penggunaan tuala wanita kain


  • Wanita yang bertukar ke penggunaan tuala wanita kain terselamat daripada bahaya bahan kimia dioxin yang wujud dalam tuala wanita dan tampon pakai buang.
    Walaupun jumlah akhir dioxin yang wujud adalah kecil, bahan kimia ini boleh berkumpul di dalam badan kepada jumlah yang berbahaya selepas penggunaan berterusan. Dioxin dikaitkan dengan penyakit seperti endometriosis, keradangan pelvik, kanser payu dara, kanser ovari, kecacatan bayi, keguguran, masalah kesuburan, diabetes dan kerosakan sistem imun.

  • Tuala wanita kain tidak mempunyai pewangi atau penyah bau. Penggunaan pewangi yang ditambah semasa pemprosesan tuala wanita pakai buang boleh menyebabkan radang kulit dan mengganggu kestabilan faraj. Plastik yang digunakan untuk lapisan kering boleh menyebabkan masalah kulit, faraj dan kegatalan.

  • Anggaran penggunaan tuala wanita bagi seorang wanita adalah di antara 25 hingga 35 tahun. Sepanjang tempoh ini, mereka akan berbelanja sebanyak RM3,500 sehingga RM7,000 (bergantung jenama dipakai) dan penggunaan pelapik seluar dalam pula melebihi perbelanjaan pembelian tuala wanita. Oleh kerana tuala
    wanita guna semula dan juga pelapik seluar kain kapas boleh dibasuh dan dipakai semula, wanita sudah tentu boleh berjimat bagi tempoh yang agak panjang.


  • SUMBER

    Housemate Baru


    Alhamdulillah akhirnya dah dapat housemate baru...ari tu sibuk aku masukkan iklan sana sini kan..kat blog ni jer 2 kali aku masukkan...bukan apa..mula2 dah dapat dah...pas tu 15hb ari tu dia decline..x jadi masuk..
    dia dah bayar booking kira burn la kan..dah last minute, dah la kunci pun x pulangkan..until today..lagi 10 hari nak masuk bulan baru..
    ramai gak yang request tp dorang ni x baca iklan..hari2 ada orang call tp Indian..aku dah tentu2 letak kat iklan tu Malay female lady...aku yang slah letak iklan ke or diorang yang sengal?
    tunggu punya tunggu akhirnya dapat la sorang ni..umur 33 tahun kerja kat Sime Darby Convention Centre
    malam tadi dia dah masuk...lega hati aku sebab dia nak duduk lama..
    to the new housemate...
    WELCOME BEB...
    **Harap2 dia xde la timbulkan apa2 masalah lepas ni**

    Souvenir Dari Paris


    Alhamdulillah bertambah lagi koleksi keychain aku...boss aku balik dari Paris last week tp this week 
    baru dpt souvenir..huhu...org penting company always sibuk...
    ntah apa angin dia ntah siap hulur Samosa....tau la...x lama lagi nak tinggalkan kitorang kan...layankan aje la...dah la until today belum tau sapa yang gantikan dia...

     Antara keychain yang ada dan bukan aku yang punya...ini yang tinggal setelah dirembat oleh yang lain2...
    fridge magnet 2 ketul ni xde sapa yang nak..maybe bagi kat yang xde hari ni coz diorang travel oversea.. 
    haaaa...ini baru aku punya...lawa kan...lawa kan...
    baik korang kata lawa...kalau x..aku tak nak update dah...hahahahaha...ok la..2 entry autopublish aku dah kena delete dek hantu...nasib baik entry tuh ringan jer...hanya lirik lagu ngan pasal keta aku rosak..
    aku malas nak meroyan bagi...lantak la...mood aku happy sbb aku dah dpt housemate utk bilik besar tu...
    alhamdulillah..nanti akuciter kat next entry eh...

    -adios-

    Wednesday, June 27, 2012

    Wordless Wednesday > Dapat No 4?


    Report Card Dah Dapat hari ni..

