PUJUK...Suriani dipujuk suaminya selepas cubaan membunuh diri di Jambatan Kedua Muar, petang semalam.
MUAR: “Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.
Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.
Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.
Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.
Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.
Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.
Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.
Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.
Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.
Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.
“Kita selesaikan perkara ini cara baik,” teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.
Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.
Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.
Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.
“Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali
aduh...pehal sampai nak bunuh diri, cari je la laki lain, ape susah. Laki nyer pon 1, gatal! tak cukup 1!
ReplyDeleteKalau kena penjara..kang x pasal je lakinya nikah lain pulok..
ReplyDeletehuhh jantan x guna!! lgsg x pk akibat perbuatan curang dye! yg pompuan pun x yah la smpai nk wat keje bodo..langgar hukum agama...haishh...mcm2...
ReplyDeleteaku rasalah perempuan tu ugut je..xde beraninya dia nak lompat..tp kalo dah dirasuk syaitan tu..wallahualam lah gak kan..
ReplyDeleteIeda
ReplyDelete- singkat fikiran mcm ni ler jadinya
Atty
ReplyDelete- kan?tunjuk sgt kelemahan...
Deqla
ReplyDelete- biasa la tuh dik....sedangkan lidah lagi tergigit..tp jantan tu mmg gatal la..
Dee
ReplyDelete- i think so,...provok jer lebih...