Tuesday, October 18, 2011

Serah tubuh syarat bebas suami

MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.

Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.

“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.

“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber

“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.

“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.

Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya

Sumber dari Harian Metro

sekapur sirih
* yang percaya sangat kat orang knapa..nak2 warga asing..check betul2 boleh x..bernai lak ikut lelaki sesuka hati semata2 termakan cakap lelaki tuh..dalam negara kita sekarang ni..sedara mara pun susah nak percaya kan..inikan pulak kawan kepada suami...kalau i la..i terus jer pi balai polis..xde makna nak ikut lelaki tuh...tapi tu la..kalau dah panik ni akdang2 x leh nak fikir kan..*

2 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah