Friday, December 17, 2010

Apa Itu Demam Denggi?

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi dan ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Tanda dan gejala

Pesakit akan mengalami tanda2 dan gejala selepas 5 - 6 hari gigitan nyamuk seperti :-
  • Demam panas dan sakit kepala

  • sakit tulang belakang dan sakit sendi2

  • Loya dan muntah2

  • sakit biji mata

  • ruam

Komplikasi

  • Mudah lebam

  • Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi

  • diikuti pendarahan seluruh badan dan boleh membawa maut

Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi.pesakit mengalami tanda2 menunjukkan gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akandiberikan ubat demam dan dinasihatkan utk berehat dan digalakkan banyak minum air.


Pencegahan


Terdapat pelbagai cara untuk mencegah demam denggi

  • Memastikan tiada tempat pembiakkan nyamuk

  • menggunakan semburan serangga

  • mengambil langkah2 melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk

  • menjaga kebersihan

Pastikan keluarga kita dilindungi dari gejala Denggi!!

JOM...GANYANG DENGGI DURJANA

10 comments:

  1. kesian kalau terkena kat budak2... tahap ketahanan mereka sangat lemah
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    ReplyDelete
  2. takde spe peduli?maut menanti..hehe.. *iklan tv*

    ReplyDelete
  3. my luqman borderline denggi last year .. melepek jer, nasib baik nurse tu cdgkan minum 100 plus and bagi sup ketam .. alhamdulillah warded cuma 3 hari jer..

    ReplyDelete
  4. akak, dekat kawasan kolej sy kawasan aedes.. T_T kena berjaga.. takutnye..

    ReplyDelete
  5. Takutlah dengar deman denggi ni, sekarang musim tau.sama-samalah kita menjaga alam sekitar.

    ReplyDelete
  6. jgn buat main2, bila ada tanda2 deman tu bawak2 pegi klinik cepat sebelum terlambat

    ReplyDelete
  7. kawan saya masuk wad..sebab kena demam denggi.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......