Wednesday, February 10, 2010

BERGUMBIRA BERSAMA KELUARGA DI CAMERON HIGHLAND

Outing dengan family ni tahun lepas bulan 6 ..walaupun dah lama tapi kenangan itu masih terasa baru semalam berlaku..kronologi step by step penderitaan kak long
Kami sebenarnya 5 beradik tapi Angah (Lelaki) x dapat join coz wife tgh mengandung..

Dania ngan mamanya..
buat perangai plak..ntah merajuk apa ntah

Kami jelitawan anak Mohd Zain

Ayahanda dan Ibunda tercinta
macam tgh honeymoon jer kan?

Diknor..adik bongsu

Nurul adik ke 4

ni aku ler..

Kak Long..sebelum sakit dah sudah ada tanda2 sakit..muka sembab dan tetiba semput

Kami satu family..gambar ni kak long yang ambil mcm tau2 dia x kan join aktiviti ni di masa akan datang..yang lelaki tu ex-boipren(la ni jadi anak angkat) Ateh Nurul.

Gambar2 diatas memaparkan kegembiraan kami satu keluarga dan ini merupakan outing yang terakhir kami sebelum Kak Long jatuh sakit..sayang sekali kami x dapat kesan penderitaan kak long dari awal walaupun dia selalu merungut x sihat, cepat demam..asyik semput walau tiada asthma.Penderitaan kak long bermula selepas beliau pulang dari Team Building di Genting Highland..(aku akan buat entry khas).
Kak Long merupakan Ibu tunggal, dia ditinggalkan oleh suaminya ketika dania berumur 9 bulan.
Namun aku tau kakak aku yang seorang ni adalah wanita tabah dan kental..walau bermacam dugaan dia tetap harungi dengan tabah membesarkan satu2nya permata hati.Kak Long dan bekas suami bercerai secara baik memandangkan tiada persefahaman lagi.Alhamdulillah allah membrikan beliau hati yang kental,dalam membesarkan Dania Kak long x pernah berkompromi..bekas suami boleh dtg dan sama2 bekerjasama membesarkan Dania.Namun jodoh mereka x panjang kan?Blog ni merupakan kepunyaan Kak Long..January 2010 beliau berhasrat utk mengemudi blog ini namun masih tiada kekuatan..Kak long meminta aku menjadi pengemudi sementara dia menjadi pemerhati..Bukan untuk menarik simpati cuma hasratnya ingin berkongsi suka duka kehidupan..dan harapan aku sebagai adik..kalian diluar sana sudi berkongsi..
wassallam...

10 comments:

  1. Salam, okay saya baru tahu camne akak boleh jd ibu tunggal...done read this, nk bace yg seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga turut sama berminat.. tu yang selak cerita dari awal mula

      Delete
  2. Sedih sangat baca..Kak SA memang sorang wanita yg cekal..patut jadi cth bagi ibu2 tunggal d luar sna ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlahan-lahan saya membaca entry dari awal untuk mengetahui cerita

      Delete
  3. segak2 anak Pak Zain....Kecik lagi dania time ni..akak sgt tabah lalui hari2 sebagai ayah dan mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik comel bukan dania aje.. mama dia pun kecik comel juga masa nih

      Delete
  4. cameron.. tempat kegemaran arwah bapa saya dengan mak bercuti

    ReplyDelete
  5. bila baca entry ni baru tau sedikit sebanyak mengenai hidup SA. SA memang seorang wanita yang kuat :)

    ReplyDelete
  6. Salam SA
    Baru baca ni.. Baru paham cerita SA sikit2...
    Semoga SA bertambah sihat dan hepi selalu ngan family

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah