Friday, October 22, 2010

Kacang dah khasiatnya..

Berapa kerap u olls makan kacang?Termasuk jenis sayur sayuran..tahukah u olls bahawa terdapat beberapa jenis kacang yang kaya khasiat dan bermanfaat untuk kesihatan u olls seperti yang disenaraikan ini....


Kacang Hijau

Dipercayai berasal dari india, kacang hiaju mengandungi protein,vitamin B1,vitamin B2,vitamin A,vitamin E, niasin ( tergolong dalam vitamin B kompleks),zat besi, belerang dan mineral penting seperti fosfor, kalsium dan karotin yang amat diperlukan tubuh. zat gizi didalamnya mampu mengatasi penyakit anemia ( kurang sel darah merah),membantu mencuci perut,mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.



Kacang Panjang

Sayuran ini sangat mudah didapati dan murah selain sedap di masak untuk hidangan sekeluarga, kacang panjang mengandungi serat yang tinggi, berkesan melancarkan pembuangan air besar dan menurunkan kadar kolestrol. dalam 100 gram kacang panjang terkandung 34mg kalsium,34 mg fosforus, 0.8 mg zat besi, 422 mg karotenoid dan 21 mg vitamin C21mg




Kacang Tanah


Makanan ringan di sukai ramai, kacang tanah kaya dengan lemak,mengandungi protein yang tinggi,zat besi,vitamin E dan kalsium,vitamin B kompleks dan fosforus,vitamin A dan K, lesitin,kolin dan kalsium.Kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi daripada daging,telur dan kacang soya.Ia juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit.




Kacang Soya



Merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging,susu atau telur, kacang soya mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100g.Kaya bahan mineral seperti kalsium,sodium,mangan,magnesium,zat besi,fosforus, vitamin ABCD serta lesitin.Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.




Kacang Bendi



Sejenis sayuran yang digemari ramai,kacang bendi mempunyai khasiatnya tersendiri.Kaya dengan kalsium, mengandungi 7 % karbohidrat, 90 % air, 2 % protein dan 1% serat, garam galian serta vitamin B. dengan kandungan kalsium yang tinggi, kacang bendi baik untuk tubuh manusia terutama bagi kesihatan tulang dan gigi,juga dikatakan baik untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya ingatan dan kecergasan.




**sekian info kesihatan dari Doctor Lisa, credit kepada google atas ihsan mencilok gambar..jom amalkan pemakanan yang sihat...menghindar lebih baik dari mengubati...

5 comments:

  1. cik pah skang nih mmg minum air soya satu kotak besar setiap hari. almaklumlah cik pah kan menyusukan anak.. kene top up balik lah banyak cecair yg hilang dalam badan.

    ReplyDelete
  2. sis.. sorry tak sempat nak bagitau.. lagipun tak sihat sgt.. baru dapat hari isnin tadi.. tq sgt... cantik

    ReplyDelete
  3. tapi utk org2 yang ada gout sila abaikan semua ni...kalau makan mmg cari penyakit..hehehe...
    siapa org yg ada gout itu???suami akaklahhhh...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......