Sunday, May 27, 2012

Jom Diet


Sharing Is Caring


Kalau x nak di makan usia...jom makan waktu malam...
nak awet muda x???
ikut la Diet Rasullullah...

Saturday, May 26, 2012

Penting curiga pelayar Internet


KUALA LUMPUR: Sikap sentiasa curiga dan tidak mudah mempercayai seseorang yang hanya dikenali menerusi laman sosial Internet penting bagi mengelak menjadi mangsa penipuan sindiket yang sentiasa menunggu peluang mengambil kesempatan.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, pengguna Internet jangan cepat percaya sehingga mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak diketahui identitinya.

“Terdapat pelbagai taktik sindiket penipuan di Internet untuk mencari mangsa, ada yang mahu menjalin hubungan cinta, mencari rakan kongsi perniagaan selain menawarkan kekayaan, tetapi sebaliknya ia penipuan ‘Black Money’.

“Di sini, rasa curiga sangat penting apabila dihubungi pihak tertentu di laman sosial yang kononnya mahu menawarkan pelbagai perkara termasuk cinta kepada pengguna Internet bagi mengelak mereka terjebak,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang wanita menyerahkan RM5 juta hasil penjualan harta bendanya termasuk banglo mewah selepas jatuh cinta dengan seorang ‘Jeneral Tentera Amerika Syarikat’ yang dikenalinya di laman sosial tanpa menyedari dia diperdaya. Curiga dengan sikap ibunya yang menjual banglo mewah bernilai RM3.5 juta selain meminjam daripada sanak saudara, anak lelakinya membuat laporan polis, September lalu. Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota JSJK Polis Cheras menahan 15 lelaki Nigeria dipercayai pelajar kolej swasta berusia 25 hingga 30 tahun di Subang dan Kota Damansara dan seorang wanita berusia 52 tahun

SUMBER



Update Si Kembar


Ni last week nyer citer...macam2 ragam si kembar ni yang bisa mencuit hati sesapa je yang tgok
yang penting diorang ni cepat faham...dan cepat belajar...
masing2 ada kelebihan dan kelemahan yang susah untuk aku jelaskan...
sesapa yang ada anak kembar jer akan faham...tgok diorang membesar depan mata aku...
rasa mcm x percaya...begitu cepat masa berlalu...dah genap setahun usia keduanya...

 Aressa..cubaan kacau Uwan baca paper...
 tgok la tu..
 macam la paham sgt nak baca paper...
 x puas hati Uwan x bagi usik paper
 datang plak kakak...terus aku ckp...sayang adikkkk...dia terus kiss Aressa
 alololo...sweet jer
 adik plak menepis...ish adik ni....kakak nak sayang ni....
 Mmmuah...sayang adikkkk
At last jadi mcm ni....
Adeliya suka kacau adik...Aressa plak manja..x boleh silap sikit mesti nak nangis...
macam2 karenah....kelakar..
semoga keduanya membesar menjadi anak yang membanggakan ibu ayahnya..
amin...


Friday, May 25, 2012

'Elok jaga tepi kain orang’


DALAM keasyikan masyarakat memperkatakan mengenai isu kehilangan kanak-kanak, ia ibarat ledakan mercun yang sentiasa berkait. Boleh dikatakan setiap hari ada saja berita membabitkan pelbagai kisah duka kanak-kanak yang berpunca daripada kecuaian ibu bapa atau penjaga.

Antaranya meninggal dunia kerana lemas, dilanggar ibu bapa, digelek pembajak, lemas di dalam kereta, tersedak susu, didera pengasuh, terjatuh kolam dan terkena renjatan elektrik yang sepatutnya boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memberi sepenuh perhatian terhadap keselamatan anak-anak.
Dengan banyak kes yang berlaku hampir setiap hari, seolah-olah nyawa kanak-kanak bagaikan tiada nilai. Siapa yang harus dipersalahkan, ibu bapa, pihak sekolah atau masyarakat? Adakah dengan mengetatkan undang-undang dan menjatuhkan hukuman setimpal kepada ibu bapa dan penjaga satu langkah bijak bagi memberi pengajaran supaya perkara ini tidak berulang?

Menurut pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga Ahli Majlis Penyelaras Pelindung Kanak-Kanak Malaysia, Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, di dalam Akta Kanak-kanak, Seksyen 33 ada menyebut mengenai kesalahan ibu bapa atau penjaga yang membiarkan anak-anak tanpa pengawasan orang dewasa atau meninggalkan anak-anak untuk suatu tempoh yang tidak munasabah atau membiarkan mereka dalam keadaan yang tidak munasabah, ibu bapa atau penjaga yang melakukan kesalahan ini, boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.


Persoalannya, pernahkah pendakwaan dibuat dan jika tiada, kenapa? Jika pihak polis masih menganggap perkara seperti ini lumrah kehidupan dan takdir, maka semakin ramai ibu bapa tidak bertanggungjawab terlepas daripada hukuman sedangkan mereka secara sengaja mendedahkan anak-anak kepada bahaya.

“Misalnya ibu bapa bekerja yang meninggalkan anak di rumah tanpa pengawasan pembantu rumah atau keluarga terdekat, membiarkan anak keluar bermain di tepi jalan atau taman permainan tanpa pengawasan orang dewasa, juga membiarkan kanak-kanak yang baru boleh berjalan bersendirian sehingga menyebabkan lemas atau terkena renjatan elektrik sudah tentu semuanya berpunca daripada kecuaian penjaga.

“Begitu juga sekiranya ibu bapa meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan dan mendedahkan mereka kepada peluang melarikan diri dari rumah, sudah tentu ibu bapa boleh didakwa bagi kesalahan di bawah peruntukan ini,” jelasnya.

Dalam hal ini kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa kerana mereka masih belum boleh berfikir perkara baik dan buruk.
Di dalam Islam juga tidak membenarkan anak-anak terutama gadis keluar tanpa ditemani muhrim. Ini kerana menjadi tanggungjawab wali iaitu bapa memastikan keselamatan anak-anak sehingga mereka mendirikan rumah tangga.

“Namun kini, ibu bapa memberi kebebasan dengan membenarkan mereka keluar bersama rakan. Ada pula yang langsung tidak bertanya siapa kawan dan ke mana mereka pergi. Sikap terlalu terbuka dan memberi kebebasan ini akhirnya akan membawa padah,” katanya.

Tambah Prof Noor Aziah, cara didikan ibu bapa pada masa dulu seharusnya diterapkan kembali kepada anak-anak. Dengan pelbagai kes yang berlaku sekarang, mendisiplinkan anak dengan mengadakan peraturan ketat seperti melarang keluar rumah kecuali ke sekolah atau aktiviti berkaitan, menemani anak ke mana saja serta melarang bertandang ke rumah rakan mampu mengelak perkara buruk.

“Saya masih ingat dulu kami adik-beradik langsung tidak dibenarkan bermain di rumah rakan. Jika ada hanya ketika belajar mengaji al-Quran dan biasanya dihantar dan diambil ayah. Malah kami tidak dibawa ke pusat beli-belah atau majlis kenduri. Tidak pernah memilih baju raya sendiri kerana semuanya disediakan ayah,” jelasnya.

Keadaan ini berbeza dengan anak zaman sekarang kerana sejak kecil mereka didedahkan dengan persekitaran pusat beli-belah, majlis keraian dan pusat hiburan. Bukan tidak boleh membawa anak, tetapi sekiranya ibu bapa sendiri leka, cuai dan tidak mampu mengawal tingkah laku mereka baik ditinggalkan saja di rumah.

Menceritakan pengalaman ketika menetap di United Kingdom, dia tidak pernah meninggalkan anak-anak bersendirian, malah ketika mengunjungi pusat beli-belah tangan anaknya diikat menggunakan abah-abah supaya tidak hilang. Sehingga ke hari ini walaupun mereka sudah remaja, dia tetap mengawasi pergerakan mereka.

“Memang saya seorang yang sangat mengambil berat keselamatan anak-anak. Sejak kecil saya tidak pernah membenarkan mereka keluar bersendirian atau bersama rakan sehingga usia 18 tahun. Itu pun mesti ditemani saudara-mara misalnya sepupu. Memang saya sentiasa beringat kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Jika kita sudah menjaga dan mengawasi mereka namun masih berlaku tragedi, baru boleh dikatakan sebagai takdir,” ujarnya yang mengingatkan ibu bapa supaya tidak melepaskan anak gadis sehingga mereka mendirikan rumah tangga kerana ia di bawah tanggungjawab penjaga.

Ujarnya, kebebasan keterlaluan kepada anak terutama remaja perempuan menyebabkan ada yang lari dari rumah mengikut teman lelaki. Dia yang menjalankan kajian di sebuah sekolah mendapati, kes lari dari rumah berpunca daripada ibu bapa itu sendiri. Rasa kurang senang dan selesa di rumah, ibu kuat membebel, dicabul bapa sendiri, dirogol abang atau saudara mencetuskan rasa kurang hormat terhadap ketua keluarga.

“Sepatutnya rumah menjadi lokasi terbaik mencetuskan rasa aman, tenang dan selesa kepada anak-anak. Konsep rumahku syurgaku harus diwujudkan di rumah. Ini bagi memastikan anak-anak tidak keluar rumah dan menganggapnya sebagai lokasi terbaik bersama keluarga,” jelasnya.

Selain ibu bapa, masyarakat turut berperanan memastikan keselamatan kanak-kanak. Ini boleh dilakukan dengan memberi perhatian sekiranya terlihat anak kecil tanpa pengawasan penjaga.

Amalan menjaga tepi kain orang harus dikembalikan. Ini boleh dilakukan dengan menegur tanpa mengira latar belakang jika ternampak remaja keluar bersama lelaki dalam keadaan mencurigakan. Begitu juga sekiranya ternampak kanak-kanak bersendirian, kita segera menyelamatkan mereka.

“Kemalangan membabitkan kanak-kanak boleh dikurangkan sekiranya mendapat kerjasama semua pihak. Lebih penting ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk perilaku anak. Ini boleh diperoleh sekiranya pasangan mempunyai ilmu keibubapaan yang tinggi. Bukan setakat berkahwin dan mempunyai anak tetapi tahu cara didikan terbaik untuk cahaya mata mereka,” katanya.

Berikutan peningkatan kemalangan serta perbuatan jenayah zalim terhadap kanak-kanak seperti penculikan, serangan, penganiayaan, liwat, rogol dan pembunuhan, ini menunjukkan perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih belum sempurna dan perlu diperbaiki.

Ini diakui Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye yang berpendapat, keselamatan kanak-kanak tidak boleh diambil mudah kerana melindungi kanak-kanak daripada keganasan adalah komponen penting dalam menjaga hak kanak-kanak untuk terus hidup, membesar dan membangun. Ini boleh dilakukan dengan memantapkan dasar perlindungan kanak-kanak menerusi beberapa strategi dan pendekatan yang boleh dimainkan penjaga dan masyarakat amnya.

Merujuk kes penculikan kanak-kanak Nayati Shamelin Moodliar, 12, ketika berjalan ke sekolah berhampiran rumahnya, pihak sekolah perlu mengetatkan kawalan keselamatan.

“Kawalan secara berjalan kaki dan bermotosikal di kawasan sekolah perlu dipertingkatkan. Pihak berkuasa perlu memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di samping memasang lampu di kawasan gelap. Pastikan sesiapa juga yang memasuki kawasan sekolah harus berdaftar dengan pengawal keselamatan.
Walaupun nampak rumit, ia sangat membantu melindungi pelajar sekolah daripada bertemu orang yang tidak dikenali,” ujar aktivis sosial ini.

Selain itu, pihak sekolah harus memperkenalkan mata pelajaran pendidikan keselamatan terutama kepada kanak-kanak di sekolah rendah kerana mereka terdedah kepada banyak risiko seperti diculik.

“Antaranya mengajar cara bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan sekiranya berlaku keadaan merbahaya, berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali dan tidak termakan pujuk rayu mereka. Mereka juga perlu diajar cara menyelamatkan diri jika diculik dengan berlari, menjerit, meniup wisel, menggigit dan meminta tolong dengan sesiapa saja,” katanya.

Dalam hal ini, perlindungan kanak-kanak harus bermula dari rumah. Ibu bapa perlu bertanggungjawab kepada keselamatan anak di samping mengajar cara bertindak balas sekiranya dalam bahaya.

Membawa anak ke pusat beli-belah, tempat makan dan kawasan riadah tanpa pemantauan rapi mendedahkan mereka kepada bahaya. Begitu juga dalam kes anak tertinggal dalam kenderaan atau hilang ketika bermain di taman permainan yang berpunca daripada kecuaian penjaga sendiri.

Katanya, kes sebegini boleh dielakkan sekiranya masyarakat prihatin dengan keadaan sekeliling. Misalnya anak yang bermain di taman permainan, ibu bapa boleh meminta jiran memantau secara bergilir-gilir.

“Walaupun ada beranggapan anak sudah besar dan bersekolah rendah, harus ada rasa takut dan bimbang terhadap keselamatan mereka. Mungkin menjaga anak secara bergilir-gilir dengan jiran dan memantau pergerakan ketika bermain di taman permainan dapat mengurangkan kes diculik atau hilang,” katanya

SUMBER 

Cool Station With Dania


Citer dah lama...x ingat tarikh...muahahaha...biasala aku kan...jiwa kacau...eh eh....alasan x leh blah...
ni masa pi Econsave last week ke last 2 week ke ...abaikanlah..janji ada citer ha...
tunggu my dad..dengan Dania..tgok dia tertinjau2 kat situ  kan...aku pu as a mum...hehehe...tanya la dia..
kakak nak ke air tu...dia mula2 malu2 lipas..erm...erm...at last aku tarik dia bawak pi situ suruh dia pilih..kakak nak yang mana...
so..dia pilih perisa Strawberry...then dia pandang aku lagi ngan muka kesian...aku tanya...knp?
boleh x beli lagi 2 utk Uwan and baby?
aku pun....x nak la kecewakan dia terus kata..ok...kakak pilih...

 tingkah laku dia kat situ la membuat aku x sampai hati utk kata NO kat dia....
 malu2 budak ni aku amik gambar dia...aku ckp..dik akak amik gambar nak masukkan dalam blog...
 ni diorang x perasan...aku dah snap lg sekali...
 amboi...happy dia kan...
 perisa bandung utk Uwan...
 Mocha RM3.50
 Bandung RM3.00
 Hong Kong Milk RM3.00

Dania yang sangat happy bila kehendak di tunaikan...
lebar senyum dia...
sesekali boleh yer ...hari2 sorry....ice blended mcm ni boleh mengundang batuk teruk...


SELAMAT HARI LAHIR SI KEMBAR


25.05.2011 - 25.05.2012
Genap Setahun
Happy Birthday to you....Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Adeliya & Aressa..
Happy Birthday to both of you....
Mama love both of  you so much...nanti kita sambut birthday kamu ye...

Thursday, May 24, 2012

Confirm Naik Darah Tinggi


2 hari makan Steak...now tekak aku dah mual..x leh nak pandang daging dah....
2 hidangan di 2 restoran yang berbeza tapi di tempat sama...aku ada update status kat fb pasal aku makan busat malam ari tuh...
tak tau pesal status tu hilang..terus ada prob fb aku...fb la ni dah gilo kot...

 Hidangan pertama Rib Eye Steak > RM350  untuk satu hidangan..venue The Shook, Starhill Gallery, JW Marriot
Hidangan ke dua dari Jake's, Starhill Gallery,JW Marriot...yang ni lupa rega sebenar...

akibatnya hari ni aku sakit kepala...
sakit yang tak tau nak aku gambarkan mcm mana kat sini...
apakah aku ada darah tinggi????oh tidakkkk....


Dah Punah


Waaaa...dah 2 hari aku x update kan...busy la u olls...semalam aku kat Ritz Carlton...dept buat teambuilding utk project..so..aku kena pi assist la..So seharian aku takde semalam..
so..aku x tau apa nak update...bahan banyak ni..tp kekangan masa x mengizinkan, aku x tau sempat ke tak aku update banyak2 entry...
meh aku citer pasal kasut kesayangan aku yang dah punah...
sedih la...hancur...dah lama x guna kasut ni sebab guna utk special event je..

 kesian kan...

aku letak kat opis jer pun..tp dah lama x pakai dia jadi mcm ni...
ni semua nak kena mintak kasut baru kat cik abg ni...
agak2 kalau aku mintak dapat x?
ke dapat jawapan mcm ni...
bolehhhhhhh.....boleh blahhhh!!!!
oh...sedihhhhhh


Monday, May 21, 2012

Yang Lahir Bulan June...Anda adalah.....


Yeszaaaa...aku lahir bulan June...06.06.1978..kira sendiri umur aku.....tua ke? ada aku kesah...aku rasa aku muda jer pun...Hari2 aku semakin mudah..huhu..pentipu...sajer nak sedapkan hati kan...sedar2 la diri Riz oiii...

hahaha..so kat bawah ni senarai sifat2 meka2 yang lahir pada bulan June..

Aku sebenarnya mencari sesapa jer follower aku yang lahir bulan June..kalau dapat sama tarikh lagi best...
setakat ni aku dah jumpa 2-3 orang...sama tarikh tapi tahun lain2..haaaa....sapa sama tarikh or bulan ngan aku..meh jadi follower aku meh...nanti aku buat entry lain pasal tarikh sama ni eh...

meh kita tengok apa kata atau hasil kajian Dato'Dr. Fadzillah Kamsah..
  • Seorang Berfikiran Jauh Dan Berwawasan
  • Mudah Ditawan Kerana Sikap Baik
  • Seorang Yang Lemah Lembut
  • Agak Moody, Mudah Berubah Sikap Tanpa Diduga
  • Seorang Yang Bersikap Sensitif
  • Sentiasa Berfikir
  • Agak Sukar Melakukan Sesuatu Dengan Segera
  • Bersikap Suka Bertangguh
  • Bersikap Terlalu Memilih Dan Mahukan Yang Terbaik
  • Cepat Marah Tetapi Cepat Reda Dari Kemarahan
  • Suka Bercakap ... Dan Berdebat
  • Seorang Yang Suka Bergurau
  • Seorang Yang Mudah Berkawan
  • Orang Yang Sangat Tertib
  • Mudah Kecil Hati Atas Sesuatu Hal
  • Seorang Yang Suka Mengemas
  • Seorang Yang Cepat Bosan
  • Terlalu Memilih Dan Cerewet
  • Jika Hati Terluka, Lambat Untuk Pulih
  • Sukakan Barangan Berjenama
  • Kedegilan Yang Tidak Dapat Dikawal
  • Siapa Yang Memuji Adalah Musuh, Sesiapa Yang Menegur Adalah Kawan
Betul ke?

Ada ke sifat2 tu kat aku?

Ada la sikit...ini ikut kajian dari Dato' Dr. Fadzillah Kamsah tau...bukan aku saja2 letak..

Malaysia Airlines New Cabin Baggage Policy


Sharing is Caring...mana tau ada korang2 nak pi bercuti x lama lagi...so..kat bawah ni dah ada info tentang baggage..



Dear Valued Customer,
Malaysia Airlines New Cabin Baggage Policy
In preparation for Malaysia Airlines entry into the Oneworld Alliance, the Cabin Baggage policy will be streamlined for all classes of travel systemwide effective 15 May 2012. These changes are in line with industry best practices. 
Class of Travel
Current
Changes eff. 15 May 2012
First
2 pieces of cabin baggage weighing not more than 15 kg (in total)
2 pieces of cabin baggage maximum 7 kg each
Business
2 pieces of cabin baggage weighing not more than 10 kg (in total)
2 pieces of cabin baggage maximum 7 kg each
Economy
1 piece weighing 5 kg
1 piece maximum 7 kg
All cabin baggage shall be declared and weighed at the check-in counters. Checks may also be conducted at various points before boarding by respective airport authorities. If the cabin baggage exceeds the Policy, passengers will be required to pay applicable excess baggage charges and their bags will be placed in the cargo hold. In addition, all cabin baggage must conform to local laws and security measures applied at the respective airports. 
We would like to update all our customers that the Malaysia Airlines Golden Lounge at the Satellite Building will be closed for enhancement and upgrading work from midnight of 8 May to 18 June 2012.
Below is the cabin baggage dimension:
High – 56 cm
Width – 36 cm
Length – 23 cm

You may bring any ONE of the following items with your cabin baggage
*1 notebook/laptop OR a briefcase OR a camera bag OR a binocular bag

Other items allowed:
*1 small handbag
*1 walking stick
*1 fully collapsible baby stroller

Passengers travelling with infants (below 24 months old), may also bring:
*1 piece bag containing baby food and nappies, not more than 5 kg
*1 carry-cot

Frequently Asked Questions?  
1. What is my cabin baggage allowance? 
    • First/Business class 7 kg x 2pieces
    • Economy class 7 kg x 1 pieces.
    • Dimensions for each piece remains at 56 x 36 x 23 cm.

2. What happens if my cabin baggage is too heavy or too large to take onboard? 
    If your cabin baggage exceeds the specifications of the class of travel, the bag will have to be checked-in and
    excess baggage charges will be collected where applicable.

3. What else can I bring onboard apart from my cabin baggage?
    You may bring any ONE of the following items with your cabin baggage
    • 1 notebook/laptop OR a briefcase OR a camera bag OR a binocular bag
       In addition to the cabin baggage, the following personal items are allowed:
    • 1 small handbag
    • 1 walking stick
    • 1 fully collapsible baby stroller

Passengers travelling with infants (below 24 months old) may also bring:
    ••• 1 piece bag containing baby food and nappies, not more than 5 kg
    ••• 1 carry-cot

4. As an interline passenger travelling on MH, would I be affected by the changes in Single Hand
    Carry Baggage Policy (SHBCP) of 7kgs/piece to be implemented 15 May 2012?
    No. If your cabin baggage meets the 7kg policy’s requirement.
    If your cabin baggage does not meet the 7kg policy’s requirement, you will be charged excess baggage.

Please adhere strictly to the above requirement.
Thank you.
Best Regards,
Boustead Travel e-Info

Nestle Bliss Pilihanku...


Korang ada masalah penghadaman?
minum la Bliss...
insyaallah semua masalah tu selesai...
dulu aku amik hari2...lately ni..aku ada masalah penghadaman...aku start minum Bliss ni semula..
now dah ok...
selain Bliss..Vitagen pun ok....

Souvenir From Sabah


Alhamdulillah...murah rezeki di pagi Isnin..my Bff Intan baru balik dari Sabah last week...
bestnya pi jenjalan kan...laki nya ada meeting dia pun ikut sama..

apa aku dapat???
bracelet ..suka....suka,...

 ni yang Intan bagi
 so aku dah ada 3 bracelet..2 tu aku beli kat Sarawak

dah pakai dah pun...suka ngan mutiara tu..walau tak asli tp aku suka..
special thanks to Intan Zarinah...
next time kalau ko pergi lagi...jgn lupa aku tau...hahahaha....


Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata




Aku tak tau la sapa yang duk email aku thru email company...rasa mcm terpanggil utk kongsi kat sini..
bila baca balik dua tiga kali aku memang terfikir...betul jugak kata2 anak polis ni...
apapun ..ni forwarded email..sejauh mana kebenaran..wallahualam...


Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...


Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?


Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...


Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...


Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...


Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?


Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...


Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...


Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?



Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...


Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....


Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....


Amin...

Saturday, May 19, 2012

Bila La Merasa Tanam Orkid ni

Hanya mampu amik gambar pokok kat rumah orang....sendiri tanam xde tempat..tanah pun takde...


Korang suka orkid tak? 

tengok macam senang jer nak tanam kan?

kata orang tanam orkid ni memang susah..sentiasa nak berjaga...kena tanam bawah cahaya matahari

kena buat rumah dia?

orkid ni manja....betul ke?

aku suka jer tgok bunga dia...memang hajat dalam hati tu nak tanam orkid

tp kena ada ilmu nak tanam kan?

ilmu apa?

ilmu tentang orkid la.....

Friday, May 18, 2012

Adeliya With Her Tompok


Adeliya ni sangat suka dengan kucing...x kisah la kucing hidup ke or kucing mainan..kalau kat kampung..of cos umah Mak Lang banyak kucing..dia akan merangkak mengejar si tompok...
so..nak jadikan cerita..kat rumah ada la kucing mainan ni...Dania yang punya...dah lama ada dah kucing ni..so nak bagi dia leka main2 adik beradik..keluarkan kucing ni dan Uwan dah basuh...kucing ni la peneman
si kembar berdua ni...nasib baik Kakak Dania ok...x kisah sbb kucing ni kesayangan dia...

 comel jer muka..mcm rasa nak tampar jer...
 bila sebut...sayanggggg tompok...dia cepat2 peluk dan cium
 ni aksi dia geram...
 mulut siap berbunyi...mmmmmmuah....
 basah telinga kucing tu dia hisap
sayangggggg tompok.....mmmmuah......

nampak macam kelakar tp sweet sgt...bila adik dia Aressa dtg kat dia...kita sebut...Sayangggg adik...
dia cepat2 cium....sweet kan...
hehehehehehe.....macam2 kepandaian diorang...
dah pandai sebut Birdddddd...kalau kita tanya...mana bird....tangan dia laju jer tunjuk kat langit dan sebut...
birdddddd....Aressa plak pandai jugak sebut betul...betul..betul....tp versi dia la....
cuma bunyi dia sama...bila sebut tu...berjejeh2 air liur dia....


Ady Putra tak sangka kebahagiaan terlerai


KUALA LUMPUR: “Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. “Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya

SUMBER 

Thursday, May 17, 2012

Aidil Batal Hasrat Bercerai


‘Saya nak Rita’

SERIUS...Aidil berbincang dengan peguamnya, semalam.
SERIUS...Aidil berbincang dengan peguamnya, semalam.


PETALING JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.


“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.

SUMBER

Nak Kurus???Meh Ikut Cara Kami


Hi....nama kami Aressa dan Adelia...kami si comel dan si cantik Ibu kami...semua orang sayang kami..
masalah kami sekarang..kami kurang makan bubur..kami tak suka...apa orang besar nak makan 
kami makan...pedas pun takper..tapi..untuk menjaga kecomelan kami...
kami minum susu dan jugak makan buah..Atuk kami suka belikan kami buah2.....buah pisang..buah epal..
buah pear...kalau auntie2 nak kurus ikut la cara kami ni...pagi makan buah...tengahari makan buah..malam pun makan buah...mama kami cakap..mesti kurus....

 saya adalah si adik...amboi..mama ni suka amik gambar saya la..
 ini pulak si kakak..kami berdua memang suka makan buah
 kami x pernah kedekut..kalau kami makan..memang suka kongsi2 dengan kakak kami...
 penat la nak habiskan sebiji epal sambil berposing...eh..eh..nak jatuh..
 well kami dah biasa..duduk macam mana pun kami memang comel ( Adeliya ngan muka seolah2 poyo)

Oh....dah pecah rahsia la...patut  la susah nak abis sebiji epal..rupanya kami hanya ada 4 batang gigi...
cuba tengok..comel tak gigi kami....mama kami la ni paksa kami tunjuk gigi...
takpe...takpe..sikit hari nanti gigi kami semua dah penuh...
mesti kami boleh habiskan sebiji epal dengan cepat kan..
sekian sahaja rahsia kurus dari kami...
jumpa lagi...


Random Photo Si Kembar


Lama x tepek gambar si kembar kan???banyak sebenarnya gambar dorang tp aku yang x upload lagi..
kebusyan melanda..tambah x sihat..kembar ni tgh demam, batuk dan selsema..
satu tebiat baru diorang..pantang nampak Wan ngan atuk bersiap lawa sikit...menangis2 nak ikut...
kalau  Ibu ngan Ayah bersiap diorang x heran..

 Aressa
 Adeliya x reti duk diam
 Aressa
 tgh berebut...amenda ntah
 ni Adeliya

Ni Aressa...

Sekejap jer dorang dah besar...masalah sekarang dorang susah nak makan...puasa buat bubur tp dorang
makan sesuap 2 je..dah pelbagaikan dah bubur tu dengan macam2..
tp apa yang orang besar makan..diorang nak makan...buah2 memang favvy diorang...
25hb ni diorang dah setahun dah...berjalan x pandai lagi...cuba2 jugak la..tp bila jatuh dah x nak buat dah
x tau la bila boleh berjalan...
Ada sesapa tau mcm mana petua nak bagi diorang ni kuat makan?meh la share sikit...


Wednesday, May 16, 2012

Souvenir From Travel Agency


Tengahari semalam aku dapat call dari receptionist ckp someone dari Boustead Travel nak jumpa
aik???xde lak aku berjanji - janjian ke apa ngan sesapa dari Travel Agency..
aku pun turun la...kot2 nak bg invoice ke apa..
tgok2...special visit dari Jaslena Yahaya..Manager Corporate Sales...
Lama dah aku x jumpa Kak Jas..dia kenal aku lagi rupanya...last aku jumpa dia 2009..

 dapat souvenir dari Kak Jas..
 cantik...bentuk love..

X tau aku apa nama menatang ni...since guna untuk hang handbag...aku panggil la handbag holder
wakakakakaka...ke aku salah...aku rasa dia ada sepesel name kan...
sapa tau???sila bagi tau aku...dulu pandai aku sebut...ni keterlupaan plak...
apa pun mekasih la Boustead Travel...especially to Jaslina Yahaya..


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah