Friday, April 8, 2011

Cair renungan 'Shah Rukh Khan'

IPOH: Akibat terpedaya dengan cinta ‘Romeo Bangladesh’, seorang gadis tempatan kerugian RM5,000 apabila ditipu kekasihnya yang persis pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, yang terdesak mahu menggunakan wang itu bagi melanjutkan tempoh visanya yang hampir tamat tempoh.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Syuhaida, 34, berkata, dia mula mengenali lelaki terbabit yang juga rakan sekerjanya ketika sama-sama bertugas sebagai operator di sebuah kilang menjahit pakaian seragam di sebuah pusat perindustrian di Taiping, di sini.

Menurutnya, lelaki warga asing terbabit yang mula bekerja sebagai pembantu stor selain penjaga premis bersama dua rakan senegara dilihat cukup peramah dan ringan tangan dalam membantu pekerja lain di kedai.

“Mulanya saya tidaklah tertarik sangat dengan lelaki warga asing itu kerana kerap mendengar cerita tidak manis berhubung sikap lelaki asing. Namun, tidak dapat disangkal lelaki Bangladesh yang saya kenali itu mempunyai keistimewaan fizikal, selain matanya yang mudah melemahkan hati wanita jika ditenung.

“Tambah membuatkan saya tertarik apabila dia cukup penyabar dan tidak pernah menunjukkan riak marah walaupun kerap ditengking majikan atau dibayar gaji lebih rendah berbanding pekerja warga tempatan,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang mempunyai nama asal Mohamad Shah kerap dipanggil rakan sebagai Shah Rukh Khan berikutan iras wajahnya yang hampir sama dengan pelakon Hindustan terbabit.


Dia yang pernah dua kali putus tunang berkata, sikap lelaki itu yang peramah ditambah raut wajahnya yang tampan, membuatkan hatinya terpikat.

“Ketika itu saya mula jadi ‘buta’ dan mula tidak senang duduk jika tidak bertemunya

“Walaupun dinasihati adik-beradik termasuk rakan karib yang lain, saya tetap berkeras mahu meneruskan hubungan itu yang berlanjutan hampir satu tahun,” katanya.

Katanya, bagi menunjukkan niatnya yang ikhlas, lelaki itu pernah datang ke rumahnya untuk berkenalan dan bertemu ibu dan kakaknya pada Februari lalu bersama seorang lagi rakannya.
“Januari lalu, kami pernah berbincang untuk mengikat tali pertunangan dan dia bersetuju untuk mengadakan majlis ringkas itu Mei depan,” katanya.

Menurutnya, menyedari lelaki itu hanya menerima gaji kecil sekitar RM700 sebulan, dia pernah beberapa kali memberikannya wang dengan jumlah keseluruhan lebih RM5,000.

“Wang dipinjamkan itu digunakan Shah Rukh Khan kononnya untuk membantu persekolahan adiknya di Dhaka, Bangladesh, selain menanggung kos perubatan ayahnya yang kerap sakit,” katanya.

Menurutnya, masalah mula menimpanya pada 10 Mac lalu apabila ‘Shah Rukh Khan’ memberitahu dia ingin ke Kedutaan Bangladesh Kuala Lumpur bagi menguruskan visanya yang hampir tamat tempoh bersama seorang rakan senegaranya.

“Namun, saya mula pelik apabila dia gagal dihubungi dan tidak pulang ke asrama kilang seminggu selepas itu sedangkan dia hanya mengambil cuti selama dua hari saja.

“Saya mula musykil apabila pemilik kilang memberitahu semua pakaiannya di dalam bilik asrama turut hilang dipercayai dibawanya sekali ketika melarikan diri.

“Sehingga kini saya tidak pasti apa yang berlaku, namun saya yakin dipermain-mainkan lelaki Bangladesh terbabit yang menghilangkan diri dan mungkin berpindah kerja ke tempat lain di Kuala Lumpur,” katanya sambil menunjukkan kad visa pekerjaan milik lelaki berkenaan.

Menurutnya hatinya cukup terguris kerana selama ini meletakkan penuh kepercayaan hingga sanggup berhabis duit untuk lelaki warga asing terbabit yang disangkakan benar-benar baik terhadapnya.

***dah banyak contoh dah ..tapi masih ada jugak org2 kita ni terutama anak2 gadis atau wanita matang yang terpedaya..entah la...dah terkena pandai lak nak kongsi kat akhbar..***

sumber dari SINI

4 comments:

  1. Alahai!! kesiannya....Bangla tu la untung...dapat duit..

    ReplyDelete
  2. gadis kita tak pernah insaf ngan kejadian yang terdahulu. masih nak cair ngan renungan lelaki bangla.dah lah asem makan bawang banyak, ntah apa-apa lah dorang ni.

    ReplyDelete
  3. em susah nk komen kn sbb dh byk sgt terjadi.pun tak serik2 lg.

    ReplyDelete
  4. Hello Suria, I really love your header gambar.
    Its one of the most beautiful wedding pics I've seen.
    And hubby looks really dashing handsome.
    And his wife?

    He sure knows how to find a beautiful wife.
    Best regards....you have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......