Tuesday, August 16, 2011

Gadis hilang selepas hadiri kelas tambahan




Azizan Hassan (kiri) bersama isterinya, Shahrizad Shafian menunjukkan gambar anak gadis mereka yang hilang, Ameerah Asha Azizan di pejabat kosmo! di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Kedatangan Ramadan kali ini disambut dengan hiba oleh Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40, apabila anak perempuan mereka menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.
Menurut Shahrizad, anak mereka, Ameerah Asha Azizan, 17, tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini.
Sharizad memberitahu, sebagai ibu dia amat bimbangkan keselamatan anak gadisnya kerana dia sebelum ini tidak pernah bersendirian di luar rumah tanpa ditemani ahli keluarga.
“Kali terakhir saya jumpa dia ialah semasa dia mahu ke sekolah Jumaat lepas. Dia beritahu akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.
“Namun pada pukul 5.30 petang dia menghubungi saya memberitahu bahawa dia lewat sebab tidak ada bas dan hari hujan,” ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam. Bagaimanapun, pasangan itu mula bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.
Menurut Shahrizad, mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.
“Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana dia berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.
Shahrizad memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa.
“Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.
Ujarnya, Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432).

Berita dari Kosmo Online..

 

1 comment:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah