Ni rumah pusaka arwah nenek i , nenek sebelah abah yang meninggal masa 30 Ogos 2008.this year genap la 3 tahun pemergian arwah nenek.
Mak cik i buat renovation sebab dah usang rumah ni..papan dah reput sebab bahagian rumah atas memang x duduk memandangkan nenek dah buat rumah bawah..apapun banyak kenangan rumah lama ni...tempat kami sanak saudara berkumpul time cuti2...waktu siang panas giler sebab atap zink kan...
rumah orang NS tinggi2 tiangnya...dan susah nak jumpa rumah kg yang masih kekalkan tradisi lama..ada pun x banyak...rumah lama siap ada ukiran kat dinding2...insyaallah i balik raya kat Kuala Pilah nanti i cuba ambik gambar contoh2 dan review kat sini...
Atap zink lama digantikan dengan zink baru..makcik i upahkan orang Indonesia repair..cepat jer diorang repairkan...
seee...papan lantai yang dah mula mereput..sebab usia rumah ni pun dah makan puluh tahun kan...sebab sayangkan peninggallan arwah nenek maka makcik i tukar semuanya...
x sempat nak amik gambar dah siap sebab tahun ni i sekeluarga beraya belah my mum kat Kuala Pilah..
insyaallah raya ke 3 kot kami balik sini...masa tuh nanti i cuba amik gambar..
mode: terimbau kenangan lama...:(
umah mertua kat johol dah habis semua dirobohkan dan dh jadi rumah bawah..kalau ada rumah atas ni seronok jugak kan..
ReplyDeleteRumah hubby kat kg pun buat sewa kat orang je. Rumah tinggi juga. Bahagian bawah tambah buat batu.
ReplyDelete