Friday, April 29, 2011

Tak tahan gangguan Awang Afrika

PETALING JAYA: Sikap tamak pemilik rumah di Apartmen Mentari Court di sini, menyewakan rumah mereka kepada pendatang dan pelajar asing terutamanya warga Afrika menimbulkan kebimbangan penduduk setempat berikutan segelintir mereka sering mengganggu remaja perempuan dan wanita tempatan di situ tanpa mengira waktu.
Menurut beberapa penduduk yang ditemui, kehadiran warga Afrika dan asing lain seperti Indonesia serta Filipina di situ menimbulkan rasa tidak senang disebabkan gaya hidup mereka yang lebih bebas dan tidak menghormati orang lain.

Pelajar, Herziyanti Mohd Zaki, 25, berkata teman serumahnya menjadi mangsa gangguan seorang lelaki warga Afrika itu ketika berada di dalam lif.

“Ketika kejadian, secara kebetulan seorang lelaki warga Afrika berada di dalam lif dengan kawan saya yang mahu pulang ke rumah untuk mengambil kad pekerjanya yang tertinggal. “Namun secara tiba-tiba, lelaki itu merampas telefon bimbit kawan saya bertujuan untuk memasukkan nombor telefonnya dan dia tidak akan memulangkan telefon itu selagi kawan saya tidak mengambil nombor telefonnya,” katanya.

Herziyanti berkata, kejadian itu menyebabkan kawannya trauma untuk menaiki lif seorang diri dan sentiasa berhati-hati ketika berjalan di taman.

Selain rakannya, ramai pelajar dan wanita tempatan turut menerima nasib yang sama tatkala bersendirian di taman atau di dalam lif.


Saadiah Bakar, 30, pula mempersoalkan tujuan kedatangan warga Afrika yang dilihat semakin ramai di sekitar kawasan bandar Sunway sejak kebelakangan ini.

“Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka datang untuk belajar atau apa kerana sentiasa bergaya selain memandu kereta mewah


*** i kan tgh cari penyewa utk midlle room rumah yang i sewa  kan?ada satu hari tu i dapat sms dari awang hitam ni la...kata nak sewa 2 bulan jer..willing to pay higher...lagi satu dia ni pemain bola sepak la kononnya..kalau dia byr byk mana pun sorry la i nak sewakan....x pasal2 jadi mangsa kang...berani tul diorang ni...bila i ckp bilik tu dah x available...dia kata i penipu....pi la mati...x kuasa nak layan...*****

No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah