Thursday, May 26, 2011
Hajat Ashraf Jadi Aleesha Tertangguh..
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.
Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.
Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.
Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan
Berita Selanjutnya di KOSMO
** No komen..biar yang bijak laksana berikah hujah...tapi korang rasa boleh ke?
merapu jer depa ni
ReplyDeletehuhuu... kesian dia kan huhuuu
ReplyDeleteni org yg tadak kerja pi cari kerja...
ReplyDeleteakak jelajah sini mencari muka2 sikembar...comel2 belaka.siapa nama girls ni?