- Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter dan tebal tidak lebih 1.25sm
- Jika pesalah hamil,hukuman dilaksanakan selepas dua bulan melahirkan anak.
- Sebatan tidak boleh kena muka,kepala,perut , dada atau bahagian sulit
- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan duduk
- Sebatan dengan kekuatan sederhana
- Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
- Tidak melukakan kulit pesalah
SEBAT SECARA SIVIL - Rotan yang digunakan terdiri dari pelbagai saiz
- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan cawat
- Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
- Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
- Pesalah akan di baringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
- Sesetengah tukang sebat akan menyebat secara terus
- Sesetengah tukang sebat akan menyebat secara sentapan
- Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
Di bawah hukum islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan dibawah hukuman hudud, iaitu satu hukuman yang di naskan mengikut Al Quran dan hadis Rasullullah S.W.T
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum islam.mengikut islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah. selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah emrotan hendaklah juga sederhana antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak bolehdiankat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam islam hukuman ini bukan bersifat untuk menyiksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Allahu akbar... Takutlah ma...
ReplyDeletehukum Allah maha adil
Deletebagus pada pendera kanak2 dan juga perogol neh...
ReplyDeletememang bagus.. tapi akan insafkah mereka nanti
Deletebeza antara cara islam dan bukan.. memang benar islam itu indah
ReplyDelete