Tuesday, March 23, 2010

Rumah Sewa atau Rumah Mertua...


Disini Lisa ada satu kemusykilan..nak telan mati mak nak luah mati bapak...memang situasi ni bermain dalam fikiran dan makin dekat majlis makin menghantui Lisa..Lisa dan Tunang bercadang nak sewa rumah selepas kahwin nanti tapi dalam masa yang sama kami ni takut ekonomi agak lembab..memikirkan tentang semua tu tunang Lisa cakap untuk sebulan 2 biar duduk rumah mak dia...hmm..Lisa sebenarnya x setuju..baik sebelah mak Lisa atau pun Mak mertua..macamana yer nak settlekan masalah mcm ni..kami bukan lah kerja besar mana nak terus menyewa..sure ekonomi lepas kahwin agak kelam kabut...so kepada anda2 diluar sana kalau ada cadangan atau pandangan silalah kemukakan ..bukan apa..naik poning dah acik ni ha..buntu..tak ada jalan langsung...

3 comments:

  1. lisa..kalau umah mertua ada mak & bapa mertua ja bolehla duduk sekejap sementara nak sewa rumah sendiri.tetapi kalau ada ipar2 yg tinggal sekali baiklah duduk asing.rumah kecik pun takpe asalkan berasingan.banyak tak seronoknya duduk dgn org lain walau keluarga sendiri..

    ReplyDelete
  2. Tak salah tinggal di rumah mertua peringkat awal. Tapi awal2 kena bincang dgn bakal suami, apa2pun perlu diluahkan. Kalau boleh sebarang ketidakpuasan hati(samada dgn suami or his family member) jgn sampai dihidu oleh ahli keluarga lain. Bincang kat luar between u ber2 shj. Peringkat awal merupakan peringkat penyesuaian dari 2 dunia berbeza. Elakkan dari menkritik ahli keluarga sebelah yg satu lagi,kalau terpaksa bagi komen yg membina (kat hubby)dengan cara berhemah.
    Plan properly, try to move to your own hse wpun kecik coz bila jauh wangi baunya .. insyaAllah rezeki kahwin akan datang. Believe me.
    Tahniah & all the best. Banyakkkan bersabar terutama di peringkat awal. Laluilah pengalaman ini dengan penuh rasa ingin tahu coz every day we learn new thing. (Wah panjangnya...)

    ReplyDelete
  3. seeloknya beli rumah sendiri.. murah pun takpe.. ada rezeki tambah lagi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah