Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam ramadhan terakhir..
Sekarang i dah berada di kampung..dengan keluarga ..Lisa dan family jugak beraya bersama tahun ni..yang sedihnya i x dapat nak melibatkan diri dalam persediaan hari raya..boleh tolong sikit2..tolong tengok jer yang banyak....nasib baik kat kg internet ada..bagus kazen i..so dapat la luangkan masa sekejap..
Dikesempatan ini i mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata terkasar bahasa selama i mengenali dan mengendalikan blog ni..nampaknya i akan mengendalikan seterusnya  blog ni sampai bila2 sebab Lisa dah tiada kesempatan..andai ada berita terbaru dan update si kembar jer i akan updates terus..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Tuesday, August 23, 2011

The Roadblock dari Persatuan Salah Cakap

Nie kes salah cakap boleh Koma.. panjang nie nak citer..
Pesalah Member aku yg Gmox haha (Bawak Kete xpakai seat belt)
(Dier nih gabra tahap gaban)
Lokasi: Dlm Kete
Situasi: Road block

Aku: Vax.. ade road block la plak.. seat belt ko..
Vax: Aiseh.. (muker slamber..smbil tangan tarik seat belt)
Aku: Alah ape kesah..kete ko standard gaban kan..bukan ko xder lesen ponn..
Vax: Beb..tolong pasangkan xsampai plak..
(sambil tgn sebelah pegang seat belt while lagi sebutir kete lagi kite nyer turN)
Aku: Dah2 ..aku dah pasang.
(masa nie dah berenjut pwot nak tegelak smbil cover line pasal dier nmpk gabra)

Polis Tahan
Polis: selamat malam Cik..
vax: : yer..malam (smbil muke ketat). Aku tahan gelak.
Polis: Mintak Lesen dan IC Cik..
(sambil nngk muker member aku ngan muker aku yg tahan gelak)
Vax: nie Besen Basi Cik..
Dier sebut "Besen Basi" plak..Aku trus gelak..xleh tahan... (Lesen IC)
(Polis dngr tp cover line sebab dier tau membe aku gabra)
Polis: Dari mana cik nie cik..?
Vax: Kiter orang main Kawin2..
Polis: Kawin2? (sambil senyum muker pandang aku)
Vax: Boleh cik.. (Ape yg boleh aku pon xpaham)
Polis: Ape yg boleh cik?
Vax: Eh..? x boleh cik..
Polis:ape yg x boleh? (sambil senyum cover line nak gelak)
Aku: (Mencelah).. dier gabra cik..Kami dr tempat keje nak balik taman Balok.

Polis: sambil bagi balik Ic ngan lesen kat member aku dier tu cakap:
Erm ..ok cik nie "Besen Basi' Cik.. Sila Bawak kete dgb bhati2..slamat malam.

Dlm masa nie aku dah koma dah... member aku pucat macam dah mati sejam..sambil masok gear gerak balik.
(citer ni aku hebohkan satu tmpt keje sampai membe aku bengang..
(sory Vax aku mntak maaf) Kali ini terpaksa citer lagi skali sebab aku tringat plak..lantak ko la klu ko nak bengang..lain kali jangan salah CAKAP) haha

Huh..korang penah alami situasi ni?

Apa Sudah Jadi Nie Nanu?

tak tau la i nak komen apa..setau i Nanu ni disegani ramai gak...tp tgok la gambar2 tuh..
pelik la...
Kita org islam nak bela anjing boleh tp dengan alasan kuat seperti untuk keselamatan dan lain2..dan pasti ada kaedahnya sekali..
tapi untuk dijadikan pet....rasanya...
hurm...korang dah besar..so nilaikan la..

 pose 1
pose 2
pose 3

Gambar ni dah tersebar meluas kat internet..
kita tgok la nanti apa jawapan Nanu...
hurm...macam2 hal la...

Mood Membaca Mencanak

Haaa...ni Novel terbaru tgh baca..novel ni i x beli yer u olls..tp adik i si Ateh yang beli...
novel ni duk rebut2 ngan Lisa..ye la..dia mana nak baca novel mana nak kelek dua org puteri tuh kan....
heheheh....

 Aku yang ko tinggalkan...
aisey...sinopsis eh kocik bonar lak..
tp permulaan citer ni ok la...menarik dan juga buat kita nak teruskan pembacaan...
kisah Nia yang terpaksa berkahwin demi keluarga dan juga berpisah serta bawa diri ke luar negara bersama kasih dan dendam di hati..
biasalah novel kan..jalan citer mesti happy ending..tapi nak baca gak sampai habis..now suku pun x sampai lagi...
sapa2 nak beli dapatkan di kedai buku berhampiran ngan rega RM25.00


Monday, August 22, 2011

Seremban Specialist Hospital

Lepas amik darah dan X ray kena pi verify GL...xde GL jgn ko berangan nak pi check kat sini eh,...mahal kalau nak bayar sendiri..consultant jer beratus..belum lagi ubat...

 awek comey...tgh verify GL i...
 GL kaunter yang mesra rakyat..hehehe...pesal ntah ari tuh x ramai org..
 time ni GL i dah settle dah...so terus pi Klinik...
 waaaa...semangat tul Dr ni nak raya...lampu lip lap2 utk Decoration raya...
 yer...ini la Dr i....Dr Marina Ismail..dia sgt baik..comel jer orgnya..merawat i dari mula2 kena H1N1..
 seram nak masuk sebab takut kena warded..
Lepas auntie ni masuk turn i ok...kat dalam tu x leh la amik gambar..
keputusannya
sangat mendukacitakan...
i kena makan ubat treatment semula sebab ada jangkitan kuman di saluran pernafasan..
Bronkitis dan Sel darah putih tinggi...
maka sebeban ubat treatment menjadi makanan i dan i diarahkan untuk tidak berpuasa sehingga follow up seterusnya next Wednesday..
muak weh makan ubat...
dah makan terus tido xper..ni akan terasa berada di awangan...khayal...pas tu baru lelap..
bangun tido ting tong semula...
harap2 i akan ok lepas treatment ni...
Wednesday...tunggguuuuu.....


Dugaan Ramadhan> Jangkitan Kuman di Saluran Pernafasan + Sel Darah Putih Tinggi

2 minggu batuk time i pi Specialist last wednesday...batuk jenis x berkahak...
Berat badan turun mendadak sebab xde selera nak makan...
sepanjang masa i batuk..takde sesaat pun berhenti batuk...
masa tuh hangin satu badan..

At last buat keputusan jumpa Specialist selepas ubat klinik biasa x ok...

 muka orang sakit
 amik darah tangan kanan xde darah yang kuar..segan silu dia nak kuar...
 tukar tangan kiri,....huiii...laju je ko...sekejapan jer...
 pas tu masuk X ray...nak x ray paru2 dan dada..
mamat jaga registraion ni poyo gilos...mentang2 muka stok anak2 ikan..hensem...tp poyo nak mapus...
x reti nak ckp elok2..tau la ko posa dik...

sambung next entry

Adelia Dah Pandai Main2...


Masa MC ari tuh...amik jugak peluang dekat ngan anak dara ni...selsema dah ok kan..so i bantu la apa yang patut...x susah nak jaga si kembar ni...cuma time diorang meragam nak tido jer problem skit..masa tuh i memang surrender...

Adelia tgh main mainan kat rockers dia...seronok tgok dia dok berborak ngan bahasa dia yang ntah hapa2 tapi comel tuh..

 excited tgok mainan tuh bergoyang...
 time ni dia menjerit...sebab berjaya pukul benda tuh ngan tangan dia...
comel kan muka excited dia....
gerammmm jer...makin lama makin bulat....
rasa nak gigit2 pipi dia....

KTM bagi bubur lambuk

Selasa last week masa nak pi LRT ke Pasar Seni nak balik seremban, nampak org duk meramai nak menuju ke platform 5 dan 6.
Dari escalator tuh nampak la KTM duk masak bubur lambuk and bagi kat penumpang or orang ramai...

 ramai reporter dan salah sorang adalah my fren..

Kalau selalu buat mcm ni best kan...
tapi tu la..orang ramai termasuk i selalu marah ngan pihak KTM kan...mana taknya..mereka janjikan perkhidmatan terbaik..
tp selalu jer schedule komuter batal dan menyusahkan penumpang...
tp dlm hal bubur lambuk ni...
ini usaha KTM untuk mendekatkan diri ngan pelanggan kan..x leh la nak petikaikan..dalam bulan posa ni takkan ada niat di sebaliknya...ye tak?

Macam Macam Ada...


Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai rambut terpanjang di dunia telah meninggal dunia di rumahnya di Vietnam.

Tran Van Hay yang mempunyai rambut sehingga 6.8 meter panjang, walaupun ia tidak secara rasmi direkodkan. Ia bergumpal umpama tali yang tebal, dan kusut di sekeliling badannya, laksana seekor ular boa yang berbulu.

Rekod rambut terpanjang dipegang oleh Xie Qiuping dari China, rambutnya telah diukur pada 2004 dengan 5.6 meter panjang. Jika rambut Hay mempunyai ukuran 6.2 meter panjang seperti yang pernah diukur pada pada 2006 - ia tentunya memegang rekod ini dengan jauh.

Hay 79 tahun, yang tinggal di wilayah Kien Giang, Vietnam selatan, bekerja sebagai seorang ahli herba dan hidup dengan kehidupan sederhana.

Bagaimanapun, rambutnya menyebabkan beberapa kesulitan kepadanya, terutamanya dia tidak dapat menaiki teksi motosikal di mana saja kerana beliau tidak dapat menyesuaikan sebuah topi keledar dengan rambutnya. Dia telah menyimpan rambutnya selama lebih lima puluh tahun, menurut Nguyen Thi Hoa isterinya, kerana beliau sering sakit selepas memotong rambut.

Pada waktu siang, Hay menyimpan rambutnya - yang mempunyai berat beberapa kilogram - dikepalanya dan ditutup oleh sehelai selendang.

The Power Of Media

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

Tuesday, August 16, 2011

Gadis hilang selepas hadiri kelas tambahan




Azizan Hassan (kiri) bersama isterinya, Shahrizad Shafian menunjukkan gambar anak gadis mereka yang hilang, Ameerah Asha Azizan di pejabat kosmo! di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Kedatangan Ramadan kali ini disambut dengan hiba oleh Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40, apabila anak perempuan mereka menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.
Menurut Shahrizad, anak mereka, Ameerah Asha Azizan, 17, tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini.
Sharizad memberitahu, sebagai ibu dia amat bimbangkan keselamatan anak gadisnya kerana dia sebelum ini tidak pernah bersendirian di luar rumah tanpa ditemani ahli keluarga.
“Kali terakhir saya jumpa dia ialah semasa dia mahu ke sekolah Jumaat lepas. Dia beritahu akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.
“Namun pada pukul 5.30 petang dia menghubungi saya memberitahu bahawa dia lewat sebab tidak ada bas dan hari hujan,” ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam. Bagaimanapun, pasangan itu mula bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.
Menurut Shahrizad, mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.
“Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana dia berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.
Shahrizad memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa.
“Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.
Ujarnya, Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432).

Berita dari Kosmo Online..

 

Mak oiiii!!!Buat Rendang best ni...

Besar giler la rabbit ni...

ni kalau sembelih buat rendang untuk Syawal 2011 pun ok ni kan?
agak2 cukup x satu keturunan makan???
hahahaha...
Sapa pernah makan daging arnab?
Best kan? lagi best dari Ayam...

Yeay!!!Dah mengiring!!

Aressa dan Adeliya dah makin membesar dan diorang dah mulaaaaaa...
MENGIRING!!!!
rasa macam cepat sgt lak...belum pun 3 bulan usia diorang..
tapi makin lama makin nakal dan manja...
kalau tiba time manja nak berdukung jer..dulu si Adeliya yang behave...apa2 dulukan adik..
now Aressa lak behave...kakak plak manja terlebih...
hurm...berat badan terbaru x tau lagi...lom pi timbang ..
tunggu la Ibu diorang update kat i nanti..

 Aressa mengiring
 amboiiii...dah mengiring x nak langsung terlentang..selesa ye nak ye...
 pipi makin gebusss..nama timangan kat umah Si Montel Uwan
Diorang ni x leh di dekatkan...mcm ni la aksi diorang...adik tumbuk kakak...kakak diam ajer...
Si Montel Uwan dan Si Comel Uwan..
my mum suka2 jer bagi gelaran..hehehehe....
kalau orang tengok memang la tak tahu sapa kakak sapa adik..tapi kami satu family dah biasa dan dah boleh
bezakan...
booooolattt !!!kan deduanya?
diorang ni la penghibur kami..tapi kalau meragam..memang gerammmm....

Beraya Ngan Umah Kampung Baru

Ni rumah pusaka arwah nenek i , nenek sebelah abah yang meninggal masa 30 Ogos 2008.this year genap la 3 tahun pemergian arwah nenek.
Mak cik i buat renovation sebab dah usang rumah ni..papan dah reput sebab bahagian rumah atas memang x duduk memandangkan nenek dah buat rumah bawah..apapun banyak kenangan rumah lama ni...tempat kami sanak saudara berkumpul time cuti2...waktu siang panas giler sebab atap zink kan...

 rumah orang NS tinggi2 tiangnya...dan susah nak jumpa rumah kg yang masih kekalkan tradisi lama..ada pun x banyak...rumah lama siap ada ukiran kat dinding2...insyaallah i balik raya kat Kuala Pilah nanti i cuba ambik gambar contoh2 dan review kat sini...
 Atap zink lama digantikan dengan zink baru..makcik i upahkan orang Indonesia repair..cepat jer diorang repairkan...
seee...papan lantai yang dah mula mereput..sebab usia rumah ni pun dah makan puluh tahun kan...sebab sayangkan peninggallan arwah nenek maka makcik i tukar semuanya...
x sempat nak amik gambar dah siap sebab tahun ni i sekeluarga beraya belah my mum kat Kuala Pilah..
insyaallah raya ke 3 kot kami balik sini...masa tuh nanti i cuba  amik gambar..
mode: terimbau kenangan lama...:(

Monday, August 15, 2011

Mahalnya Lauk2 Pasar Ramadhan

Condition tuan rumah sangat worst...batuk melampau...
tp x per la kan...dugaan Ramadhan la tuh..

Ari tuh ( x ingat bila) beli lauk kat bazar ramadhan atau nama glamour eh PARAM
Nauzubillah punya la mahal..cekik darah....sumpah x nak beli lagi dah lauk2 PARAM ni....masak
sendiri lagi berbaloi..

 sotong sambal 2 ketul RM10
 Ayam Kampung Gulai > RM8.50 seketul tuh jer
Ikan duri masak lemak cili api...RM10.50 seketul

Mahal ke murah?

sakit hati x?

kalau buat sendiri lagi murah ke lagi mahal?

mode: Angin satu badan

Friday, August 12, 2011

Tiada Update sehingga ahad

Salam Jumaat Semua..

Tuan Tanah tgh kedaung dilanda Demam melampau+ batuk melampau + sakit tekak terlampau...
maka dengan ini diistiharkan blog ini bercuti selama 3 har bermula hari ini...Segala update akan dimulakan pada Isnin nanti..

Sekian harap maklom..


Along Lisa

Thursday, August 11, 2011

Kenal tak Buah ni???

My dad balik dari pasar malam ahad lepas tetiba bagi i sebungkus buah ni...i mcm ingat2 lupa..buah apa nama eh ni kan...
last2 mak i ckp..kalau nak tgok Mekah depanmata gigit la buah tuh....nasib baik masa tu lom buka posa...kalau x sure i dah gigit..
Rupanya...
Buah Asam Gelugur..

 guna flash cantik jer kaler eh..
i tanya mak nak buat apa buah ni..boleh campur dalam gulai ke?
mak i ckp mana bolehhhhhhhh....buah tu masam...hiris kecik2 pas tu jemur..jadikan asam gelugor mcm yang jual kat kedai2 tuh..
lor..mana nak tau kan...
ingat leh belah2 mcm tuh jerk kasik campur dalam gulai ikan mcm belimbing buluh tuh,.....
salah plak...
Korang pernah tengok buah ni?

Tuesday, August 9, 2011

Ikan Pacu ( Bawal Sungai) Species Ikan Air Tawar

Ni ler ropernya ikan pacu...sejenis ikan yang rasa eh sama lebih kurang ngan ikan bawal dan di panggil bawal sungai....
Besar kan..
Abah memang suka beli ikan sungai..dan kami adik beradik memang dah diajar makan ikan sungai dari kecik...sekarang jer agak memilih sikit..mengada2 kan...

 sebelum di siang dan di kerat 15 ..eh..eh...
 abah menatang ikan ni yang beratnya di anggar 2kg lebih...
 process siang ikan..kalau bg i siang sure hancur itu ikan..
settle..tp x de la sampai kerat 15..my mum  masak lemak cili api ikan ni...campur daun kunyit 2-3 helai..huii..wangi bau eh..aikk...tetiba terbau lak...
bau x batal pose kan?

Menu Berbuka Day 7th

Buka posa hari ke 7 sangat la meriah hoke....ini gara2 ada org mengidam KFC..sapa lagi kalau bukan En Tunang si Ateh..

 KFC ayam 9 ketui, Kentang putar, Cheesy Wedges..
 Tongkeng ayam berlada, kacang buncis goreng , toengkeng yang x berlada utk dania
 Gulai ikan Pacu sejenis ikan sungai..nanti i buat entry lain...
 Gulai telur itik masa ni baru pecahkan dan bagi dia beku serta asingkan..
 meriah giler lauk berbuka...ada yg beli di PARAM
 Tepung pelita
Bandung cincau

minggu ni kalau balik diorang request i belanja daging kambing plak...
haiyoooooo...
just wait and see la yer....

Menu Berbuka day 6th

Sabtu first time berbuka ngan family selepas 5 hari berbuka di perantauan...wakakaka.....bajet perantau la plak...best ar..xde la sunyi macam kat umah sewa..

 Kari Limpa Lembu...dapat cicah roti canai pun best ni kan?
 Gulai kerang campur kacang buncis

Tauhu sumbat...

Sabtu ari tu memang simple jer berbuka..eh ada jugak mee goreng si Lisa masak..tak sempat nak ambik gambar..dan ada jugak sup tulang ayam..pun x ambil gambar...sibuk jadik bibik sebab buka puasa kami di hiasi dengan raungan

puteri kami

v

v

v
Adeliya


org buka puasa dia pun nak buka posa...tp mulut buka besar2 dulu.....menangis mcm kena dera...