Friday, July 15, 2011

Hilang dua hari kerana merajuk

SUBANG JAYA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dua hari lalu di hadapan sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, di sini akhirnya terjawab selepas dia ditemui guru besar sekolahnya, kelmarin.
Najmi Haqiemi Ahmad Salleh atau Haqiemi, dikatakan bersembunyi di rumah seorang rakan sekelasnya sebelum rakannya itu melaporkan kepada pihak sekolah Haqiemi berada di rumahnya berikutan penyebaran risalah mengenai kehilangannya.

Sebaik mendapat maklumat itu, guru besar sekolahnya pergi mengambil kanak-kanak itu dan membawanya balik ke sekolah sebelum menghubungi ibu bapanya.

Ibu kanak-kanak itu, Zetty, 34, berkata, anaknya berada dalam keadaan baik cuma terkejut kerana tidak menyangka tindakannya menghilangkan diri menimbulkan kerisauan.

“Rupa-rupanya pada malam kehilangannya, anak saya itu menumpang tidur di rumah rakan sekelasnya dengan memberi alasan ibu bapanya bekerja di luar daerah.

“Mungkin dia berkecil hati dan merajuk selepas suami saya memarahinya pada hari kejadian,” katanya.


Kehilangan Haqiemi dilaporkan selepas bapanya gagal menemuinya di kawasan sekolah ketika datang menjemputnya selepas waktu persekolahan tamat malah kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam.

Bapanya kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran dan usaha mencari cuba dijalankan pada malam itu tetapi gagal disebabkan tiada siapa yang mendakwa pernah ternampak Haqiemi.



* semalam terima banyak maklumat dari internet dan fb kawan2 tentang anak ini...alhamdulillah dia x di culik atau hilang begitu sahaja...anak2 sekarang mmg pandai buat tindakan sendiri...

4 comments:

  1. anak2 skrg makin berani..

    ReplyDelete
  2. baru dpt email ni pagi tadi.. baru nak masukkan dlm blog... alhamdulillah jumpaa....!!

    cuma peringatan utk diri sendiri, kalau kawan anak2 nak tumpang umah, saya akan pastikan hubungi ibubapa budak tuu

    ReplyDelete
  3. Dee
    - betul..semua pengaruh media la ni..internet pun yer gak...

    ReplyDelete
  4. Sweetdarling
    - betul3..itu jalan terbaik..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......