Tuesday, May 3, 2011

Nurul Kahwin Pegawai Bank Julai Nih..

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berteka-teki, pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, akhirnya membuat pengakuan bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihannya pada Julai ini.
Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Nurul ialah Raja Amir Raja Azwa, 29, berasal dari Sri Hartamas, di sini. Pegawai bank bertubuh tinggi itu berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu. Nurul yang kini menetap di Kuala Selangor berkata, dia berkawan rapat dengan Raja Amir sejak dua tahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi.

“Kami juga tidak bertunang sebaliknya hanya mengadakan majlis merisik dan menghantar tanda secara ringkas di rumah keluarga saya pada Januari lalu.

“Maaflah, sebelum ini saya tidak memperkatakan mengenai hubungan kami kerana belum ada sebarang kepastian, namun sekarang ini kami sudah mula membuat persiapan majlis perkahwinan termasuk menempah kad undangan perkahwinan,” katanya.

Nurul ditemui pada majlis kenduri doa selamat buku Cantik dan Sanggul tulisan jurusolek terkenal, Zulfazli Suhadi di Intai-Intai Restaurant, Jalan Ampang, di sini malam kelmarin. Ditanya lokasi majlis bersejarah itu nanti, kata Nurul, majlis pernikahan mereka akan berlangsung di rumah keluarganya dan bukannya di hotel.

Bagaimanapun, kata Nurul, dia tetap akan mengundang pihak yang banyak menyokong karier seninya untuk sama-sama memeriahkan majlis itu.


Sebelum ini, Nurul hangat bercinta dengan bakal Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed dan hampir mengikat tali pertunangan namun hubungan itu terputus di tengah jalan.

***Tahniah buat Nurul..semoga berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu..pssstt...bakal suami dia hensem...

No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah