Thursday, July 7, 2011

Kanak-kanak mati lemas dalam kereta ibu

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia akibat lemas selepas terperangkap kira-kira enam jam di dalam kereta ibunya di hadapan sebuah sekolah rendah agama di sini semalam.
Kejadian itu disedari ibunya, Haliza Talib, 44, kira-kira pukul 2 petang selepas mendapati mangsa, Izzah Athirah Mohd. Khir dalam keadaan lemah dan tidak bermaya di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.
Bapa mangsa, Mohd. Khir Abd. Majid, 45, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh salah seorang rakan kira-kira pukul 3.30 petang.
Menurutnya, Izzah Athirah bersama tiga adik-beradiknya yang belajar di sekolah itu tiba di sekolah berkenaan kira-kira pukul 7.30 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

Apa yang boleh i katakan kat sini selain takdir illahi menjemput adik Izzah...ini juga mungkin disebabkan kecuaian Ibu nya...so moral of the story...Berhati2 ingatlah orang tersayang...

6 comments:

  1. hmmm makin banyak pulak kes budak2 trapped dalam kereta nih.. :(

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  2. alaaaa tak baca lagi kosmo... tp, iskkk cemana ibu dia leh tinggal kan anak...??

    ReplyDelete
  3. alahaiiii..
    mcm2 hal pasal budak2 lately ni.
    ermm kenalah berhati2 dan jgn cuai sgt

    ReplyDelete
  4. hi mama... bile la dpt jumpe si kembar ek, huhuuuu

    ReplyDelete
  5. All
    - i tidak menyalahkan ataupun menuduh 100% kesalahan pada ibu...i just mention selain takdir illahi...ianya mungkin diatas kecuaian...kpd anonymous..sorry i x publish komen u kat sini...insyaallah tiada komen dari readers i yang akan menyakitkan hati ibu...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah