Thursday, February 11, 2010

TEAM BUILDING - 15 - 17 July 2009

Kak Long berbaju Merah



Kak Long bekerja di sebuah IPP Company terbesar di Malaysia iaitu Malakoff Corporation Berhad.Ketika program team building ni Kak Long baru bekerja 5 bulan bekerja dan baru diistiharkan sebagai pekerja tetap Malakoff Corporation.Balik dari Team Building ni Kak Long demam sehingga Ahad x kebah2,batuk teruk sehingga admit di KPJ Seremban pada 20July 2009. Di KPJ Doctor yang merawat Kak Long ketika itu iaitu Dr Marina mengesahkan Kak Long menghidap Denggi sementelah kawasan perumahan kami sememangnya kawasan Denggi..Kak Long di tahan di Wad selama 4 hari.Menurut Doc Marina demam Kak Long beransur pulih cuma dia perlu menjalani fisioterapi memandangkan batuk tak henti2. 22hb July 2009 Kak Long tiba2 mengadu tidak boleh bernafas dan diberi Oksigen oleh salah seorang nurse namun keadaan menjadi worst walaupun dengan bantuan oksigen Kak Long x boleh bernafas dan segera dihantar ke Jabatan Kecemasan, Badan Kak Long dah mula membengkak dan diberi bantuan segera.Kak Long terus di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar utk rujukan seterusnya.Mak dihubungi dan diarahkan ke HTJ memandangkan keadaan Kak Long teruk walaupun stabil.Perlahan2 dari KPJ ke HTJ, Kak Long dah tidak sedarkan diri dan tidak memberi sebarang respon..sesampai di Jabatan Kecemasan Kak Long langsung tidak sedarkan diri dan disahkan Koma.Pada mulanya Kak Long tiada nafas langsung.Hanya diberi sokongan machine..Oksigen ke otak hanya 20%, Mak sampai terus menerkam Kak Long, Mak terkejut kerana badan Kak Long membengkak, dah tiada rupa Kak Long lagi...Mak hampir pitam dan ditenangkan Abah. Doc mengesahkan buah pinggang, hati dan organ2 Kak Long sudah tidak berfungsi dan terdapat tanda2 H1N1 di dalam badan Kak Long khususnya Paru2, Hasil X-Ray pula mengesahkan paru2 Kak Long mengecut. Kami adik beradik berkumpul kecuali Angah yang masih x sampai dari Johor.Kak Long dihantar ke wad CCU.Disana Kak Long diberi perhatian khas..jantungnya masih dibantu machine.Mak dari tadi x henti2 menangis..Kami x dibenarkan masuk hanya mampu memandang dari cermin tingkap..Nurse memnaggil Abah dan Mak, mereka diberi masa 5 minit utk menjenguk Kak Long, sebelum tu diarahkan untuk mandi sebersih2nya, tukar pakaian dan pakai pakaian khas, pakai teropong..setelah itu mereka keluar dan mandi bersih semula sebelum memakai pakaian sendiri. Susahnya..kami sekeluarga dibenarkan utk menunggu di wad CCU, makan pakai kami disitu..di koridor wad itu kami meleapkan mata sementelah kami di kuarantin dan tidak dibenarkan utk pulang ke rumah.
vaksin H1NI dibawa dari KL ke seremban dan sampai di seremban pada jam 2 pagi..terus Kak Long diberi vaksin tamilflu tersebut..Kak Long masih tidak respon dan koma. Abah dan Mak bergilir2 membacakan Yasssin utk Kak Long, badan kak long masih membengkak tiada perubahan. Majikan Kak Long dihubungi dan mereka tiba dan berkumpul malam itu juga..aku bangga dgn sikap majikan kak long yang prihatin..terima kasih En Azhari Sulaiman, En Bani dan beberapa orang lagi...

Bersambung Part 2


16 comments:

  1. bagus kalo bos ambil berat kebajikan pekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menjadi tanggungjawab bos kena ambil berat..

      Delete
  2. Replies
    1. membaca entry lama.. cerita sedih.. mata masuk habuk

      Delete
  3. Sebak sangat baca entri ni..wana dapat rasaan perasaan keluarga akak

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kisah lama.. tabik dengan ketabahan keluarga ini

      Delete
  5. Perasaan bila sesuatu musibah terkena, tabah , tabhakan hatiii... sayuuuu saya membacanyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat kagum dengan ketabahan keluarga ini

      Delete
  6. sebab tu saya selalu mengelak bila syarikat nak hantar kursus.. tapi selalunya tak boleh nak elak.. terpaksa

    ReplyDelete
  7. sha dapat rasa perasaan family SA time tu :'(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......