Tuesday, October 28, 2025

Menu Lunch Hari ke-2 WFH~Masak Lemak Cili Api Ikan Baung Padu!

Assalamualaikum WRT...

Hari ni masuk hari ke-2 SA Working From Home (WFH) dan macam biasa, bila kerja dari rumah, bab lunch memang jadi momen yang paling ditunggu! Ada yang menanti menu lunch SA x?

Untuk menu hari ni, SA masak Masak Lemak Cili Api Ikan Baung, Sayur Tauge Goreng, Ulam-ulaman segar, dan tak lupa sambal belacan yang ‘meletup’ pedasnya. PZ pagi tadi suggest beli ikan baung memandangkan hari ni ada Pasar Tani kat Ampangan..Dia ajak SA pergi...memang x la kan sebab SA bekerja kot..

Masak lemak ni memang antara lauk kegemaran SA, kuahnya pekat, pedas-pedas lemak tu memang ngam bila digandingkan dengan nasi putih panas. Ikan baung pula lembut dan manis isinya, memang sedap betul bila meresap rasa kuah cili api tu. PZ suruh perahkan limau kasturi..bagi masam-masam pedas skit...letak limau ni antara cara masakan arwah Mak dulu ..terus jadi kegemaran kami...


2 ekor ikan baung RM44..masak semuanya sebab suami SA suka...isi ikan baung ni sedap berlemak dan manis


Dah siap 


Balance tauge untuk mee goreng Ahad hari tu banyak lagi .ada tauhu so SA goreng je..cuma xde daun kucai




Sambal belacan..guna belacan melaka..
 

Tauge goreng dan tauhu pula jadi pelengkap, simple tapi rangup. Ulam dan sambal belacan? Tak payah cakaplah cukup buat lauk kampung ni jadi sempurna! 

Kadang-kadang bila WFH ni, moment simple macam ni yang buat rasa tenang makan dengan perlahan, sambil rehat sekejap dari laptop. Rasa macam balik kampung sekejap pun ada! 

Jadi untuk hari ni, kerja jalan… perut pun kenyang! 

Jom makannnn....

SA Kehilangan Kakak Senior Office

Assalamualaikum..

Ahad lepas, masa SA balik dari Mydin Seremban 2, dapat perkhabaran kakak senior yang agak rapat dengan SA sebab SA gantikan tempat dia jaga CFO dah pergi menghadap illahi..Kak Noky atau nama penuhnya Rouhaniza Abd Ghani. Kami pernah sebilik masa trip ke Lombok 2015..Kak Noky ex Malakoff dan berhenti kerana ambil MSS...

Tak tahu nak express macam mana perasaan SA...sedih sememangnya sedih .semoga roh arwah Kak Noky dirahmati allah swt dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..SA rasa ada baiknya arwah pergi selepas lama bertarung sakit. 6 kali pembedahan akibat blood cloth dan ketumbuhan di kepala/otak. Akhirnya arwah pergi jua di rumahnya Ahad lepas dan dikebumikan hari yang sama..

Apa yang SA boleh katakan..sekiranya kita dh disahkan perlu makan ubat seumur hidup, jangan sesekali skip..bahaya akibatnya...kita memang x suka dan kalau boleh x nak makan ubat...tapi kalau dah ada penyakit...kita perlu makan ubat...bukan SA mempersoalkan Arwah Kak Noky skip ubat selalu, SA cuma highlightkan..ini akibatnya...kesan penyakit tu bila-bila kita boleh dapat...dah ajal arwah kan...cepat atau lambat tetap pergi jua...


Arwah Kak Noky


 

Tenanglah di sana wahai kakak...kami yang tinggal ini meneruskan kehidupan..semoga kita bersua kembali di sana nanti..



Salam takziah buat seluruh keluarga ..

Lepak Mengopi 3 Beranak Di Sara Soffeya Cakes

Assalamualaikum...

Ahad lepas...majlis pernikahan anak kakak sepupu SA kat Seremban Jaya, mulanya nak terus ke rumah diorang jer..malas nak pergi masjid ramai- ramai...adik bongsu message bagi tau suruh tunggu dia sebab takde gang...SA ajak kesayangan 2 orang tu lepak ngopi dulu la...sebabnya kat rumah kakak sepupu tu hanya majlis ringan- ringan je selepas akad nikah. Takde majlis persandingan ke apa.."nikah gantung/nikah hukum". Majlis persandingan akan di buat sekali dengan abangnya yang nikah di Jakarta awal bulan hari tu..

So kami melencong ke Sara Soffeya Cakes di Lavender Heights. Just nak lepak dan ngopi tapi terjebak makan cake sekali...hahahaha...SA kan sedang hadapi sindrom hot flashes, badan panas macam hape..dulu susah berpeluh sekarang berpeluh ntah macam apa...so SA mencari tempat yang fully aircond. Korang mesti tak percaya bila SA cakap, SA kat opis yang aircond sejuk giler tapi SA berkipas...hahahaha...lain macam erk...



nampak cuaca panas dia macam mana


memang x tahan uii...laju2 nak masuk kedai


kami ngopi di sini


SA pernah share Sara Sofeya Cakes ni sebelum ni...jenuh lak cari entry, masa tu berdua ngan suami je


pilihan cake yang banyak


replika wedding cake


slices cakes


whole cakes dan cup cakes, muffin pun ada


ni la muka x sihat tu..jerawat pasir jangan cakap ye..bermaharajalela


anak dara kesayangan..tengah order guna QR


Gambar memang dari hp dia...ye la mama guna Samsung, dia guna Iphone




sedap...


Tiramisu Cake freshly baked RM25


Nampak sedap


ternyata memang sedap








Sama sedondon






Sempat la posing sana sini dengan Suami...

Total Damage lepak sini RM75

Korang orang Seremban atau travel ke Seremban dan nak cari tempat ngopi or lepak yang selesa boleh la ke sini...Kat sini boleh sambut birthday, ada section untuk sambut birthday dan boleh je lepak2 hujung minggu dengan family atau kawan- kawan. Diorang pun ada menu-menu lain cuma kami x explore masa tu..just pesan minuman dan ambil cakes je...

Pusat perniagaan, 139, 
70400 Seremban, Negeri Sembilan
 


Monday, October 27, 2025

Scan Di Klinik Dr Ana Seremban, Pakar Sakit Puan

Assalammualaikum WRT,

Hari ni SA bersiaran dari rumah...work from home...semalam 1 entry pun takde..semalam SA rasa x sihat dan mood kelaut dalam...tapi ada banyak la bahan yang SA dah kumpul untuk share kat blog...so hari ni seperti yang dijanjikan SA nak share keputusan masalah pre-menopause SA di Klinik Dr Ana Seremban 2.

Balik kerja hari Khamis SA terus ajak suami pergi Klinik Dr Ana Seremban 2, malas SA nak tunggu hari Sabtu. SA macam ni la...selagi SA x dapat jawapan mengenai persoalan di hati, selalgi tu SA x tenang. Bayangkan SA kena panic attack, anxiety, fikiran runsing...dunia SA yang happy jadi muram dan suram maka SA terus kan aje untuk cuba dapatkan rawatan sebelum keadaan jadi lebih teruk.


Sampai aje terus daftar


cantik kliniknya kan....mesra kanak- kanak jugak...pilihan warna interior sangat menenangkan...sejuk la hati SA yang x tenang


Muka orang 2 minggu tak cukup tido..muka menahan rasa nak terkencing..SA x dibenarkan buang air sebab nak scan perut..


Suami yang setia menemani


cekak pinggang tu sebab pinggang sakit..semua sendi sakit termasuk tengkok..kepala memang dah beberapa hari sakit la..


kena jawab banyak soalan dan lepas tu baru masuk jumpa doktor...

SA disambut mesra oleh Dr yang bertugas, SA x pasti plak nama doktor tu...lepas tu soalan demi soalan di tanya, SA pun ceritakan apa yang berlaku..Dr tu terangkan semua permasalah dan consult SA tentang Pre- menaupause sebab melalui apa yang SA cerita ternyata SA mengalami simptom tersebut..untuk dapatkan jawapan Dr terus scan..


Suami sempat amik gambar dan sempat amik video


Keputusannya


ni dinding rahim SA...Rahim cantik nipis tak tebal menandakan takde apa-apa aktiviti pembentukkan darah kotor so...jawapannya YES SA mengalami Pre-Menaupause di usia 47 tahun...masa ni tak tau nak re-act apa...terkilan, sedih dan semua bercampur aduk...korang boleh faham x apa yang SA cuba sampaikan....


ukuran rahim normal dan perfect


Kilang telur pun kiri kanan cantik


takse cist atau fibroid dan semua dalam keadaan cantik...


So Dr nasihatkan SA untuk terus makan Evening Pimprose Oil kerana EPO sangat membantu dalam menangani simptom hot flashes dan semua simptom pre-menopause. SA juga boleh ambil supplement dari herbs macam Estro-G 100 yang tengah popular sekarang..SA kena kawal pemakanan, bersenam dan jaga emosi segala la..Dr jugak terangkan kebaikkan ambil pil hormon dan keburukkan pil tersebut..Dr tak galakkan sebab keburukkan pil hormon tersebut antaranya dia boleh cepat build up Breast Cancer. So Dr suggest supaya SA go naturally hadapi simptom Pre-Menopause ni...SA bila dah dengar side effect pil hormon tu, memang SA x nak la ambil pil hormon. SA tanya gak sekiranya SA nak ubat untuk turunkan darah period, Dr kata untuk apa Puan? sebab kita dah scan tadi kan..memang takde produce darah kotor memandangkan dinding rahim Puan elok bersih dan nipis. Then SA admit la...faham walau dalam hati tuhan aje tau..


Simptom perimenopaus termasuk haid yang tidak teratur, "hot flashes" atau rasa panas badan secara tiba-tiba, masalah tidur, dan perubahan mood seperti mudah marah atau sedih. Simptom lain yang mungkin berlaku ialah kekeringan faraj, sakit sendi atau otot, sakit kepala, dan masalah ingatan atau tumpuan ( semua yang tersenarai ni SA sedang hadapi)

Simptom lazim

Haid tidak teratur:
Kitaran haid boleh menjadi lebih kerap atau kurang kerap, tempohnya lebih panjang atau pendek, dan aliran darahnya lebih lebat atau ringan daripada biasa.
 
"Hot flashes" dan "night sweats":
Rasa panas badan yang tiba-tiba, selalunya disertai dengan berpeluh. Ini boleh mengganggu tidur, terutamanya "night sweats" atau berpeluh pada waktu malam. 

Perubahan mood:
Turun naik emosi seperti mudah marah, kerengsaan, atau perasaan sedih dan tertekan akibat perubahan hormon. 

Gangguan tidur:
Sukar untuk tidur atau kualiti tidur yang terjejas, yang boleh berpunca daripada "hot flashes" atau masalah lain.
 
Tisu faraj kehilangan keanjalan dan pelinciran, menyebabkan kesakitan semasa hubungan seksual dan boleh menjejaskan keinginan seksual.
 
Penurunan keinginan seksual:
Keinginan untuk aktiviti seksual mungkin berkurangan. 

Simptom lain

Sakit kepala
Perubahan hormon boleh mencetuskan sakit kepala atau memburukkan migrain yang sedia ada. 

Kesukaran tumpuan dan ingatan: 
Beberapa wanita melaporkan kesukaran untuk menumpukan perhatian atau mudah lupa.
 
Sakit sendi dan otot: 
Nyeri pada sendi atau otot adalah simptom yang boleh berlaku. 

Perubahan fizikal: 
Sesetengah wanita mungkin mengalami penambahan berat badan atau perubahan pada kulit.
 
Simptom PMS yang lebih teruk: 
Gejala sindrom prahaid (PMS) mungkin menjadi lebih teruk. 

SA masih mengalami sakit- sakit badan dan hot flashes. SA masih mood swing tapi insyaallah SA boleh hadapi dan tangani.

Sebab tu la semalam SA x up entry satu pun kat blog...harap lepas ni semua will be ok...pageview blog SA pun jatuh menjunam dan SA x sedar pun yang PV blog SA dah cecah 18 juta dah..sabar jer la..so inilah jawapan dari pihak Dr. SA kena terima hakikat yang SA dah dapat Pre-Menopause dan kalau korang nak tau..kita orang perempuan ni akan ikut Ibu kita dalam bab ni...ianya genetik ikut kata Dr la...Arwah Mak SA pun awal menopaused. Masa umur dia awal 50an, bab pre-menopause takde plak arwah share dengan SA...

Last sekali Dr cakap, SA akan period semula tapi x tahu bila..ada setengah orang 5-12 bulan tak datang period, lepas tu period semula..ada yang 2-3 tahun..dan ada yang terus putus dan menopause terus..Apapun SA sangat berharap agar dapat period semula...buat masa ni SA dah 3 bulan x datang period..sebelum ni takde masalah period langsung..ni dah 3 bulan x datang SA rasa x best...hahaha...

Jumpa lagi next entry...
 


Saturday, October 25, 2025

Dania Masak Apa Hari Ini #5

Assalamualaikum WRT

Inilah hasil kami berdua berganding bahu masak sama-sama hari ni...SA tolong2 je..selebihnya Dania yang buat...

Asam picit tu Dania buat..SA celur sayur dan rebus ikan je..ikutkan nak tanggalkan ikan tu dari badannya...terus buang je kepala letak je cenggitu...asam picit Dania sedap gilo...cukup rasa, cukup pedasnya...puas hati...confirm bertambah nasi...

Asam picit ikan kembung dan sayur-sayuran...

One more snap


Kangkung belacan SA masak


Ikan kembung goreng

Bubur nasi blom siap...

PZ complaint..

Apo lauk sayur yo ni...hahaha...last2 dia nak join Dania makan bubur nasi je...

Petang nanti x tau la nak masak apa...harap-harap boleh sampai ke petang la lauk ni...SA pi Zemart tadi beli ikan kembung 5 ekor RM20...haihhh...mahal betul la ikan sekarang..cari ikan pelaling xde plak...kalau ada bleh ganti ikan pelaling aje...nak buat camne kan..memang dh gitu harga sekarang...

Total SA berbelanja hari ni je RM97

Itu banyak lagi benda blom beli tu...sabar jer la...


Dania Masak Apa Hari Ini #4

Assalamualaikum WRT

Setelah sekian lama Dania jarang beraksi di dapur, semalam balik kerja SA dihidangkan dengan lauk Ikan Bawal Emas sweet sour. Tengok dia bz sensorang kat dapur .SA x nak la kacau...SA just tanya..anak mama masak apa tu? Dia jawab masak ikannnn...gittew...

Inilah hasilnya..

Ikan Bawal Emas Sweet Sour...sumpah sedap dan habis licin...pandai anak mama masak...





 

Atuk pi pasar malam beli tongkeng ayam percik..kuah bau hangit so x laku...ntah la kadang bukan x nak support peniaga, kita beli guna duit, paham diorang cari rezeki tapi masak la elok2...nak bagi org makan kan...SA ckp kat PZ cukup la tu...lepas ni x yah dh beli kat pasar malam..

Sayur bok choy tu PZ yang masak..dia letak kicap...pun x laku..hahahha...aduhai...xpe la lepas ni SA masak sampai Selasa...

Hari ni kami masak lauk biasa-biasa aje...Dania sakit gigi...gigi geraham tumbuh dan himpit gusi...stress je dia..tgok la kang, kalau klinik gigi kat Megaway tu bukak, SA hantar la dia kat situ...ni tengahari ni dia buat bubur...PZ pun tumpang sekaki...bubur yang di tumis...

Friday, October 24, 2025

Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka

Assalamualaikum semua! 

Hari ni SA nak share satu resepi simple tapi sangat membuka selera iaitu Jenahak Masak Cuka. 

Bila tekak rasa tak lalu, lauk ni memang penyelamat! 

Resepi ni sesuai juga untuk ikan lain seperti kembung, bawal, selar, siakap dan sebagainya.

Ikut je ikan apa yang ada di rumah.

Ikan jenahak masak cuka ni Dania dah masakkan untuk SA...sedap betul dia buat...Ni SA nak mintak dia buatkan lagi sebelum dia balik Kolej Isnin nanti..



Ni version Dania masak..


Kredit gambar pada yg empunya resepi


Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka

Bahan-Bahan:

  1. 1 ekor ikan jenahak – lumur kunyit dan garam, kemudian digoreng
  2. Minyak masak – guna semula minyak goreng ikan

Bahan Tumis:

  1. 2-3 sudu cili kisar
  2. 2 biji bawang besar – dihiris
  3. 5 ulas bawang putih – dihiris
  4. ½ inci halia – dihiris
  5. 1 biji cili besar merah & hijau – dihiris serong

Bahan Perasa:

  1. 2 sudu sos tiram
  2. 2-3 sudu cuka makan (ikut tahap kemasaman yang disukai)
  3. ½ sudu gula
  4. Garam secukup rasa
  5. ½ cawan air biasa
  6. Sayur (opsyenal tapi sedap!):
  7. Segenggam sayur buncis – dipotong pendek

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan jenahak yang telah dilumur kunyit dan garam hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Guna minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan sos tiram, cuka, garam, gula dan air. Gaul sebati.
  5. Masukkan cili besar dan sayur buncis. Kacau sebentar hingga layu.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan yang digoreng tadi dan ratakan kuah atas ikan.
  7. Sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi putih! 

Tip Tambahan:

  1. Kalau suka rasa lebih masam, boleh tambah 1 sudu lagi cuka.
  2. Boleh juga letak bawang holland untuk aroma lebih manis dan berlemak.
  3. Ikan boleh digoreng garing untuk lebih ‘crunch’ bila disiram kuah masam manis ni!

Kredit gambar dan resepi : FB

Selamat Mencuba...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah