Thursday, April 5, 2012

Korang Pernah Alami????


Wanita trauma dihimpit geng bumper


PUTRAJAYA: “Saya menarik nafas kerana terselamat, namun masih fobia dan trauma,” kata wartawan wanita dari sebuah akhbar tempatan dikenali sebagai Nor, 30-an, yang nyaris menjadi mangsa samseng jalanan dipercayai ‘geng bumper’ dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sini ke rumahnya di Kajang.
Menurutnya, dalam kejadian Isnin lalu jam 6.30 petang itu, kereta dipandunya dihimpit Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dari persimpangan lampu isyarat berhampiran pejabat cawangan akhbar berkenaan di Presint 15 sehingga ke persimpangan Sungai Ramal menghala Sungai Chua, Kajang, Selangor.

“Insiden itu bermula selepas saya membunyikan hon kepada kereta berkenaan kerana memotong secara melulu dan berhenti secara mengejut di hadapan. Kereta itu meneruskan perjalanan sebelum mengacah untuk memotong dan menghimpit secara dekat.

“Pada masa sama, pemandunya membunyikan hon, menyalakan lampu dan memberi isyarat supaya saya memberhentikan kereta, tetapi saya memecut,” katanya menceritakan detik cemas 15 minit dilaluinya itu, semalam. Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut, dia menghubungi kenalan yang juga anggota polis untuk memaklumkan kejadian itu dan melaporkan nombor pendaftaran kereta dinaiki tiga lelaki terbabit.

“Pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran itu palsu dan bukan miliki Toyota Vios berkenaan. Saya dinasihatkan meneruskan perjalanan, sama ada ke balai polis berhampiran atau kawasan orang ramai.

“Sebaik tiba di persimpangan Sungai Ramal, kereta terbabit mengubah laluan. Saya bernasib baik kerana tidak lagi diekori,” katanya.


Menurutnya, dia dimaklumkan polis sudah menerima laporan beberapa kes samseng jalanan seumpama itu dipercayai angkara ‘geng bumper’ yang menjadikan pemandu wanita bersendirian sebagai mangsa



**** Aku x pernah alami...tapi aku kalau boleh x nak kawan2 aku alami...korang semua yang memandu tu..
hati2 eh...ingat keluarga tersayang***

2 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......