Monday, October 17, 2011

Kejap Jadi Kejap Tak Jadi...

Pasangan kontroversi, Watie Sadali dan Joey Daud akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama selepas kedua-dua mereka menangguhkan pernikahan mereka pada Ogos lalu.
Watie yang sebelum ini mengakui menangguhkan proses pernikahan mereka selepas mengalami kekeliruan terhadap perasaannya Ogos lalu akan menamatkan segala spekulasi terhadap hubungan cintanya bersama Joey, Januari ini.
Joey yang ditemui di majlis sidang media, Maharaja Lawak Mega semalam, mengakui tidak terkilan apabila mengetahui bahawa Watie keliru dengan perasaannya dan menangguhkan pernikahan mereka.
“Alhamdulillah, saya dan Watie adalah orang yang paling bahagia sekarang ini. Tidak terkira cinta saya pada dia, dan saya sangat bertuah kerana memiliki dirinya.
“Sebenarnya sewaktu dia kata, dia keliru dengan perasaannya dan menangguhkan pernikahan, saya tidak marah sebab bagi saya, mana-mana perempuan sekalipun jika berada dalam keadaan sepertinya sekarang akan membuat keputusan sebegini.
“Doakan kebahagiaan pada kami, dan doakan pernikahan kami di bulan Januari nanti berjalan dengan baik,”jelas Joey
Bercerita tentang program Maharaja Lawak, Joey bersama Achong menubuhkan sebuah kumpulan bernama Anje, mengakui serasi dengan Achong, jelas Joey, hubungan mereka sudah seperti adik beradik.
“Kami pernah berlakon bersama dalam beberapa filem dan drama, jadi tiada masalah untuk kami bersama dalam Maharaja Lawak ini.
“Walaupun dari segi populariti, mungkin kami tidak cukup kuat tetapi saya yakin dengan strategi yang akan kami lakukan,”jelas Joey

sumber dari Manggaonline

4 comments:

  1. sudahnye kawin gak dieorg yeak....moga bahagia laa kan....

    ReplyDelete
  2. yer la lieya..asyik kontroversi jer...

    ReplyDelete
  3. takpaham...dah amik laki org pastu nak tertekan..kawen je la..huhu

    ReplyDelete
  4. hahaha...dia lak yg tertekan...patutnye bekas bini joey yg lebey tertekan..ish2

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......