Thursday, October 20, 2011

Dinikahkan imam mati

KUNAK: Temberang sepasang kekasih yang dicekup khalwat kononnya mereka sudah dinikahkan seorang imam di sini, minggu lalu, memakan diri apabila imam dimaksudkan itu sebenarnya sudah meninggal dunia, empat bulan lalu.
Sebelum kejadian, pasangan kekasih itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel bajet di pekan ini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Serbuan dilakukan selepas penguat kuasa mendapat maklumat mengenai seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai melakukan perkara tidak senonoh dengan pasangan berusia 20 tahun di hotel berkenaan.

Malah, penguat kuasa terpaksa menunggu hampir sejam sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap dan pemeriksaan mendapati seorang wanita yang juga lengkap berpakaian berselimut di atas katil.


Sumbner dari Harian Metro
Sekapur Sirih
***Sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah jugak..agak2 la kalau nak menipu...x pasal2 kena**

5 comments:

  1. padan muka diaorg , menipu ,akhir nya terjerat diri sendiri

    ReplyDelete
  2. tipu2 lah doser...bayar cash ajer

    ReplyDelete
  3. haishhh mcm2 hal dunia skrang....kuat menipu semate2 nak cover diri....sabo jek laaa...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah benda-benda macam neh pon nak menipu lagik..sial betul.cesss..macam-macam lah skang neh..takut plak rasenyer...

    ReplyDelete
  5. all
    - mcm2 la nowdays...mcm trend la plak kan?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......