    Dania dapat no 4

    Banyak main ni....markah keseluruhan dalam kelas 84%, sipi2 je nak dapat no 3 beza satu markah je lagi

    mama marah?

    oh...tak la...cuma after this kena lebihkan tumpuan lagi...kurangkan tgok tv...lebihkan study

    Bahasa Arab dan Pendidikan Islam B, yang lain semua A

    * Kalau masa mama kecik2 dulu...dapat no 4 confirm kena sebat..*

    Facebook ubah alamat e-mel penggunanya


    NEW YORK: Jika anda tidak melihat maklumat kawan Facebook anda untuk seketika, ia mungkin akan mengejutkan anda.

    Rangkaian sosial dengan 900 juta profil itu telah mengubah alamat e-mel penggunanya dan menggantikannya dengan alamat yang berakhir dengan ‘@facebook.com.’ Perubahan itu berlaku semalam apabila setiap akaun e-mel peribadi individu digantikan dengan alamat yang dirasakan Facebook akan digunakan anda. Ini bermakna sesiapa yang mencari anda di Facebook dan ingin menghantar e-mel kini boleh melihat @facebook.com atau anda menukarnya secara manual.

    Ini bermakna e-mel itu akan muncul melalui mesej Facebook dan bukan akaun lain. Facebook mendakwa perubahan itu bagi melindungi privasi pengguna dan keselamatan dengan tidak memaparkan alamat e-mel peribadi tetapi alamat e-mel laman itu yang lebih umum.

    Jurucakap Facebook berkata: Sebagaimana kami mengumumkan April lalu, kami mengemas kini alamat di Facebook bagi menjadikan ia konsisten dengan laman kami.

    “Sebagai tambahan, setiap individu menerima alamat, kami juga membuat reka bentuk baru yang memberi pengguna pilihan untuk memutuskan alamat mana yang mereka ingin paparkan.

    SUMBER

    Ukur Baju Kat Badan Sendiri..

    Apasal plak tajuk aku hari ni mcm ada kontroversi jer...
    Actually ada staff kat department aku ni...lelaki..decided utk kahwin bulan December ni...dia baru jer setahun lebih kerja as engineer..gaji pun x cecah RM5K lagi...umur baru 25 tahun...
    Masalah dia yang aku nak share kat sini hanyalah tunang dia ni sangat2 demand...padahal x kerja pun lagi...tgh belejar amik jurusan kedoktoran...tapi universiti dalam Malaysia jer la...knowing diorang nak kahwin ni..si lelaki ni..aku namakan F jer eh...dah start buat persiapan...masalah dia sekarang gf dia ni sgt2 demand, hantaran RM10K which is aku rasa normal la skrg hantaran banyak tu since ko belum kerja and masih belajar..tapi!!!!segala baju gf ngan mak dia ni..F dah belikan which is habis around RM2K beli kat KLCC....hantaran 7 dulang x nak biasa2...nak dalam kaca...kenduri kat rumah x nak...kat dewan sebab gf dia ni anak some body which kos utk dewan half si F ni yang tanggung...now kita citer bab cincin plak...
    Habib Jewels x nak tau....nak Tiffany & Co ..knowing si F dia memang x mampu..
    F tanya pendapat aku..aku ckp 1 benda jer....
     Kalau aku kakak ko...dah lama aku nasihatkan ko LUPAKAN AJERLAH niat ko nak kahwin ni...
    kalau betul orangnya dia takde nak susahkan ko...xde nak demand segala benda..semua nak ekslusif dah la nak kahwin tergesa2 mcm dah desperate sgt..umur mcm ko ni dik..ko lelaki..its the time to earn money..kumpul segala aset, impian..bantu mak ayah ko yang dah susah tolong sekolahkan ko sampai jadi engineer..bukan cepat2 cari BINI yang banyak kerenah mcm ni..sorry to say la dik...kalau akak jadi ko...
    GOODBYE je kat gf ko ni...ramai lagi perempuan lain, berlambak yang ok yang boleh buat bini...
    buat apa nak jadikan bini kalau akhirnya ko menanggung segala kehendak dia masa ko nak kahwin...
    UKUR BAJU KAT BADAN SENDIRI DIK...
    Jangan lepas kahwin ko menanggung hutang dah la...
    Aku plak yang stress ngan perangai gf dia ni...aduyaii..alhamdulillah aku ada adik lelaki sorang jer..kalau ada ramai..confirm aku stress sepanjang hayat...

    Ada sesiapa Rindu LISA????


    Di awal blog ni wujud...ramai yang lebih mengenali Lisa dari aku kan?
    lepas jer Lisa bersalin dia decide nak stop blogging..so sejak tu
    aku yang take over...
    kalau ada sapa2 yang rindu dia..haaaaa...tatap la
    gambar terbaru dia ni....dengan anak kembarnya yang sgt2 lasak..dan suami eh..
    jgn korang terperanjat plak tgok dia dah jadi mcm ni...
    hahahahahahaha...
    hati senang ada abang sayang kan.....

    Sapa Suka Ikan Keli????


    Hari ni Rabu...wordless wednesday kan..aku x nak la...wordless2 ni...
    mcm x best jer satu entry utk hari rabu...

    Meh citer pasal ikan keli plak...atau separuh orang panggil ikan sembilang...aku x kisah apa nama pun aku
    memang penggemar ikan keli...ada org geli kan..aku xde de...sedap lemak2 gitu...
    Jumaat malam nanti nak balik kg...aku dah pesan kat abah siap2 beli ikan keli banyak2 boleh salai...
    buat gulai ikan keli salai campur pucuk ubi....aduhaiiiiiiiii....heavennyer....

     pic di google
    pic google..

    Kalau la dpt buat mcm tu kan best....cicah air asam ...kicap cili ker...confirm abih 10 ekor without nasi...
    eh ...x leh jadi la..nak call abah suh beli banyak2...
    heppp!!!jgn tamak.....tamak haloba amalan setannnnnn....
    tp memang kena beli banyak sebab semua balik kg..beli sikit kang confirm x cukup kan..
    nanti aku review pasal ni eh...lambat lagi kejadian eh...
    sajer nak feeling2 ( sbnrnya xde idea..hihihihi..)

    Tuesday, June 26, 2012

    Ni la kerja 3 Org Anak Dara Aku...


    Kalau ketiga2nya dah berkumpul...gamat rumah...bising..sorang ni kuat menjerit..sorang ni asyik menangis..
    ngan ada yang besar suka mengusik...tapi kalau takde..senyap sunyi plak rumah..
    Ni la ragam anak2 aku...

    Kakak ajar adik baca alif ba ta..Adeliya tergaru2 kepala nak ikut..
    at last dia malas nak layan kakak..dia belek2 majalah Upin Ipin yang dah lunyai diorang kerjakan
    Ntah katun apa yang buat diorang ralit...kakak melayan...

    Buah2 hati mama ni...jgn nakal boleh tak?
    kesian kat Wan la...Atuk pun dah x leh nak pakai elok2 duk rumah..asal pakai elok jer..masing2 kerumun
    ingat atuk nak pi kuar jalan...pandai betul...siap dah set time..
    agak2 dah sampai time..atuk duduk diam jer..terjerit2 la diorang ajak atuk jalan
    dah tu...sapa plak yang ajar kan...ikut kan ajer la Atukkkk.......

    Tak Nak Kawan Mama!!!!!


    Apa Kesssss????


    anak dara aku ni la....buat lawak sampai aku gelak guling2....( kuang ajo mama ko kan?)
    Aku tengok video klip Patah Seribu tuh....giler best lagu tu...
    tgh leka2 aku ralit tgok tv...
    terus dia dtg kat aku....
    "mama....kawan dania cakap kan...suara dania macam Shila Amzah ni la..."
    "what?????????"
    aku terus gelak x hengat...giler perasan anak aku....suara dia memang la sedap bila nyanyi...
    tp xde la sama ngan Shila Amzah tu....
    aduhaiiiiii...masa taip ni pun aku gelak lagi...x leh ingat la...terus dia x nak kawan aku...
    eleh...ckp time tu jer..x sampai 10 min ..dtg berkepit kat aku jugak...hahahahaha....
    Dania...Dania...macam2 hal la...
    sebab tu la mama sayangggg sgt kamu...

    Wedding Lagii...dan Lagiii....


    Aduhhh...majlis kawen lagi...tak pi kang..orang dah jemput..x baik tak pergi kalau xde halangan kan..
    actually xde la rapat sgt ngan sedara belah Abah ni...tp dah kena paksa pi...maka berduyun2 la pi kan....

     giler lama aku peram citer ni...striking kan kaler baju perantin ni...
     pengantin perempuan ni..kazen Abah aku...kira..mak cik la pangkat dia kat aku...
     Abah aku ckp..ikut jer..sok2 abah dah takde korang x kenal sedara..-betul jugak kan??
     meja makan beradap
     anak dara aku bab posing x leh sapa pun lawan...
     bersanding...
     candid masa nak balik...
     amboiiiii....korang tgok anak dara aku pose...#sentapatimaknak....
    pelamin yang indah...

    Kepada pengantin..selamat pengantin baruuuuu...ooooo kahwin ngan orang dekat2 situ jugak....
    senang..x yah gaduh2 nak balik raya mana dulu...
    eh..eh....

    Pokok Kelapa Yang Secoet...


    Sikembar ni lambat tul nak panjang rambutnya...until today xde rambut..punya la lama nak buat pokok kelapa..umur dah setahun baru dpt secoet tuh jer....
    nak ikat kena bersilat dulu ok...kalau x memang x kan dapat hasil mcm dalam gambar tuh...

     Adeliya dan Aressa..
     duk dalam stroller pun x leh dendiam...ada jer yang dorang nak buat..skrg makin melasak..
     Adeliya adalah Si Comel..
     Aressa plak adalah Si Manja...
     tgok Adeliya ni...nampak kan..rambut pokok kelapa yang seciput secoet...
     Mak Teh suap kentang KFC masa tunggu Acu touchdown kat LCCT
    masa ni behave sikit sebab dah dapat ekon...payah nak parking kat LCCT..

    Sikembar ni belum dpt berjalan lagi...
    tanya doc pakar kenapa sebab dah setahun dah umur diorang kan...actually kembar memang lambat
    menurut kata doc pakar..so.sabar la eh...tp dalam pada belum berjalan tu...tangga kat umah tu dah lepas dah 2 mata..gril pintu dah lepas dah panjat...x padan ngan gegurl...


    My Favvy Pari Bakar Yang Sexy...


    Menu Sabtu lepas..beli ikan pari 2 keping besar..RM15.00...belah2 dapat la rupa yang macam dalam gambar tu...dah lama sebenarnya x makan ikan pari ni...kalau buat masak asam sedap kan...
    nak2 asam pedas melaka

     ikan pari yang dah dibersihkan
     marinate ikut sukaati aku...aku yg nak makan..aku nyer suka letak apa...
    hihihi..
    kunyit serbuk, garam, serbuk kari ikan adabi, sos tiram ngan lada sulah..
     gaulkan dan perap 1/2 jam..
     bakar atas kuali leper ni jer...guna dapur gas..dapur arang ada..x kuasa aku nak hidupkan api arang..
    leceh...
    Hampir2 masak...
    Gambar dah masak aku x amik sebab dah abih..lapar giler time tu...masing2 x ingatkan aku amik gambar
    yeeeehaaaaa....puas hati..
    cicah ngan air asam and kicap cili plak tu....
    tambah nasi 2 kali...kenyang sampai ke malam...
    aku sebenarnya terlupa nak amik gambar tempoyak yang mak aku buat..berbotol2 dalam peti ais tu 
    buat stok..next week la eh..aku balik next week aku amik gambar and review..