Monday, December 5, 2011

Ajal Dan Maut..Belum tentu lagi bahagian kita..

Pagi seawal 7.30am aku dah berada ni level 12, Malakoff Corporation seperti biasa..kalau awal dari Seremban..awal la aku sampai office..lepak2 sekejap pas tuh dengar la cerita Kak Yati our tealady bercerita tentang kematian abg iparnya Sabtu lepas.
Arwah merupakan pesakit buah pinggang kronik..tinggal bersama anaknya dan memang jarang pulang ke rumahnya yang terletak di Hulu Langat kematian yang sgt tragis apabila dia rentung akibat litar pintas..yang paling tidak dapat diterima akal adalah hanya ruang tempat tidurnya sahaja yang hangus terbakar sedangkan dapur dan ruang lain elok tidak dimamah api..
Aku dengar cerita ni pun..terasa sangat insaf dengan kebesaran allah..setiap orang ada bahagiannya dan memang itu sudah bahagian yang dia terima..apa yang berlaku di sebalik dugaan ini hanya dia dan allah sahaja yang mengetahuinya..kita sendiri x tahu bahagian kita macam mana kan?
Al Fatihah untuk arwah dan semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan mukminin..aminnn....
rupanya..Harian Metro turut membuat liputan tentang kematian arwah..itu aku paparkan dalam Nota Kaki Suriaamanda..

5 comments:

  1. Salam takziah AlFatihah juga...yer along ajal kita mmg tak tau bila...bersedia atau tidak..harus kita tempuh...

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. Allah tak tarik nyawa nya melalui penyakit yang dideritainya.. itulah katanya qada' dan qadar. Kalau dah kematiannya sebab benda tu, datanglah apa sekalipun, ttp lah sudah ketentuan ajalnya

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, sungguh besar dugaan hidupnyer..
    Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-fatihah

    ReplyDelete
  4. Ya allah macam tu ajalnya ya. Moga arwah di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah