Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj


Salam Israk Mikraj 2011,27 Rejab 1432 Hijrah

Hayati Peristiwa Israk Mikraj dan menginsafi peristiwa agung ini untuk menjadikan kita umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan agama
Peristiwa Israk merupakan perjalanan Rasullullah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan diiringi oleh Malaikat Jibrail dan Israfil
manakala peristiwa Mikraj pula perjalanan Rasullullah naik ke langit ditemani Malaikat Jibrail bertemu Allah.

Tuesday, June 28, 2011

Kalau Ko Tak Buat apesal plak tetiba ko sentap???

lor..udah kenapa ko Riz.....

i ada satu citer yang i rasa perlu untuk i kongsi bersama..
this morning..
i ada post satu statement kat FB ttg satu scenen yang i nampak dan i rasa sgt annoying..

"Benci dengan pompuan gediks..lagi2 pompuan tak kawen lagi tapi menggediks ngan laki orang!!behave la sikit...."

i post statement tu tanpa ada rasa ingin tujukan kepada sesapa..tp sudah ada seseorang yang sentap..
ok x salah menegur i maybe untuk kebaikkan..
but to be fair..itu hanya statement i yang i rasa nak kongsi..xde la niat nak tuju kat sapa..some more FB ni umum...yang ko tetiba nak terasa knp...
i siap ckp
kat that girl..kalau x suka jangan komen..
terus dia sentap suruh i buat group sendiri..
hello...
kalau i nak buat group
dah alam i buat..
dah la ko dtg wall aku and ko komen..
ko leh post lak pasal x suka dgn semua statement aku kan..
so just blocked me la...
x payah nak hide newfeed ka..
apa ka..
so tak professional...

u olls...salah ker i nak post apa2 statement...dah tentu2 wall i
FB account i
sukati i la kan..
ko x suka
ko jgn la komen..
i pun jarang pi fb ko
kita satu opis ma...x elok la nak masam2 muka bagai....relaks ar..
udah mcm budak2 la...

Macam2 Hal la...

Gambar Ho Chi Minh dari Kawan...

I rasa la kan....mmg lom abih lagi citer Ho Chi Minh hari tuh...tapi malas la nak update lagi takut u olls boring..
ini jer la i buat entry skit...pergi dalam keadaan demam maka hasilnya pun demam gak la..

 posing kat tangga hotel adalah wajib hari2...

 depan post office dorang..x tau la apa yg menarik..biasa la post office...cuma bangunan eh bersejarah la....
 gediks santai ..
Ni amsa nak balik kot..kat airport diorang..
tgok la muka i yang demam..
x leh blah tul pi tempat org dalam keadaan demam..pasal tuh nak repeat balik hujung tahun ni...

Monday, June 27, 2011

Update Lisa and the Twin

Sebenarnya Lisa mmg x bagi i publish gambo dia..tapi i sengaja publish sebab nya sure u olls nak tau gak perkembangan dia kan..samada makin kembang or else..hahahaha...mati la kena marah pas ni..

tadaaaaaa..

kuruskan si Lisa...dia dapat berat badan masa dia anak dara sebelum tunang dulu...dia x nak bergambar sebab masih x confident..ala...apa ada hal kan...
pas ni leh wat sesi bergambar dgn anak2 lak...ala..korang faham kot dia baru jer bersalin..

 Lisa sambil pegang Aressa
 Hubby eh dengan Adeliya..ini budak sangat manja dgn ayahnya tau...
 Hadiah buat the twins..tp bukan i yg bagi..
 Baby rockers sorang satu...pun bukan i yang bagi...
 hi...nama saya Ezarra Adeliya...
Hi...nama saya Ezarra Aressa....

so..ini jer update terbaru...hari ni the twins pergi cucuk 1 bulan tuh....yes..baby dah genap sebulan sabtu lepas..
sekejap jer rasanya...dari kecik comel jer..la ni dah membesar sampai lenguh nak pegang...tgok ar pipi masing2..dah debab..hahaha...
paha pun dah besor paha ayam..hahahahaha,......

The Best Babby Sitter Ever...

Hi u olls....
Ni la tugas rasmi i kalau balik kg on weekend....Jadi baby sitter....tgok la gambar tu..itu baby Aressa..
dah lama xde anak kecik kan..
tapi mak tetap maintain nyah walaupun mak x berani nak mandikan dia...lepas mandi baru ler berani pegang..
pakai kan baju....

 Aressa dgt selesa dalam dakapan mama kan?
aik..menjeling lak...

eh mana si kakak Adeliya?
oh...kakak sedang menyusu kot time ni...ini Aressa sgt suka mandi...x menangis pun..
good girl..sapa nangis2..mama x sayang tau....
comelkan..dah besar skit...sebab kuat menyusu...

Thursday, June 23, 2011

Comel tak??sweet kan couple nih...

Candid gambo My Mum ngan My Dad.....
kalau diorang tau..sure kena hamun nih....hehehehe..tp rasa mcm sgt sweet and nak kongsi lak...


Mak yang sangat penat jaga cucu kembar...
Abah tumpang sekaki...abah pandai jaga cucu tau...si kembar nangis jer dia amik and nyanyi selawat nabi...
memang weekend masing2 berkumpul mengadap si kembar...rasa macam hilang jer letih tgok wajah polos diorang....x per..minggu ni i balik buat sesi bergambar...Lisa x nak bergambar sebab masih berpantang katanya...kita amik gambo anak sudah la yer...
Next Week i update..

Hasil Mei - June 2011...Lambakkan Novel...Entry Khas untuk Anonymous!!!

Hari tu i ada bg tau i ngan novel mmg x leh dipisahkan...haaaa...ada lak yg komen i menipu...mcm x percaya jer dah ada 400 buah novel...hek eleh....rilex ar..sib baik mini library i lom buat lagi...sok2 dah buat i publish kat sini eh....x habih2 pasal si anonymous ni tau...dia x dapat beli la tu asyik pinjam jer...ntah2 ko pernah pinjam novel aku x pulang2 kan....tp ada aku kisah apa ko nak komen...yang penting aku jujur...
ko tgok kat bawah ni..ini utk bulan Mei - June je tau....bulan July lom beli lagi....

I sangat menyayangi semua novel i and i akan balut novel tu x mo kasik rosak kulit eh..

 9 Novel dari Mei - Pertengahan June yang dah abih i baca dan dan berbalut.
kat bawah ni 3 buah novel yang lom usik lagi...
 Merdu Lirik Kasih > Durrah Fatiha Alaf 21
 Iman Suraya > Areila Sahimi / Kaki Novel
Juara Carta Cinta > Lynn Dayana / Alaf 21

hehehehe... 12 novel...Mei - June...kalau nak kira baper byk investment i kat novel2 ni
memang dah beribu2 dah...Rugi? oh tidak..i x rasa ianya satu kerugian...kalau i nak..i leh jual balik...tapi its a sentimental value..satukepuasan bila baca novel ni....
so untuk Anonymous tuh...usah la dengki...yang penting mak beli novel tu semua guna duit mak noks...ada gak novel kan dari ko reti pinjam jer...eh..mcm aku kenal ko kan??
tunggu mak nyer mini library siap eh...dah siap nanti i post kat sini...
sapa2 nak follow i kat FB ...silalah add kalau sudi yer...search Parizan Mohd Zain

Wednesday, June 22, 2011

Attending Course > Meningkatkan Kerja Melalui Teknik Peta Minda

i takde dua hari sebabkan course 2 hari ni la...so far...ok la course ni...actually ianya teknik utk kita tingkatkan lagi prestasi dengan jalan mudah iaitu melalui Mind Mapping..teknik ni memang bagus dan ada kena mengena dalam setiap kerjaya individu..dan amat berguna apabila nak buat presentation to boss or department..melalui teknik2 ni jugak boleh menyelesaikan masalah atau kesulitan setiap kali berhadapan dengan tugasan..

 pengenalan....setiap peserta kena lukis gambar sendiri dan describe kan...

 Peserta2 lelaki...
 presentation by Bro Hamid
 Lukisan aku dapat pujian..

this is my mind mapping...

oh...course dua hari yang amat berbeza dari course yang i attend sebelum ni...course ni lebih banyak presentation by individu and group..
course ni sangat funny sebab facilitator dia bekas HR MAS..he knows how to control and deliver the best...
pada warga Malakoff...course ni adalah recommended...

I need Some Opinion!!!Argument Between Me and Housemate!!

Dua hari tak bersiaran...attending course 2 hari kat opis...dalam pada tu i sangat STRESS ngan perangai housemate i...budak bilik kecik tuh...bukani nak bukak pekung dia...beban i makin bertambah bila baru2 ni...dia mengaku dia PREGGY u olls...budak umur 23 tahun..rupa2nya masa i terima dia masuk dulu dia tgh preggy 3 bulan and now kandungan dia dah 6 bulan...budak ni kerja kat sebuah bank asing di Cyberjaya.
Masalahnya....selama ni dia sebenarnya menyewa bersama2 BF dia dan selalu seludup masuk waktu malam time kitorang yg lain dah tido....the prob is...budak ppuan ni lom kahwin lagi dan sangat annoying tau...
Baru2 ni dia ngadu perfume dia hilang, tup2 i dapat sms bertubi2 dari dia suruh i pulangkan balik...WTF kan...suka hati ko nak tuduh aku mcm2..dia siap ckp dalam rumah tu ada 3 orang termasuk dia dan hanya kami bertiga jer ada kunci..naper lak perfume dia boleh hilang sebelum2 ni xde apa pun hilang...i emmang mengamuk la kan sebab i tak tau apa2..somemore kena tuduh lak....mmg i tunggu dia balik malam tu...memang kena tepat ngan i...i pertikaikan status dia...dosa dia buat..ngan dosa dia separuh kami tanggung..i cakap kat dia..." Kalau akak ni pencuri...akak tak curi perfume dik....akak curi laptop ko...digital kamera ko..apa barang curi perfume..nak plak..gaji akak lebih dari cukup beli perfume..dah berlambak dalam bilik tu dan x tersembur pun"

Yang buat i sakit sangat hati..dia kata i Hina dia sebab dia PREGGY...ko dah kenapa...dah aku izinkan ko duk umah tu pun dah bagus..ko byr sewa tiap2 bulan...kalau aku ni jahat sangat..dah sah2 dah aku call Jais ke polis ke...report ko ngandung luar nikah and ko lari dari umah...bila aku tanya mak pak ko tau ke ko ngandung?dia x jwb.....x ke something wrong tuh????

So...i dah buntu sangat2 sekarang..i need some opinion on this matter..harap2 kawan2 dapat bagi sedikit pandangan samada i masih kekal kan this girl or whatever..Agreement dia kena duk umah tu 1 tahun, kalau dia buat hal..dia kena keluar with no refundable of deposit...otherwise..boleh x i ckp kat dia..please find replacement and i will give back ur deposit..?



Lepas satu2 masalah timbul...pasal perfume hilang jer kecoh satu malaysia..kalau kecoh pasal dia tiba2 PREGGY tu lain la kan....

Friday, June 17, 2011

Adehhhh...sakit perut gelak..

Jom follow blog ni...memang best giler..
ayat eh sempoi jer


I dah follow..sapa2 lom follow jom ar..
hilang stress beb...

thanks Fillanie..

betul la ckp u...mmg x menyesal follow....korang yang nak kenal mama yang hot ni pun...sila yer ke blog beliau...

Perodua lancar Myvi baharu


KUALA LUMPUR – Meneruskan momentum kejayaan model Myvi yang merupakan kereta nombor satu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kini memperkenalkan Myvi baharu di pasaran.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta bersaiz kompak dengan ruang dalaman yang luas itu masih menekankan konsep gaya dan kemudahan seperti Myvi sebelum ini tetapi kemudahannya ditambah baik dari segi rupa yang lebih segar, ciri-ciri keselamatan dan pengendalian fungsi terkini.
“Mengikut jejak langkah model Myvi, model terbaharu ini dilihat sebagai kereta rakyat kerana reka bentuknya yang inovatif, teknologi kejuruteraan dengan menggunakan material berkualiti tinggi dan harga jualan yang berpatutan.
“Boleh dikatakan model Myvi baharu ini memberikan nilai yang tinggi kepada pembeli,” katanya selepas majlis pelancaran model terkini Perodua di sini semalam.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin


*** ada sapa2 nak hadiahkan saya MYVI ni utk next birthday????/hahahaha...

Artis Sertai Wataniah


KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, akhirnya niat saya menyertai Rejimen Askar Wataniah (Raw) menjadi kenyataan.
“Selepas ini, saya akan meningkatkan stamina sebelum latihan asas sebenar bermula,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, dia berminat menyertai Raw kerana latihannya dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal.

“Biarpun pernah mengikuti aktiviti lasak, saya perlu bersedia meningkatkan latihan membentuk stamina.

“Kesediaan penuh penting kerana ia mampu membantu anggota Raw membina jati diri kukuh sebagai sukarelawan negara,” katanya selepas menandatangani borang di Majlis Penyertaan Selebriti dalam Askar Wataniah di bangunan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali dan penerbit filem, David Teoh.



Selain artis, majlis terbabit turut mengesahkan penyertaan Nurul Hidayah yang juga anak perempuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagi Intan Ladyana, keputusan menyertai Raw dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan diri.

“Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota Raw, saya jadi teruja dan terus setuju.

Di samping mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar artis juga boleh menyertai Raw,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembabitan selebriti dan artis popular dalam Raw bukan saja mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap imej ketenteraan malah berupaya menarik lebih ramai individu menyertainya demi mempertahankan keamanan negara.

Katanya, kementerian menggalakkan penyertaan selebriti dalam Raw kerana golongan itu mempunyai pengaruh besar dalam kelompok masyarakat terutama remaja dan belia.

“Saya kagum dan berbesar hati dengan kesanggupan artis dan selebriti yang menyertai Raw untuk julung kalinya.

“Matlamat kementerian masih sama iaitu memberi pendedahan kepada warga selebriti mengenai aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping menarik perhatian golongan muda untuk menyertai Raw,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya percaya penyertaan selebriti dalam Raw tidak sia-sia sebaliknya bakal muncul sebagai ikon baru golongan muda.

“Hari ini (semalam) kita sudah menyerahkan pakaian seragam kepada artis yang menyertai Raw.

“Mereka dijangka akan memulakan latihan asas selama 39 jam selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Bagaimanapun, sebagai memenuhi keinginan peminat mereka (artis dan selebriti), kita akan menjemput wakil media melaporkan kegiatan dan latihan pada hari pertama latihan dijalankan,” katanya.

Selain menjalani latihan asas, artis juga dipelawa mengembangkan idea dan berkongsi ilmu dengan anggota Badan Kesenian kementerian berkenaan

Thursday, June 16, 2011

Tahniah Yaya...Mama Love You So Much


Hari ni ada perjumpaan Ibu Bapa...i x dapat attend but Atuk yang gantikan..
atuk call i td and inform that Yaya dapat no 1 dalam kelas untuk exam 1st semester lepas
dan untuk keseluruhan kelas tahun 1 dia dapat no 4....
wahhhhh...bangganya mama atas pencapaian anak mama nih...
sangat terharu...kalau kat depan mama..memang Yaya kena peluk...
u did it girl...nanti mama inform ayah kamu...hopefully he can do something on this..
mama akan pastikan ayah Yaya x kan lupa untuk reward anak dia...
I know u can do it sayang...
Mama Love You So Damn Much.

Tuesday, June 14, 2011

Semoga Acu Cepat Sembuh

ACU demam panas!!!!!!!Dah 2 hari x kerja...


Semoga Acu cepat sembuh...Masalah utama Acu adalah...dia x leh makan ubat langsung sebab Alergic ubat..
segala jenis ubat mmg dia tak leh makan,ponstant, panadol..semua x leh..
kalau mkn gak badan akan membengkak..
ini la masalah kalau dia demam ...mmg kita tgok kesian
tp nak wat caner kan...
x leh makan ubat...
apa pun..moga Acu cepat sembuh,....

Candid Atuk Dan Dania

Atuk dan cucu ni x leh dekat tau...asyik la nak bertekak...yang atuk suka mengusik cucu...yang si cucu
suka buat atuk melatah...
tapi kan....entah mcm mana..
diorang leh tido mcm ni..

 si cucu peluk atuk..x caya tgok tang kaki cucu tuh...
tgok sedap jer depa ni tido...
sampai x sedar si cucu dah peluk atuk..kalau x mana nak peluk langsung..
atuk dekat2 pun dia dah lari dah...
bila tunjuk gambar ni masing2 x percaya..
alahaiiii.....lantak la korang berdua...
hiks...

Kasih Benar Kasih > Aleeya Aneesa

i giler ngan Novel yang ni.....oh tidakkk....harus cari ni..masalah eh..ada 3 lagi novel lom abih baca
Aleeya Aneesa adalah salah seorang penulis yang sangat i minat...
i ada banyak koleksi dari Aleeya Aneesa nih...
Apapun i tetap nak cari jugak...


Sinopsis

MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah

Bila nak terjah Popular Book or MPH nih?

Beli online? oh tidakkk..dah ada pengalaman buku i hilang....x dapat ganti pun...sedih...

Ustazah Subahat Suami Rogol Anak...

AMPANG : Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bersubahat dengan suami baru yang merogol dan mencabul anak kandungnya yang juga bawah umur, tiga bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang berusia 15 tahun satu bulan di rumah mereka di Bukit Ampang Permai, di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada April lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menyuruh anak perempuannya membuka pakaian dan menutup mulut mangsa tanpa kerelaan ketika suami merogolnya.


Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang sama di rumah sama dengan menyuruh masuk ke dalam bilik mereka, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 12 Mei lalu

sumber dipetik dari Harian Metro...

Monday, June 13, 2011

Sama Tak?Adeliya and Aressa?

Sama tak???malas nak tulis banyak2..koang teka eh.....




Aunty2 diluar sana.....

Yang Mana satu si Kakak dan Si adik?
Adeliya & Aressa?

cuba teka?

Friday, June 10, 2011

Hantu Novel

Ni Apa kesss?????
TAJUK MEMANG KENA NGAN INI OLANG LA....

yesza..memang i hantu Novel...x kisahla keluaran penerbitan mana pun..setakat ni i dah ada 400++ buah novel menjadi koleksi i...belum campur org pinjam x pulang2 lagi...
every month mmg 4 buah novel kena beli...seminggu satu....

 posing with novel terbaru Anis Ayuni...
 One more action!!
 Bos takde..secretary layan novel.....boleh???
 muka depan
sinopsis..

pemilihan novel selalunya berdasarkan sinopsis dan jugak penulis..
macam i..memang mengikuti setiap naskah dari Anis Ayuni...
sebab ceritanya memang dramatik dan ada kalanya memang kena dgn kisah hidup i...x dinafikan baca novel ni memang membawa kita ke dunia reality yang dipaparkan dalam setiap penceritaan penulis
dan selalunya setiap penceritaan memang base on the true story...
paling sadis bila i tetiba jadik Dramaqueeennnnn!!!!!kalah Neng Yatimah...ayorkhhhh......

Activiti Cuti Sekolah Dania dan Acu

Memandangkan cuti sekolah x kemana2 kali ni sebab Mak Yang nya bersalin...maka activity di rumah adalah pelbagai...
antaranya..sesi mewarna bersama Acu..

 punya la byk colouring book i belikan utk dia...Acu yg sibuk lebih
 see...khusyuk kan..
 pose sikit...senyummmm...
 aisey..gelap la plak
 ralit si Acu..
Colouring  Dania...
Ni Acu punya...
weh acu..pesal lak ko nyer colouring mcm budak darjah 1 eh?
patutnya ko taraf U, sure ko nyer colouring lagi cantik...
ni...macam...ar...Larikkk...

Mee Goreng Mamak Restoran Negeri Seremban

Restoran Negeri,terletak betul2 kat bandar Seremban berhadapan dengan The Store Seremban...restoran ni mmg terkenal dengan Nasi Beriani Gam dia dan menu paling i dan family suka selain roti canai dia...Mee Goreng Mamak...hui..sekali pekena memang nak lagi...

 di dinding restoran mmg tertampal artikel akhbar2 yang sering siarkan cerita ttg restoran negeri nih...
 minah ni paling happy sbb kalau boleh ahri2 nak makan kat luar...
 mee sepinggan dia leh abihkan sorang
 atuk yang menikmati keenakkan mee goreng...
 nampak simple sebab xde pape pun...tp mmg sedap..makan panas2...hui..berpeluh..
 my mum
minah bongsu ni....pun suka gak makan mee mamak..
setakat ni..kat sini la yang terbaik...baik dari segi masakan ataupun layanan..
u duduk jer..mmg cepat diorang amik order...
the best part is owner kedai ni time kira...
mmg laju dan perfect...pernah test...betul kiraan eh..tp uncle tu dah balik negeri sebab dah tua sgt dah...
sapa2 blogger dari Seremban mmg tau ar kat mana Restoran Negri ni dan mmg dah byk cawangan dah...
Jom..pekena Mee Goreng Mamak!