Thursday, February 11, 2010

Kak Long Part 5

6hb August 2009

Kak Long dipindahkan dari bilik Isolasi ke wad ICU,Masih x boleh makan dan minum

hanya diberi susu melalui tiub yang di masukkan ke mulut..oksigen masih di leher yang telah di tebuk..kurusnya Kak Long........hilang seri wajahnya...

aku, abah dan mak di panggil ke bilik doctor, katanya kami harus tabah menghadapi kemungkinan yang kak long tidak akan sembuh sepenuhnya, aku pandang mak dan abah..kata doctor semasa koma otak kak long mengalami kecacatan atau bahasa saintifik eh half brain death. kak long mungkin akan mengalami Retrograde Amnesia iaitu kehilangan separuh memori hidupnya.Kami terkedu..doctor kata lagi..selepas ini jangan terlalu memanjakan kak long kerana dia akan mengalami syndrom seperti bayi yang dilahirkan semula..aku mcm x percaya dengan apa yang doctor katakan..mak menagis lagi..apa yang mak mampu lakukan..dia hanya wnita yang lemah.. yang penting aku harus memainkan peranan...

1.00 pm

Kami bergilir2 melawat Kak long..Kak Long dah boleh tersenyum..alhamdulillah dia masih mengenali aku..dia capai tgn aku..aku kena tabah x boleh tunjukkan aku sedih depan kaklong.. aku berckp..kak long hanya menggerakkan tangan dan matanya..dia senyum..aku tahu dia ingin berkata2 lantas aku minta pen dan kertas dari nurse..kak long begitu payah mencapai pen..aku kata x payah sebab kak long x kuat..dia berdegil nak jugak tulis..tapi x ada apa pun yang terulis pada kerta itu..hanya garisan yang bengkang bengkok..x nak dia kecik hati aku pun tulis..along kena tabah..kena kuat demi dania..dia pun angguk dan senyum...aku yakin kak long x kan mengalami gangguan..dia kenal semua adik beradik dia, dia kenal mak abah..

2.00pm
lepas sorang2 adik beradik abah datang..dah dengar ceramah abah baru sorang2 berani muncul..tapi yang kesian kat kak long...semua yang datang tu x nak langsung hulur tangan kat dia..takut agaknya kak long ada kuman H1N1..aku tahu kak long kecik hati bila hulur tangan x bersambut..x apalah kak long..mereka semua tu xde otak..cetek ilmu..dah diberitahu kak long bebas dari H1N1,malah kuman tu akan melutut kat kak long kalu masih cuba2 nak dekat kak long..dos suntikan tamilflu banyak hingga antibiotik kak long utk satu beg shj bernilai RM4000.
aku x tau la apa persepsi sedara mara aku ni...

7.00 mlm..

Kami tinggalkan kak long bertemankan nurse2 kat ICU..moga kak long tabah menjalani kehidupan dalam wad itu..aku x tahu berapa lama lagi..harap2 x la terlalu lama..mak abah dah boleh berehat kat rumah dan kami x perlu berumahtangga kat hospital lagi

* bersambung part 6

20 comments:

  1. sampai mcm tu skali ke saudara mara taknak sambut tangan SA. Sampainya hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jijik sangat agaknya.. takut pun berpada le... memalukan betul.. huh

      Delete
  2. Tak patut mereka buat macam tu.. sekurang-kurangnya bagilah semangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak patut.. salam tak bersambut tu.. huhuhu

      Delete
  3. sampainya hati diaorang tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah mereka pula yang diperlakukan sedemikian.. apa perasaannya? huhu

      Delete
  4. Salam, benda ni mcm satu trauma dan kurang yakin lah agaknya..sama mcm sakit Aids...mgkin sedara-mara takut berjangkit..xpelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara sendiri tu.. kalau orang luar lainlah.. huhuhuhu.. cuba kalau cakap nak bagikan harta.. ada Aids pun dikucup tangan juga

      Delete
  5. Xde pengetahuan bt mereka tkut nak dkt dgn akak..hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan takde pengetahuan.. tak yakin dengan Allah.. hidup sentiasa dibayangi ketakutan

      Delete
  6. gitu sekali dorang kat SA?..sampai taknak sentuh salam tangan..kejam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat kejam.. membacanya pun dah cukup membuak rasa marah ini

      Delete
  7. ya allah sedihnya,,,saudara sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menyedihkan.. takde sedara macam ni pun takpelah..

      Delete
  8. sayunye, dpt saya bayangkan, kita hulur, tp depa tak mahu sentuhhh....

    pdehal, family ok je, duk jaga pg ptg siang malam, kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dunia ni berputar.. hari ni kita susah.. esok lusa siapa yang tahu.. Allah maha adil..

      Delete
  9. bila susah takde yang nak jenguk.. tengoklah nanti masa senang.., berebut-rebut semua ngaku sedara

    ReplyDelete
  10. aduh mcm tu sekali..patut la xdtg awal2

    ReplyDelete
  11. Sedihlaa part yg half brain death tu, masa arwah mak dalam ward dlu, VM study habis pasal brain death :(

    ReplyDelete
  12. Sygnya Allah pd SA. Diangkatnya darjat SA asbab dari ujianNya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......