Friday, May 18, 2012

Ady Putra tak sangka kebahagiaan terlerai


KUALA LUMPUR: “Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. “Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya

SUMBER 

5 comments:

  1. lorrrr....bercerai ke?.....jodoh maut kuasa Allah...moga ade hikmah disebaliknyer....

    ReplyDelete
  2. x sangka..tapi itulah jodohkan..moga mereka temui kebahagiaan satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. kita hanya merancang,,,mungkin ada hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete
  4. itulah nama nya jodoh pertemuan kan..tak sangka ..hmm no komen bab ni..semoga mereka mencari jalan penyelesaian

    ReplyDelete
  5. Moga mereka kuat dan tabah menghadapinya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah