Ramai yang suruh aku buat Review Novel...
bukan tak nak ...mcm x yakin plak...tapi aku cuba jugak la...na tengok korangk kata apa kan...kalau ok..aku masukkan kat NOTAKAKISURIAAMANDA.
PERGILAH AIR MATA > HANNI RAMSUL
muka depan novel
Akan ku lepaskan jua air mata ini pergi...jauh...sejauhnya..sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu
Pergilah Air Mata merupakan karya Hanni Ramsul daripada penerbitan Kaki Novel. Jalan ceritanya
bermula apabila…
Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina telah ditangkap berkalwat di dalam sebuah
chalet di mana Sabrina telah masuk ke dalam bilik yg salah. Ini semua terjadi
apabila kawan baik Sabrina yang telah merancang untuk menjatuhkan Sabrina akibat
dengki. Kenaikan pangkat telah diambil alih oleh kawan baiknya dan dibuang kerja
adalah nasib yg terpaksa ditanggung oleh Sabrina.
Malah lelaki yg dicintai iaitu Ikhmal juga cuba dipikat oleh kawannya.
Keluarga Ikhmal membenci Sabrina di atas kejadian yg berlaku. Sabrina hanya
mengikut kehendak ibubapa Badrul untuk dikahwinkan segera bagi menutup malu
walaupun tanpa kerelaannya. Badrul pula menganggap ini helah Sabrina untuk
berkahwin dengan orang yang berharta. Perkahwinan ini menjadi semakin mudah
apabila Sabrina anak yatim piatu.
Badrul seringkali menyalahkan Sabrina di atas kejadian yang berlaku kerana
dia telah mempunyai teman wanita. Walaupun tinggal sebumbung,mereka membuat hal
masing2. Kehidupan yang dilalui dengan pertengkaran, perbalahan dll telah
membawa hati masing2 dengan perasaan cinta dan sayang. Akhirnya Sabrina
mengambil keputusan untuk meminta cerai dari Badrul walaupun hatinya sakit. Dia
telah membawa diri ke sebuah pulau tanpa diketahui oleh sesiapa pun termasuklah
mentuanya.
Di pulau tersebut, Sabrina telah bekerja di sebuah chalet kepunyaan sepupu
Badrul. Selama berbulan² badrul seperti orang gila talak mencari Sabrina
sehinggalah diberitahu oleh sepupu Badrul di mana Sabrina berada. Pertemuan yang
tidak dijangka telah mengejutkan Sabrina dan tanpa mereka ketahui terdapat
seseorang di pulau tersebut yang menaruh hati terhadap Sabrina.
Dia telah merancang untuk mendapatkan Sabrina menjadi haknya. Niat jahat
lelaki tersebut telah membawa dia ke chalet yg Sabrina duduki dengan niat untuk
merogolnya. Dengan bantuan Badrul dan sepupunya, orang tersebut berjaya
ditangkap. Maka terbongkarlah rahsia sebenar kejadian badrul dan Sabrina
ditangkap khalwat. Lelaki tersebut telah menceritakan siapakah dalang yang
terlibat dan ternyata ianya kawan baik Sabrina iaitu Mila.
Sabrina dan Badrul telah menghadiri perkahwinan Mila dan Ikhmal (bekas
kekasih Sabrina) untuk membersihkan nama baik mereka. Majlis tersebut terpaksa
dibatalkan atas kehendak Ikhmal kerana merasa tertipu.
Badrul telah merancang untuk membuat majlis persandingan di kampung Sabrina.
Loving couple.
So korang yang nak tau lebih detail dapatkan dipasaran sekarang.
Harga Novel > RM28
Selamat menjuraikan airmata....mcm aku yang dah berbaldi2 menangis baca novel...;)
Novel ni menarik.. tapi ai pinjam je dari kawan..
ReplyDelete