Thursday, February 11, 2010

KAK LONG -Part 2

Kak Long dalam keadaan koma, nampak x bayang dari cermin tu...mak sentiasa berdiri
kat cermin tu tgok kak long

Seluruh badan kak long membengkak sebab buah pinggang x berfungsi..

23hb July 2009

Kak Long masih di CCU, kami berumahtangga di HTJ,Mak x habis2 mngalirkan airmata,Abah runsing mengenangkan Kak Long.Kami menerima kunjungan dari Kakitangan Jabatan Kesihatan, salah seorang berjumpa abah dan bertanya,dimana nak dikebumikan Kak Long andai nyawanya terhenti.Ya Allah kenapa mereka dengan tidak ada perasaan bertanyakan itu semua..Mak meraung..puas kami menenangkan mak..mak menangis meraung mcm Kak Long dah betul2 tinggalkan kami buat selamanya...

5.00ptg
Kami semua diberitahu Kak Long memang tiada harapan..x perlu kami terlalu yakin..oksigen ke otak hanya tinggal 10%,doc suruh panggil semua saudara mara berkumpul untk menghadapi segala kemungkinan...aku berdebar2..astagfirullah al azim..ya allah kenapa ini akhirnya.........namun apa salah Kak Long?tiada saudara mara yang datang menunjukkan muka..hanya sebelah mak yang bertamu di HTJ,Boss Kak Long juga berturut2 dtg menjengok...
inikan pula saudara mara...

6.00ptg..
keadaan Kak Long masih tiada perubahan, doctor berkali2 dtg menyurh abah mendatangani borang bagi menghentikan bantuan pernafasan...Abah tetap dengan keputusan..andai nyawa kak long berhenti biarlah ianya berhenti sendiri..bukan dengan cara ini..abah faham situasi doc kerana abah juga pekerja hospital.Doc memang x mampu utk berbuat apa lagi..hanya itu cadangan yang terbaik setakat ini.Abah merayu doc..abah yakin ketentuan tuhan..Allah maha besar...Dari tingkap abah memerhatikan Kak Long sambil tersedu2 menangis..angah pergi memujuk abah..angah pujuk abah..angah kata "biarlah doc hentikan bantuan pernafasan along..sampai bila kita nak tengok kak long menderita mcm tu..dia terseksa..apa kata kita ikut ckp doc..hentikan seksaan yang along tanggung, bukan kita x sayang kak long..sebab sayang dan x nak dia terus menderitalah kita terpaksa ikut ckp doc..". terus mak meraung lagi...kami adik beradik memeluk mak..tiba2 terlihat kelibat abang long, bekas suami Kak Long, terus mak menerpa.."Sham..kalau along meninggal mak rayu jgn la ambil dania dari mak, jangan pisahkan mak dari dania,biarlah mak bela anak kau tu..dialah pengganti Kak Long...mak ada dia jer sekarang ni..."abang long terdiam x kata apa2..dia pun sebak..

9.00mlm..
Abah tetap x bersetuju doctor hentikan bantuan pernafasan Kak Long.Doc akur..keadaan Kak Long amat memilukan,boyfriend kak Long sampai.. terkedu..lantas bertanyakan aku..kenapa boleh jadi mcm ni? kenapa badan along membengkak..aku jawab..buah pinggang along, paru2 hati dan limpa x berfungsi, oksigen x sampai ke otak..abang bacakan yassin kat dia..dari mata  boleh nampak kerisauan.."sabarlah abang..bacakan yassin.."Abang ambil wuduk dan terus ke surau..sebelum sampai ke surau..tiba2 dania berlari ke arah abang .."eh..papa kita la..papa...papa.."masa tu abang Long pun ada..dia tarik tangan papanya.."ayah..ini papa dania..papa..inila ayah betul dania"mereka bersalaman..kami hanya tersenyum dari jauh...Dania ni bijak menangani keadaan..

11.00 mlm
Sister (jururawat besar) berjumpa abah...

Sister >En Mohd Zain..kalau saya cakap sikit boleh?
Abah > Boleh sister..ada apa?
Sister > saya rasa elok En Mohd Zain cari ikhtiar ubat tradisional jugak...
Abah > Maksud sister?
Sister > Tadi salah seorang staffnurse yang jaga anak en terkejut sebab ada makhluk hitam bertenggek atas tubuh anak en mohd zain.makhluk tu seolah2 menahan machine pernafasan..
Abah > MASYAALLLAH!!!!!!
Sister > betul..bukan staffnurse tu aje..saya pun ada ternampak..saya ingat khayalan tapi mustahil 2 orang sekali nampak benda yang sama.
Abah terdiam..abah pandang kami semua...terus abah call abang ..

Abah > ...along boleh selamat..pak cik tau apa nak buat
Abg adri> betu l ke pakcik..kita usaha la..
abah pun ceritakan dari A-Z kepada abang adri apa yang sister tu beritahu...Abah nampak bersemangat terus menelefon sahabat baiknya Ustaz Azmi..alhamdulillah ustaz tu setuju menolong tapi hanya dapat datang esok memandangkan dia di Muar.Abah panggil dua tiga orang yang pandai dalam hal ini....

Ya allah..ketentuan apakah ini? selamatkan Kak Long.

23 comments:

  1. huhhh... meremang bulu roma saya SA. Benda tu ke yg SA cerita pernah nampak bila bangun dari koma tu?

    ReplyDelete
  2. saya pernah alami situasi yg hampir serupa apabila doc kata yang arwah ayah saya tiada harapan dan hanya mampu hidup selama maksimum 6 bulan..tapi alhamdulillah selepas keluar dari icu ayah saya mempunyai masa 6 tahun..doc hanya mampu meramal tapi semuanya terletak pada takdir yang ditentukan oleh Allah s.w.t

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm.. doktor ni kerja nak senang aje.. huhuhuhu.. dia suka tengok katil kat wad tu semua kosong

      Delete
  3. Alhamdulillah Allah permudahkan ketika Doc memberi cadangan menghentikan mesin bantuan pernafasan.. syukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh.. orang yang pernah berurusan dengan kakitangan hospital macam nih mesti tahu.. rasa macam nak bagi penerajang aje

      Delete
  4. masyaAllah..hebatnya dugaan akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan yang sangat hebat.. saya sangat kagum

      Delete
  5. Salam, ya Allah..ini bukan sbb sakit je, tp sbb ade gangguan..Astagfirullah'al azim...tp thanx to that sister, bila dia bgtau benda tu, rasa mcm ada harapan baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua sister sebaik itu.. ada yang diamkan aje.. huhuhuhu

      Delete
  6. Tak sangka ada benda ghaib pula..dugaan yg maha hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan hospital memang banyak gangguan.. dia tahu orang sakit nih lemah jiwanya kerana menahan sakit.. sentiasa ingat Allah.

      Delete
  7. Ya Allah...part last tu...apakah

    ReplyDelete
  8. mujur tak cabut lagi mesin tuuuuu, fuhhhh, suspens, seramnyaaa, kalau tak, mesti dh ade kat alam lain sekarang nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. suspen dan teruja nih.. selak terus entry seterusnya..

      Delete
  9. membacanya pun hati ni panas mendidih... celaka sungguh insan-insan yang zalim ini

    ReplyDelete
  10. nak menangis pun ada baca entry yang ni huhu

    ReplyDelete
  11. Allahuakhabar.. Seriau baca part ni tp rs bersyukur sbb abah tetap ngan pendirian tak nak lepaskan SA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang x tau siapa yg hantar benda-benda tu dan x nak tau...but SA ok..insyaallah

      Delete
  12. Tekejut baca part yg sister bagitaw tu.. semoga SA sentiasa dilindugi yaa

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah