Friday, July 29, 2011

Farewell for Poh Ching> CEO Secretary..

Wahhhh...lambat bersiaran hari ni....busy la pulak kan....oh yer..ini event semalam...sempena meraikan secretary CEO Malakoff yang retired setelah 17 tahun berkhidmat di Malakoff Corporation Berhad.
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis ni sebab PC adalah senior, ibu dan kawan kepada kami semua di Malakoff...walau i baru 3 tahun berkhidmat di Malakoff tp i mcm dah kenal dia lama giler.

 Tribute untuk PC memang menyentuh hati semua orang
 Family photo..i akan hilang my Mentor..i banyak belajar dari PC..
 posing2 memang wajib..
 with Kak Arleena Enterprise Applications Dept
 This is my Dept Green Technology, actually ada  7 org tp 2 org away to oversea..im the only "BUNGA" dlm dept ni..Guy yang sebelah PC tu my boss.
I will miss my mum in Malakoff..keep in touch ...
and last but not least

v


v


v


v
Taraaaaaaaaaaaa......



Me with the new CEO of Malakoff Corporation Berhad..the humble and polite man i've ever seen
En Zainal Abidin Jalil..
orang lain xde nak bergambar ngan big boss...i buat..selamba jer i jumpa dia and ckp nak amik gambar...
heehehe..bos i takde pun i request mcm tuh...boss i muda..maluuu.....hahahah.....

Thursday, July 28, 2011

Aum!!Aum!! Go Harimau Malaya...Tewaskan Singa...

Suntikan semangat Harimau Malaya

PUTRAJAYA 27 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemain Harimau Malaya agar percaya kepada diri sendiri dan mempraktikkan taktik yang ditentukan jurulatih, Datuk K. Rajagobal dalam berhadapan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Perdana Menteri berkata, kalau mereka bermain dengan penuh disiplin, bersemangat dan keyakinan diri, beliau percaya mereka boleh mengatasi Singapura kerana mereka ada kebolehan dan bakat untuk berjaya.
''Meskipun terpaksa mengatasi defisit dua gol tetapi kita yakin mereka mampu membuat kenaikan mata dengan syarat bermain sebagai satu pasukan dan tidak ada kelemahan di mana-mana posisi pun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, beliau akan menyaksikan perlawanan tersebut menerusi skrin gergasi bersama kira-kira 10,000 peminat bola sepak tanah air khususnya rakyat negeri Kedah sebagai tanda sokongan kepada pasukan Harimau Malaya.
Menerusi perbualan telefonnya bersama Rajagobal, Najib memberitahu, beliau sudah mengubah format jamuan makan malam bersama rakyat di Dewan Wawasan Kubang Pasu apabila meminta penganjur memasang skrin gergasi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
"Saya tidak akan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok tetapi saya akan menyaksikan perlawanan itu, semangat saya ada di sana, semoga berjaya," katanya.
Menurut Perdana Menteri, beraksi di tempat sendiri di hadapan ribuan penyokong memberi kelebihan kepada pasukan negara untuk memenangi perlawanan tersebut.
Sementara itu, Najib berkata, kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan pelbagai cadangan yang dibangkitkan oleh pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian meja bulat 1Malaysia.


''Ada yang memberi kertas cadangan mengenai bagaimana mewujudkan cara hidup sihat di peringkat sekolah, terdapat juga wakil daripada industri muzik membangkitkan bahawa artis tidak menerima ganjaran yang sewajarnya," katanya


***sumber dari Utusan Online***

Wednesday, July 27, 2011

Kau Buat Ku Berpusing! berpusing pusing...Karipap Pusing..

Tajuk memang x leh blah....
proses pembuatan karipap pusing yang pada i memang sangat rumit..tidak pada yang dah expert macam mak cik i ni eh...dia memang meniaga kuih..
Jom review apa itu karipap pusing...kalau suruh i buat..sure sampai tahun depan duk melangut depan tepung2 nih..

 Gambar mastermind mesti ada..
 tepung yang dah diuli2 menjadi doh..proses seterusnya terlupa amik gambo eh..tau2 dah nak gelek2 jer..
 inti kentang..campur apa x ketahuan..
 dah gulung2 di potong2 mcm ni...
 gelek2 mcm menari dangdut
 Kelim..eh klim..eh...entah la...belasah jer la...
 akhirnya jadi mcm ni....
hasilnya,......lihat la...karipap pusing...

hasil selepas kena goreng x sempat jugak nak amik sebagai bukti sebab..bahan bukti semua dah masuk perut bila masing2 dah macam piranha..x tau la makcik i ni letak ganja ke apa kat inti karipap dia tuh...
goreng jer habis..goreng jer licin...huh..tensi mak tau noks....

Jennifer Lopez bernilai RM101.7 juta


LOS ANGELES - Penyanyi pop jelita, Jennifer Lopez kembali daripada percutian untuk menandatangani perjanjian bagi meneruskan tugasnya sebagai juri tetap dalam rancangan realiti American Idol, lapor sebuah akhbar semalam.
Perjanjian untuk menjadi juri itu dikatakan bernilai AS$34.36 juta (RM101.7 juta).
Lopez yang baru sahaja berpisah dengan suaminya, Marc Anthony minggu lalu telah mencemaskan industri televisyen Amerika Syarikat (AS) selepas dia tidak tampil dalam rancangan realiti yang disiarkan di ITV2 itu.
Bagaimanapun, seorang pegawai telah meyakinkan selebriti itu untuk melakukan rundingan dan mengaku mereka yakin dia akan kembali bertugas.
"Kami berada dalam keadaan baik. Jangan bimbang. Tiada sebarang keputusan yang mendukacitakan," jelas penerbit eksekutif rancangan itu, Cecile Frot-Coutaz. - Agensi


Sumber dari Kosmo!

Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

sumber dari KOSMO ONLINE.

Wordless Wednesday


DOMAM!!!!

Good Luck My Dear Honey

AINNUL DANIA HUDA


Good Luck Sayang...

Mama doakan yang terbaik untuk Buah Hati Mama ni...Jawab exam tu elok2..kekalkan prestasi ye sayang..
last semester dapat no 1..semester ni pun dapatkan jugak no 1...
Insyaallah rezeki lebih hujung tahun ni mama belikan komputer mcm yang Dania mintak tu yer..
doakan rezeki mama murah tahun ni ..
All the best Honey.....

Mak oiii!!!!Panasss!!!!

Last week balik kampung ini budak montel berdua sudah bikin panassssss....dengan panas cuaca lagi...dengan dia x tido...menangis x berhenti..sangat demand tau....nak berdukung jer.....agaknya dia beralih bulan..pas tu meragam...puas kitorang pujuk siap naik keta pasang aircond kuat2..ronda sampai Istana Seri Menanti then patah balik...sekejap jer dia tido......ibunya naik baran...at last berjaya juga i menidokan ini budak berdua...
jom tgok gambar.....

 Berlengeng jer tido sebab cuaca memang panas....
 Lena diulit intan...
 Selepas 1 jam tido....

sikembar ni dah genap 2 bulan on 25hb ari tuh...dah kena injection..tapi sangat bagus x demam...
ari tu Aressa yang buat perangai now Adell pulak...tido nak berdukung....memang sangat mengada..
update berat badan diorang
Adell > 3.95kg
Aress > 4.2 kg
Amboii...naik mendadak ko.....apa taknya...
susu 2 minggu 4 kotak...
sebulan 8 kotak...ayoooooo....patut la membulat......

Monday, July 25, 2011

Fitnah makan diri


KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.
Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.
Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.


Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya

 

Update Kembar Adeliya Dan Aressa.. Terima Kasih Ayu Intan..

Hi u olls....Happy Monday...saper2 Monday Blues...meh tgok gambo baru si kembar yang gebussss..

 Aressa dan Adeliya
 Aressa bat aksi ngengada dia...nak suh orang ambik...
 Aressa yang bam bam..
dan Adeliya yang maintain manja..

Oh ini entry khas buat TAMARA BLIZZ a.k.a Ayu Intan...thanks for the compliment to the babies...comel jer budak gebuss dua2 ni pakai baju tuh..mula2 nampak mcm kecik..tapi bila pakai kan..waaaa.....sngt cun la....comellll.....its strethcable...apa pun baju ni buat pakai hari2 kat umah...kena pakai sampai la depa betul2 x muat..
terima kasih yer Ayu...on behalf Lisa, sangat2 menghargai..
Bila nak datang tgok babies?
ini dua2 babies sangat nakal tau...siang diorang bantai tido dan malam berjaga...sangat stress Ibu dan ayahnya..bayangkan 12 jam dari kul 2 pg sampai la kul 2 petang x tido...pas tu menangis mengalahkan kena dera...part paling x leh tahan bila masing2 mengamuk nak tido..si Aressa nak berbuai..but Adeliya tido atas tilam..dia a bit "gayat" bila dalam buaian...aduyaiii Aress dan Adell....

Durian Oh Durian..

Sekarang kan memang musim buah kayu..mana2 blog kalau i singgah memang ada cerita pasal durian..rambutan dan macam2 lagi...i pun x nak ketinggalan la citer pasal durian ni..tapi malangnya kami terpaksa beli..bukan dari pokok dusun sendiri sebabnya tahun ni buah semua x menjadi..
Kalau jual kat tepi2 jalan tuh memang buah dari luar..tapi xper la kan..nak makan nyer pasal...

 durian kampung
 x tau la jenis apa..tapi ok la..x macam durian D24..
 ni yang nak dibuat tempoyak...my mum nyer tompoyak adalah marvellous u olls..
Oh i nak citer sikit pasal anak dara buah hati i si Yaya ni...dania memang x makan durian..
puas i ajar..katanya busuk la..bau la..ada gas la.....ko kenapa nak..sangat la the Diva okeh..artis tuh pun makan durian tau..
jawapan paling best i pernah dengar dari Yaya
" eeeeee...x nak la makan durian mama..busuk..durian ni ada bau ubat demam Yaya tu la"
what??
eh anakku...xde maknanya durian rasa sirap panadol ubat demam yer...pandai2 jer..dia yang x suka makan ubat..mula la ckp macam2...aduhai...anak...anak...baru sorang..kalau ada 5 orang?x tau nak imagine perangai masing2..

Friday, July 22, 2011

Jom Follow and Terjah..


Pagi ni sajer jer bukak account Nuffnang dan terus view kat Community New..sekali jumpa la link ni...sajer jer klik jalan2 nak kenal sapa kan...
Klik kat blog beliau..waaaa...sekali nampak buah Laici fresh...terus i meroyan nak cari Laici fresh la...
mana nak carik erk?adoiyaii..
gebu2 buah Laici kat blog Ella tuh
Apapun i suka terjah blog ni...
Simple..dan santai...
Buat Ella...akak follow u dik...
Kalau ada yang nak kenal dan follow..
Meh terjah SINI..
Jom follow ramai2....

Wednesday, July 20, 2011

Hari2 Pot Luck

Kat Malakoff ni...kitorang memang rajin buat pot luck..hari2 bawak makanan dari rumah...share2..makan ramai2..merpaatkan silaturrahim dan menternak lemak...
ini adalah salah satu penyebab kenapa i nyer berat badan makin lama makin naik....

 pinggan kosong tuh tempat i...
 kadang2 terlalu banyak lauk sampai penuh..depend on kerajinan..
 kadang2 ada 2-3 jenis lauk tp cukup untuk 10 orang makan..
Gossip agenda penting...

hahahaha...apa yang i bwk ari ni?oh ari ni not my turn...actually takde la ikut turn sgt...suka2 jer sapa nak bawak..mcm ni jimat..sebab kalau beli kat food court nasi putih+ 2 jenis lauk = RM7.00..sangat mahal kan...kalau bwak dari rumah...jimat sikit...
hari ni ada jualan pre raya kat Plaza Sentral ni anjuran MIDA, sapa yang kerja area ni..sure tau la...jualan ni start ari ni sampai jumaat ni...
macam2 ada la...sure penuh nyer...ada baju kurung, tudung, handbag...kuih..macam2 la...blogger kerja kat Plaza Sentral boleh serangggg....selain i...Neena si gorjes gonjeng pun  kerja kat sini kan?

Wordless Wednesday


Dah beli beg ini...walau murah...tapi cantik di mata i..
cantik tak?

pi umah orang kahwin ok la ni kan?


Ragam Anak - anak Ku.....

Dania and Zikri...
dua beradik sepupu ni memang sangat rapat dan nakal...x boleh duduk dia...lately ni rindu pulak dengan Zikri..sebelum puasa ni balik la dia kot...

 entah apa la diorang borak agaknya...
 manisnya senyuman zikri..oh..kakak Yaya tgh tgok sumthing kat hp Ibu Zikri
 hmmmm...agaknya la kakak kan....( Zikri sebenarnya tiru aksi Yaya)
 Gambar ni cantik tapi Gegar...nak tepek jugak..
macam kakak tgh bagi nasihat kat adik...hehe..sweet jer..

ini gambar 2 bulan lepas..masa ni tunggu Lisa balik bwk baby...lupa nak tepek gambar ni...Zikri kan lambat bercakap..sekarang bila dah pandai bercakap pelat la pulak..memang budak lelaki lambat serba serbi eh?
cepat la balik Zikri..mama rindu Zikri la...

Ambil Nyawa Kami Dulu


KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.
Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.


Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.

Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.

Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya

Tuesday, July 19, 2011

Pelik Tapi Benar Puting di tapak kaki wanita

PUTING  pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun.
PUTING pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun

LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.
Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.

Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.

Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.


Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.
pix_topright

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter

“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi

Apa Nak Jadi? Logo halal sosej babi

KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”
Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.
Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.


“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.


*** Tak sukanya..bahaya betul la sekarang ni...sudah mcm mainan lak makanan kita....nak plak ada sosej babi mcm ni...kena check betul2 la sebab sosej adalah makanan kegemaran Dania...

sumber dari  Harian Metro

Baik Punyerrrr...Skill!!!

Korang Boleh????
Huhu...for sure kalau i memang la sampai ke subuh x leh kupas or kopek...eh....kopek ke? betul ke? ah belasah jer la...kupas kelapa...Mak Lang ngan Pak Lang i..mmg perfect la....kesemua 20 biji kelapa diorang leh abihkan kupas dalam masa 1/2 jam...

 Separuh dari kelapa..
 Entah apa la conversation diorang ni...
 Baju hitam..bakal menantu....
 ntah apa la yang kelakar...
Mak lang with her skill...

tabik spring la kat orang2 kampung kan...kagum diorang leh buat semua...buat rumah...bercucuk tanam...kupas kelapa guna parang jer...hui...caner la kami generasi baru ni nanti..sok2 kalau diorang takde..sapa nak teruskan tradisi ni? hui...boleh ke belajar dari sekarang?lulus ke?
sure kena gelak...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah